Teknik menangkap ketam nipah dengan bubu ketam yang dinamakan bento atau bito sebenarnya bukanlah kaedah baru. Malah ia merupakan satu-satu aplikasi yang ada dan paling berkesan untuk digunakan.
Bento merupakan bubu ketam yang diperbuat daripada kawat dan jaring yang mempunyai pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung. Bagi membolehkannya memerangkap ketam nipah, bento akan diletakkan umpan ikan.
Apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap). Saiz bento lazimnya; panjang 590mm x lebar 430mm x tinggi 270mm.
Ads
Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau. Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabukannya. Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan.
Ads
Selain itu, ia juga untuk mengelakkan bento hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang. Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling bento jauh ke tengah air.
Ads
Ada juga cara atau kaedah menjerat ketam nipah menggunakan bot dan inilah yang kebanyakannya dilakukan oleh nelayan. Para nelayan biasanya akan mencari kawasan-kawasan strategik untuk meletakkan bento.
Bento akan diletakkan ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali untuk melihat hasilnya. Bento tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau diceroboh oleh biawak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apabila candat sedang dihenjut, kita akan terasa seolah-olah tarikan kita lebih berat dari sebelumya. Itu menandakan ada sotong yang telah sudi memegang candat kita dengan jari lembutnya. Mungkin jenis candat yang kita gunakan telah menarik minat sotong atau cara henjutan kita yang membuatkan sotong tergoda untuk menariknya.
Sotong tidak seperti ikan, tarikannya sangat jujur. Sotong akan menarik pancing kita dalam tarikan lurus mengundur ke belakang berbanding ikan yang membuat tarikan rawak dan lebih menggila.
Jika pancing kita telah mengenai sotong, risiko untuk tersangkut dengan struktur tidak diingini adalah cukup minima berbanding ikan. Penyandat yang mahir bukan sahaja dapat membezakan antara tarikan ikan dan sotong, mereka juga mampu membezakan tarikan ular laut yang terkena pancing.
Jika sotong yang memegang candat anda bersaiz besar, ia akan membuat beberapa kali benaman ke bawah hinggakan tali pancing tertarik ke luar. Jika anda menggunakan ‘serek’, anda akan dapat merasa tarikan sotong yang original. Walaupun anda menahan tali di tepi bot, sotong besar masih mampu menarik tali ‘serek’ anda keluar.
Perlu diingat, jangan sekali-kali mengunci kekili pancing anda. Jika menggunakan ‘serek’ pastikan tali anda boleh dihulurkan keluar jika tarikan sotong terlalu kuat. Pastikan juga tali pancing anda sentiasa dalam keadaan tegang.
Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan. Jika anda menarik sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis.
Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja. Apabila semakin lama anda menyandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong ini.
Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi berhadapan. Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong.
Sotong mampu memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot. Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat. Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada berdekatan dengan permukaan.
Jika kita menghampiri bot-bot menyandat sotong, kita boleh melihat pancutan-pancutan air yang tinggi. Pancutan yang kerap memberi gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan.
Jika semakin banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah dicandat. Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing perlu peka kepada perubahan pola ini.
Bagi nelayan tradisional dan penyandat-penyandat hardcore, mereka akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup selamber.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang telah mereka tangkap dari jarak yang jauh. Walaubagaimanapun, pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Ikan pecah periuk amat jarang menjadi subjek sasaran namun ia boleh menyerikan suasana pancing anda jika ia sedia menyambut umpan yang dihulurkan di kawasan kediamannya.
Jika tidak percaya, cari objek hanyut bersaiz besar seperti seperdu pokok nipah, kesan kehadirannya kemudian pakai joran aksi sederhana 12-15Ib, cubalah bergasak dengannya. Jika objek yang besar tidak mustahil beratus-ratus ekor boleh dipancing satu persatu.
Kebiasaannya, ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar hinggalah ke Hutan Melintang di Perak membuat `ops sampah hanyut’ sewaktu air mati.
Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek longgokan hanyut. Apabila bertemu sasaran, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada
masa yang sama pemancing mula menhulurkan hirisan ikan pelaling/kembong dipadankan dengan mata kail no 1/0 atau 3/0 mengikut saiz ikan pecah periuk di situ.
Ada juga gemar mengikat mata kail terus ke tali utama tanpa mengunakan perambut. Pemberat tidak perlu apabila memancing ikan ‘sampah’ ini malah kili tidak digalakan kerana ia mempercepatkan umpan jatuh ke bawah.
Pergerakan hirisan umpan ikan mestilah perlahan melalui bawah objek timbul dan ikan di bawah biasanya menyambar semasa ia tenggelam.
Biarkan ia melarikan tangsi seketika sebelum menyentap balas. Jangan membalas ketika ikan ini sedang menggonggong umpan jika tidak mahu terlucut mata kail ataupun mata kail terpelanting semula ke arah tuannya maupun sahabat karib sebelah.
Peralatan Dan Umpan
Jikan ingin mencari keseronokan, gunakan seringan mana peralatan yang anda ada, jika tidak memadai dengan kombinasi peralatan 10lb hingga 25lb.
Mata kail diikat terus ke tali utama jika tali utama melebihi 20lb dan gunakan perambut pendek jika tali kurang dari saiz tersebut.
Kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah digunakan umtuk mencampakkkan umpan tanpa pemberat berhampiran longgokan objek timbul.
Sistem tegangan perlu disetkan mengikut saiz tali dan pastikan jangan diketat habis jika tidak mahu tali putus ketika sentapan balas.
Ikat baru mata kail atau tukar perambut selepas memperolehi 3 hingga 5 ekor ikan kerana tali pada bahagian depan dan ikatan mata kail pastinya calar bergeser dengan gigi pecah periuk.
Umpan yang biasa digunakan ialah hirisan ikan mati seperti lumrahnya pelaling, kembong, selar, tongkol serta udang (buang kulit tak apa).
Kalau bersaiz besar, setakat seekor anak selar maupun selayang tiada masalah bagi pemburu ini menelan mangsanya.
Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.
Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 hingga 6 kaki. Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig.
Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram – 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.
Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.
Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.
Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba. Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...