Ikan bandaraya ini merupakan ikan yang popular di kalangan peminat ikan hiasan. Spesies ini diperkenalkan juga atas dasar kepentingan dalam ikan hiasan di mana kita boleh melihat ikan ini di kebanyakan akuarium. Ikan bandaraya mempunyai sifat menyedut dan berguna membantu dalam pembersihan dalam kitaran dalam sebuah akuarium.
Risiko utama kepada ekosistem yang tidak terkawal pula ialah kemungkinan terjadinya pengubahsuaian struktur dasar dan sedimen bagi sesebuah sungai atau tasik yang berkemungkinan punca terjadinya kerapuhan ban atau tanah.
Ads
Pacu
Spesies ini juga merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Spesies ini asalnya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur secara minor dan penyelidikan. Namun, disebabkan ikan ini kuat dan ganas, ia menjadi spesies popular di kalangan pemancing. Ikan ini mempunyai gigi evolusi yang kuat dan berisiko mengancam spesies tempatan lain jika terlepas dalam ekosistem bebas tanpa kawalan.
Ads
Ikan Laga
Ikan laga Siam ini amat popular bagi kebanyakan penggemar ikan hiasan. Spesies ini juga diperkenalkan di perairan tempatan untuk tujuan ikan hiasan dan juga penyelidikan. Ikan ini diakui mempunyai warna yang sangat cantik dan unik menjadikan spesies ini sentiasa mendapat permintaan di sektor ikan hiasan sejak sekian lama. Antara spesies tempatan dari genus ini Betta pugnax (Penang betta/Forest betta).
Ads
Ikan Emas
Merupakan spesies natif sesetengah negara di Asia, ikan emas asalnya diperkenalkan di Malaysia sebagai salah satu spesies ikan hiasan popular. Akibat dilepaskan ke dalam perairan secara sengaja dan tidak sengaja, ikan emas mampu menjadi populasi liar utama di sesuatu kawasan.
Antara kesan yang boleh diakibatkan oleh spesies ini ialah mempengaruhi komuniti habitat seperti meningkatkan turbidity air dan bantu meningkatkan penyebaran alga secara berlebihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kupang hijau mempunyai kulit keras berwarna hijau coklat yang mengandungi bahagian isi kupang yang berwarna kuning oren dan hitam. Isi kupang akan melekat pada bahagian pangkal cengkerang dengan kuat dan ianya merupakan bahagian isi yang paling sedap dimakan sebagai makanan laut.
Kulit kupang akan terbuka di dalam air dan memerangkap plankton dalam air sebagai makanan (filtering process) dari ianya kecil sehingga membesar.
Benih anak kupang yang melekat pada tali akan berkumpul dan membentuk satu bongkah kupang sehingga seberat 100-300 kg satu tali (bergantung kepada musim dan lokasi).
Pemeriksaan dijalankan mengikut kesesuaian masa di mana kupang yang telah besar boleh dituai sementara yang kecil-kecil dibiarkan untuk membesar.
Pastikan ada giliran menjaga kawasan ternakan kupang pada waktu menuai kerana jika tidak dikawal maka orang lain akan datang menuainya.
Kupang segar bersaiz kecil biasa dijual dari bulan Mac-Jun dan bersaiz sederhana dari bulan Jun-Julai sementara selepas itu kebanyakannya akan bersaiz besar. Kebanyakannya lebih suka kupang bersaiz sederhana kerana rasa isi kupang lebih manis dan tidak terlalu keras.
Industri ternakan kupang di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu. Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan kupang perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Sampel-sampel kupang sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk memastikan keselamatan kupang dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisme berbahaya.
Projek menternak kupang dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali kupang digantung di bawahnya.
Benih-benih kupang semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian kupang berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Februari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (Kupang kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Kenalkah anda pada spesies ikan yang dinamakan ikan susu? Walaupun bunyi namanya kedengaran agak lembut dan manja, namun tenaga yang dihasilkan oleh ikan susu ketika dipancing begitu keras dan padu.
Ikan susu atau milkfish dengan nama saintifiknya Chanos chanos adalah spesies tunggal yang hidup dalam keluarga Chanidae. Walau bagaimana pun spesies ini mempunyai banyak nama umum.
Di Hawaii ia dipanggilkan ‘awa’. Di Indonesia ia dikenali sebagai ‘bandeng’ dan juga ‘bolu’. Sementara di Filipina pula ia merupakan ikan kebangsaan dengan nama ‘bangus’.
Taburan Chanos Chanos atau ikan susu ini meluas di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dari Afrika Selatan ke Hawaii dan Marquesas, dari California ke Galapagos, utara ke Jepun, selatan ke Australia.
Dari Asia Tenggara termasuklah negara kita Malaysia. Ikan susu lazimnya hidup di perairan marin luar pantai tropika di seluruh pulau dan di sepanjang tebing benua, pada kedalaman
1-30 meter. Spesies ini turut sering memasuki muara sungai dan sistem sungai-sungai berair payau.
Ikan susu mampu membesar panjang sehingga 1.80 meter (5 kaki 11 inci), namun spesimen yang sering ditemui tidak lebih daripada 1 meter (39 inci) panjang.
