Set pancing bersaiz sederhana dengan kekuatan tali 10 lb hingga 25 lb sudah memadai dan ianya adalah disyorkan jika pemancing ingin satu pertarungan yang adil serta sengit. Anda perlu gunakan mata kail yang tajam kerana gerut-gerut yang bersaiz di antara sekilogram dan ke atas dan mempunyai bahagian mulut yang keras terutama pada sebelah atas bahagian lelangit.

 

Panduan Terbaik Memancing Ikan Gerut-Gerut

 

Jika memancing di perairan yang mempunyai kedalaman lebih dari 15 meter peluang untuk mendapatkan spesies yang lebih besar adalah cerah jika dibandingkan air yang cetek. Spesies ini memakan umpan anda seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran begitu tidak ketara sehingga mata kail sudah masuk ke dalam mulutnya.

 

Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada spesies ini dan pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0.

 

Panduan Terbaik Memancing Ikan Gerut-Gerut

 

Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil, pendapat saya penggunaan sotong kurita (jejari) adalah umpan terbaik selain cumit hidup, udang dan ikan bilis bergantung kepada jenis umpan ada. Mungkin di kawasan perairan Pulau Sembilan, umpan ikan bilis adalah paling mudah dan sesuai digunakan.

 

Waktu paling sesuai ialah ketika air mati dengan umpan udang hidup, jejari sotong kurita dan juga perumpun. Kawasan tersebut adalah berpasir dan dasar mendatar di kuala selat (Pelabuhan Klang) dan mempunyai kedalaman sekitar 15 meter hingga 25 meter.

 

Panduan Terbaik Memancing Ikan Gerut-Gerut

 

Masa kini ikan gerut-gerut turut banyak dipancing melalui teknik jigging. Ia membuktikan spesies dasar ini juga boleh diperdaya dengan umpan tiruan seperti jig. Penggunaan sotong getah pada assist hook turut membantu memikatnya.

 

Masakan

 

Gerut-gerut lebih enak dimasak kari, tumis pedas atau stim. Anda juga perlu berwaspada kerana sesetengah gerut-gerut mempunyai daging yang agak liat dari kebiasaan. Kes ini biasanya terjadi pada spesies yang mati mengejut (pendapat orang lama) selepas dinaikan terutama separuh badan hilang disambar pemangsa yang lebih besar.

 

Panduan Terbaik Memancing Ikan Gerut-Gerut

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI