Bagi yang kurang biasa dengan ikan spesies kap, pastinya sukar untuk membezakan antara ikan karak dan siamese carp yang terdapat di beberapa kolam komersial air tawar negara kita.
Sebagaimana penjelasan dalam pengkelasan spesies, ikan kap atau spesies ikan kap dilabel memiliki persamaan yang hampir ketara.Begitu jugalah dengan spesies ikan kap Siam (Siamese carp) dan ikan kap India (Indian major carp).
Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Spesies tunggal dalam keluarga besar Cyprinidae ini biasanya ditemui di sungai-sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, dan Pakistan.
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik.
Ads
Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Ads
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan. Namun, identiti ikan karak ini sering mengelirukan khususnya kepada pemancing dengan ikan kap Siam.
Sekali pandang, ciri-ciri ikan Indian carp dan Siamese carp sememangnya boleh mengelirukan kerana memiliki skala dan bentuk badan yang hampir sama.
Ads
Namun ikan kap India ini boleh dibezakan dengan ikan kap Siam melalui ciri-ciri sirip pektoral (sirip atas badan) yang panjang sehingga ke sirik pelvik (sirip ekor).
Sementara sirip pektoral ikan kap Siam lebih pendek. Seperkara lainnya, mulut ikan kap India jauh lebih kecil berbanding mulut ikan kap Siam.
Melalui perkenalan ini dapat dijelaskan bahawa kebanyakan ikan karak yang terdapat di beberapa buah kolam pancing komersial air tawar di Malaysia ini sebenarnya adalah merujuk kepada ikan kap India dan bukannya ikan kap Siam.
Sementara ikan temoleh yang merupakan ikap kap tempatan terbesar, marfologinya tidaklah terlalu mengelirukan berbanding siamese carp dan karak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ciri Fizikal: Badan bujur memanjang, mulut kecil ke bawah, kepala berbentuk konikal, bergigi halus, warna jernih atau keperakan warna kadang kala hampir menyerupai dasar air.
Diet: Cacing laut, perumpun, anak udang, anak ikan dan larva
Habitat: Di kawasan kuala sungai dan di persisiran pantai berbeting dan berpasir.
Taburan: Malaysia, India, Australia, Laut Merah dan kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Ada 4 jenis Bebolos yang boleh ditemui di negara kita dan amat sukar untuk membezakan di antara satu sama lain kerana bentuk badan yang hampir sama kecuali jika diperhatikan saiz serta corak halus pada badannya.
Anda tentu biasa melihat spesies yang berbadan bersih dan jernih ini yang boleh ditemui di kawasan pantai berpasir di serata tanahair. Sekali pandang dari atas, sukar untuk melihatnya disebabkan keupayaan corak warna badan yang boleh menyamai warna pasir serta air.
Badan yang halus memanjang, berekor runcing, bersisik halus dan jernih perlu diamati lebih teliti jika ingin melihatnya berenang di dasar. Bebolos biasanya menjarakkan diri di antara satu sama lain walaupun ia berada dalam kelompok yang sama.
Setengah spesies juvenil akan berenang rapat di antara satu sama lain untuk membentuk satu reformasi yang lebih besar untuk menakutkan pemangsa. Namun saya tidak pasti kenapa Bebolos agak menjarakkan diri sesama mereka atau mungkin memberi ruang mencari makanan yang lebih terbuka sesama mereka.
Bebolos berkeupayaan menyembunyikan diri di dalam pasir dan sukar untuk dikesan jika ia mengetahui kehadiran pemangsa atau manusia. Menyembunyikan diri juga memberi peluang spesies ini untuk memburu mangsanya yang terdiri dari cacing laut, perumpun, larva, anak ketam, udang dan sebagainya.
Ia akan menyerang apabila mangsa lalu dihadapannya tanpa segan silu lagi. Menurut laporan dari pengkaji hidupan laut, Bebolos di kawasan pantai Timur seperti di Terengganu bertelur pada bulan Ogos hingga Februari dan waktu kemuncak adalah dari Oktober hingga Januari.