Ia boleh mencapai berat sehingga 14 kilogram pada kemuncak usia 15 tahun. Dari aspek morfologi, spesies ini memiliki badan memanjang dan hampir mampat atau padu dengan penampilan simetri.
Ikan susu memiliki satu sirip dorsal, sirip pektoral berbentuk sabit dan sirip kaudal bercabang besar. Bermulut kecil tanpa gigi seiras ikan rohu. Memiliki badan berwarna hijau buah zaiton, sirip keperakan dan sempadan sirinya agak gelap.
Ia turut memiliki 13-17 segmen sirip dorsal yang lembut, 8-10 segmen sirip anal yang lembut dan 31 segmen lembut pada siri anal atau dubur.
Spesies ikan susu atau milkfish ini lazimnya memakan cyanobacteria, alga dan invertebrata kecil. Mereka cenderung berkumpul dan berlegar sekitar pantai dan pulau-pulau berterumbu.
Ikan-ikan susu juvenil mendiami di lautan untuk suatu tempoh dua hingga tiga minggu sebelum bermigrasi ketika masih berstatus juvenil ke kawasan payau bakau, muara dan
kadangkala tasik dan kembali ke laut lepas untuk proses kematangan seksual dan membiak. Ikan-ikan susu betina bertelur pada waktu malam dan berupaya melepaskan 5 juta telur di perairan laut cetek.
Ikan susu juga merupakan makanan laut yang terkenal di Asia Tenggara dan beberapa Kepulauan Pasifik. Justeru ia ditangkap secara komersial oleh nelayan dan mudah diperoleh di pasaran.
Dalam dunia joran dan kekili, pancingan ikan susu tidaklah menjadi satu cabang memancing yang dikuti ramai.
Namun bagi pemancing yang pernah merasai tarikan ikan susu yang berdesup seperti torpedo, pasti akan kecanduan untuk terus memburunya.
Boleh dikatakan semua ikan memiliki sisik sama ada di air tawar mahupun air masin. Dalam siri ini kami nak ketengahkan spesies ikan bersisik air masin gred tinggi yang menjadi buruan ramai pemancing serata negeri.
MERAH
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama umum: Red Snapper
Nama tempatan: Merah pucat, Merah
Dikenali juga sebagai merah pucat. Ikan ini merupakan ikan yang paling banyak dicari oleh pemancing. Selain itu, saiz ikan ini yang kadang kala mencecah lebih 5kg mampu memberi daya juang yang mengasyikkan.
Ikan ini bergerak dalam kumpulan besar dan amat sensitif iaitu tidak lagi menjamah umpan yang dihulurkan, jika ada perambut putus ketika karauan sedang dilakukan.
Umpan: Umpan ikan merah amat mudah, isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, udang mati dan apa saja pasti akan dihentam ikan merah jika umpan dilabuhkan di kawasan yang di diaminya.
MERAH SUMAN
Nama Saintifik : Pinjalo pinjalo
Nama umum : Japanese red
Nama tempatan : Merah suman
Merah suman tergolong dari keluarga ikan merah, apa yang membezakannya ialah rupa bentuk kepalanya yang lebih bulat berbanding ikan merah. Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Ikan ini dianggap lebih sedap berbanding ikan merah.
Umpan: Sama seperti umpan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Pancingan : Dasar / jigging
RUBY SNAPPER
Nama saintifik: Etelis carbunculus
Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
Nama tempatan: Ruby Snapper / merah ruby
Ruby snapper merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang. Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter.
Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.
Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.
GUNTUR
Nama saintifik: Etelis coruscans
Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
Nama tempatan: Kerisi bali / guntur
Perairan Sabah dan Sarawak merupakan destinasi pilihan pemancing untuk meneroka kekuatan kerisi bali. Terutamanya di lubuk yang dikenali sebagai Terumbu Lucornia dan Terumbu Layang-layang. Bentuk badannya seperti mana ibu kerisi dan ruby snapper tetapi berbeza dari corak warna badan, ekor dan bahagian mulut.
Umpan: Sama sebagaimana umpan untuk memancing ibu kerisi serta ruby snapper.
MERAH MENTIMUN
Nama saintifik: Symphorus nematophorus
Nama umum: Chinamanfish
Nama tempatan: Raja Sayang / merah mentimun
Ikan merah mentimun Chinaman atau lebih dikenali sebagai ikan raja sayang di kawasan Pantai Timur semenanjung amat sukar diperolehi pada masa kini. Ikan ini tinggal di kawasan perairan lubang dan karang berpasir yang mempunyai ke dalaman 60-100 meter sahaja.
Akibat sering menjadi sasaran, ikan ini kini telah menjadi semakin berkurangan di perairan kita. Pemancing perlu pergi jauh sehingga 200 batu dari pantai untuk menemui spesies ikan ini.
Umpan: Memancing ikan Raja Sayang tidak terlalu susah. Umpan yang sama yang digunakan untuk memancing ikan merah boleh digunakan. Cuma populasi ikan ini yang sukar ditemui menjadikan ikan ini sukar ditangkap.
MERAH CORENG
Nama Saintifik: Lutjanus sebae
Nama umum: Red Emperor
Nama tempatan: Merah coreng / loreng
Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar. Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.
Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...