Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong (seekor). Oleh itu untuk mengenal pasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Jika ikan pari atau ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah menyediakan bahan berikut:
Ads
Asam jawa
Air
Ads
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
Ads
Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Cara mudah untuk mengesannya, selain melihat kudap ikan di permukaan ialah muncung ikan ini akan kelihatan di permukaan air tanda ia bermain udara. Ikan ini biasanya kerap muncul di ruang kiambang atau rumpai air yang terbuka. Jika tidak ada atau ruang amat kecil, anda perlu membuat sendiri lubang ruang berkenaan sebesar saiz bola sepak dengan cara menyelak rumpai air berkenaan.
Sesetengah pemancing yang gemar mencari ikan ini, lubang ini akan dibuat sehari sebelum memancing. Ini bagi mengelakkan ikan ini culas untuk memakan umpan.
Cara memancing yang betul
Anda boleh gunakan sama ada pelampung kecil atau tidak untuk melihat getuan sepat mula memakan umpan. Letakkan umpan perlahan-lahan ke dalam air. Sebelum itu, anda perlulah berdiam diri tidak membuat bising semasa menghampiri spot yang telah dikenal pasti.
Ikan sepat begitu sensitif terhadap sebarang pergerakan bayang atau bunyi bising. Kerana jika ikan takut, menyebabkan ikan ini tidak mahu timbul.
Jatuhkan umpan juga mestilah perlahan ke dalam air dan perlu dekat dengan ikan sepat. Kemudian tunggu sehingga ikan memakan umpan.
Pegangan joran juga haruslah kuat. Antara sebab mengapa joran jenis teleskopik amat relevan digunakan adalah kerana ia ringan, kuat dan mudah dilaras.
Sebaik sahaja umpan dilarikan, cuba balas dengan perlahan dan jangan menyentapnya terlalu kuat.
Jika terlalu kuat, akan menyebabkan kawanan ikan sepat lain terkejut dan culas selepas itu. Prosesnya sama seperti anda memancing udang galah.
Jangan terlalu lama membiarkan ikan menggetu umpan tanpa sebarang tindak balas. Jika tiada getuan pula, periksa umpan anda mana tahu sebenarnya umpan telah tanggal atau habis.
Seboleh-bolehnya ikan jangan terlepas. Jika ikan terlepas lebih dari sekali di spot yang sama, ikan yang lain akan culas untuk makan umpan.
Jika tiada getuan akibat ikan terlepas dan culas, anda bolehlah beredar ke spot yang berhampiran terlebih dahulu.
Ini kerana kawanan ikan sepat biasanya akan kembali ke lokasi yang ia bermain udara, selain ia tertarik dengan bau dedak ayam tersebut.
Ikan malong gemar mendiamkan diri selepas menelan umpan, ada masa ia tidak terkecuali melenturkan joran hingga ke tahap maksimum. Satu fenomena biasa saya diperhatikan ialah malong sering berundur ketika muncul di permukaan.
Ia hanya menggunakan kekuatan renangan berundur di saat akhir serta meronta agar barisan giginya dapat membantu memutuskan tali. Tapi ketika mengundur kekuatan yang diperah mampu membuat pemancing gusar. Khuatir ia boleh meloloskan diri walaupun ketika tentangan mengundur.
Peralatan Dan Teknik
Ikan dengan rekod berat 7 kg dan tidak memiliki daya pecutan renangan kuat hanya pada barisan gigi tajam dapat memutuskan pemancing menilai peralatan yang sesuai dijodohkan dengannya. Bagi saya malong boleh ditewaskan dengan set pancing muara 10lb hingga 30lb.
Malong hanya memiliki kekuatan pada gigi sahaja. Jika anda benar-benar inginkannya, menggunakan perambut dawai dapat mengurangkan masalah perambut putus. Tapi kebanyakan pemancing muara termasuk saya jarang menggunakan perambut dawai.
Untuk itu perambut tangsi masih boleh digunakan. Perambut 50lb atau 40lb yang dipintal 2 jenis yang biasa saya guna pakai ketika memancing di muara. Perambut saiz begini masih boleh menangani kerenah malong, tetapi tidak boleh dibiarkan ia terlalu lama menggelupur dan meronta di permukaan air. Jika tidak perambut akan mudah putus.
Bertarung dengan malong tidak sehebat ikan lain kerana selain menurut tali pemancing ia kadang kala mengundur. Cara perlawanan kurang menarik tetapi ia tetapi memberi rangsangan kepada pemancing. Saya biasanya membiarkan malong memutuskan perambut apabila tiba di permukaan jika tidak ingin dibawa pulang.
Ketika ini malong menjadi lebih agresif dan risiko tinggi jika cuba mengeluarkan mata kail saat ia cuba mempertahankan diri.
Malong adalah pemangsa dasar, buruan juga hanya di permukaan dasar dan jarang diketahui ia naik ke permukaan. Oleh itu cara terbaik memancing malong ialah pancing dasar di kawasan dataran landai serta berlumpur.
Ia mudah dipancing berumpan anak ikan atau hirisan ikan. Selain ikan, udang dan sotong turut dimamah malong sebagai dietnya.
Admin banyak menerima soalan dalam inbox Facebook Majalah Umpan berkenaan umpan yang sesuai untuk memancing di sangkar ikan, kelong dan rumah rakit. Pada awalnya admin ingin beri maklum balas secara langsung di segmen tersebut, tetapi berubah fikiran untuk berkongsi di ruangan ini agar ia dapat disebarkan dengan lebih meluas.
Sama ada port memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan kelong… ketiga-tiga port memancing ini berkongsi perairan yang sama.
Lazimnya ketiga-tiga port memancing ini didirikan di kawasan muara atau persisir laut perairan air masin. Oleh yang demikian, kesemua cadangan umpan terbaik yang admin sediakan ini sesuai digunakan.
Udang (hidup dan mati), umpun-umpun serta apollo merupakan umpan dan barang yang bawa jika memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan juga kelong. Anda juga boleh bawa umpan alternatif lain seperti ikan dan sotong untuk dijadikan umpan potong atau hirisan.
Sama ada udang hidup atau mati merupakan umpan terbaik untuk target ikan gred A atau bersaiz besar.
Boleh dikatakan hampir semua spesies ikan muara atau persisir pantai menjadikan udang sebagai sumber makanan utama. Sebaiknya bawa udang hidup kerana walaupun sudah mati ia masih terbaik untuk dijadikan umpan segar.
Umpun-umpun terutamanya umpun-umpun sarang merupakan umpan terbaik untuk spesies tak bersisik seperti sembilang, duri, ketuka atau pari.
Ikan-ikan ini sememangnya spesies yang sering ditemui di kawasan port memancing ini. Selain itu ikan-ikan gred A juga turut membaham umpun-umpun jika ditemui. Malah admin sendiri pernah menaikkan siakap 6kg menggunakan umpan umpun-umpun sarang di kelong.
Apollo terutamanya bersaiz kecil (4-8) perlu dibawa kerana ia boleh digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis dan tamban.
Kedua-dua ikan ini merupakan umpan terbaik jika digunakan ketika hidup atau masih segar. Malah apollo juga boleh digunakan sebagai teknik perambut.
Dengan meletakkan umpan pada mata kail apollo, anda berpeluang untuk memancing ikan gelama, bebolos, daun baru dan sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...