Spesies Bebolos dikatakan galak mencari makanan dari bulan Mac hingga Mei dan dietnya semakin kurang menjelang bulan Jun hingga Ogos. Bebolos banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan telur pada waktu tertentu. Dietnya menjadi normal selepas proses bertelur dari bulan September hingga Februari.
Spesies ini gemar bertelur di kawasan air cetek dan juga kuala sungai yang berpasir. Ia memilih kawasan air yang mempunyai suhu sekitar 20 darjah Celcius di mana suhu yang panas membantu proses penetasan telurnya. Faktor suhu juga mempengaruhi sifat biologinya dan ia dikatakan cepat matang pada suhu yang sesuai.
Ikan ini matang apabila mencapai saiz ukuran kira-kira 13 cm keatas. Bebolos bertelur sekali dalam masa setahun dan telur yang dihasilkan mengandungi kira-kira 14 000 biji telur didalamnya. Saiz telus hanya sebesar 0.65 mm terlalu kecil untuk dilihat.
Gerepoh atau atau nama saintifiknya Caranx ignobilis merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae.
Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally, ikan yang mempunyai bentuk kepala curam yang kelihatan gagah dan sirip kaudal yang kuat sering menjadi obsesi kegilaan kaki pancing.
GT merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja di singgahsana sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang.
Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, GT menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set ‘heavy’ sekalipun.
Sesetengahnya pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, GT akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan
hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang.
Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
MORFOLOGI
Secara morfologi luaran ikan GT, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap.
Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam.
Sesetengah GT juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan GT.
Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral.
Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan GT tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
TABURAN DAN HABITAT
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulaupulau timur Afrika dan di utara Jepun.
GT juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang.
Juvenil GT pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun.
Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
GT dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya.
Kawasan berair cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, GT bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak.
Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
SAIZ DAN KITARAN HIDUP
GT merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, GT umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, GT mampu mencapai berat 200lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian.
Apabila dewasa, biasanya GT akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
DIET PEMAKANAN
Ketika memburu, GT menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya.
Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya.
Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama GT ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, GT mampu bertukar lebih bengis dan licik.
Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut GT.
Selain itu, kelicikan GT juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. GT bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
34. Di mana ikan pacu dijual sebagai haiwan peliharaan?
Sebagai haiwan peliharaan, ikan pacu telah dikirim ke seluruh dunia. Mereka juga telah dilepaskan ke alam liar oleh para penghobi, jadi mereka telah membentuk populasi kecil di mana-mana dari Asia hingga Australia.
Beberapa spesies bahkan sengaja diperkenalkan ke tasik dan sungai untuk meningkatkan peluang penangkapan ikan, tetapi ramai yang menyesali tindakan kerana ikan pacu mengambil alih ekosistem.
35. Bolehkah pacu hidup di air sejuk?
Tidak. Ikan pacu asli dari iklim Amazon yang panas dan lembab, jadi mereka tidak terbiasa dengan suhu sejuk. Mereka secara fizik dapat bertahan hidup pada kitaran suhu dari 59 ° F – 95 ° F, tetapi mereka akan berhenti makan ketika air turun di bawah 64 ° F.
36. Apakah ikan pacu pernah ditampilkan dalam filem atau filem dokumentari?
Pernah. Ikan red-bellied pacu (Piaractus brachypomus) ditampilkan di River Monsters, seri dokumentari tentang ikan besar dan berbahaya dari seluruh dunia. Pengacara siri pergi ke Amerika Selatan untuk menyelidiki reputasi mereka kerana menggigit lelaki berenang.
37. Apa habitat ikan pacu?
Semua ikan pacu hidup di air, tetapi mereka berbeza dalam jenis air yang mereka sukai. Contohnya, parrot pacu (Ossubtus xinguense) ditemukan di jeram yang bergerak cepat sedangkan black pacu (Colossoma macropomum) lebih suka air tenang di daerah aliran sungai dan lembangan banjir.
38. Di mana saya boleh melihat ikan pacu?
Ikan pacu bukanlah ikan jarang ditemui, anda dapat menemukannya di semua jenis taman haiwan (zoo), akuarium, kedai haiwan peliharaan, kolam ternak dan kolam pancing tertentu.
39. Bolehkah anda membela ikan pacu sebagai haiwan peliharaan?
Ikan pacu juga sebenarnya mampu menjadi haiwan peliharaan yang hebat. Mereka tenang, patuh dan mahu makan apa saja, sehingga mereka tidak akan membuat anda stres dalam hal perawatan sehari-hari.
40. Bagaimana cara membela ikan pacu?
Ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan jika ingin membela ikan:
Habitat. Ikan pacu memerlukan tangki atau kolam besar. Beberapa orang tidak menyedari hal ini ketika mereka membeli ikan jevenil, dan menyaksikan ikan itu membesar dan terus membesar.
Diet. Ikan pacu akan memakan pelbagai jenis makanan, namun anda tidak digalakkan memberi mereka makan berlebihan dan berisiko banyak sampah yang berlonggok dalam tangki. Beri makan seadanya saja.
Jangka hayat. Ikan pacu tertua di dunia berumur 43 tahun, adakah anda sedia untuk mengurus pacu selama itu?
Privasi. Anda perlu memisahkan ikan pacu dari spesies ikan lain. Meskipun mereka tidak agresif secara umum, mereka masih omnivor dan pemakan oportunistik.
41. Bolehkah ikan pacu menunjukkan kasih sayang?
Meskipun anda seharusnya tidak mengharapkan ikan pacu anda menjadi penyayang, ada bukti yang menunjukkan bahawa mereka dapat belajar mengenali dan membalas kontak manusia.
Seekor ikan pacu bernama Swish yang suka bermanja di sebuah restoran Chinatown di Washington selama lebih dari 30 tahun, dan dia membiarkan pelanggan memasukkan tangan mereka ke dalam tangki dan menggosokkan tubuhnya.
42. Berapa ukuran akuarium sesuai untuk pacu?
Ikan pacu memerlukan tangki yang besar. Spesiemn dewasa dapat mencapai hingga 3.5 kaki. Ukuran tangki yang disarankan untuk ikan pacu dewasa adalah 250 galon atau lebih.
43. Bolehkah menyimpan ikan pacu di kolam luar?
Jika anda tidak dapat atau tidak mahu membeli akuarium raksasa untuk ikan pacu, anda boleh menyimpannya di kolam luar.
Mereka akan membersihkan air mereka sendiri dengan memakan semua daun dan serangga yang jatuh ke dalamnya, dan suhu seharusnya tidak menjadi masalah selama cuaca tidak pernah menjadi terlalu sejuk.
Sebaiknya kolam tidak berhubung dengan sistem sungai. Ini boleh membuat ikan pacu anda berenang dengan bebas dan menjadi masalah di ekosistem lokal. Juga, perhatikan suhu kolam luar.
44. Bolehkah ikan pacu hidup dengan ikan koi?
Anda tidak disarankan untuk membawa pulang pacu bersama ikan lain. Mereka cenderung melihat spesies yang lebih kecil sebagai makanan, jadi bahkan jika mereka serasi dengan koi dalam beberapa hari pertama hidup bersama, anda mungkin pulang ke rumah suatu hari dan melihat hanya pacu yang ada di dalam akuarium.
45. Bolehkah pacu hidup dengan piranha?
Ini pertanyaan kompleks. Bukan tidak mungkin bagi pacus dan piranha hidup dalam harmoni; beberapa penghobi telah melakukannya.
Namun, ini adalah situasi hidup yang sulit, dan memerlukan tangki besar dan pengawasan penuh untuk memastikan mereka selamat. Sekiranya terjadi perkelahian, piranha mungkin akan menang, dan anda akan kehilangan ikan pacu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...