Peacock bass tergolong dalam famili Cichlidae (sekeluarga dengan tilapia) yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan (Venezuela dan sistem sungai Amazon).
Penggunaan nama peacock bass (merak) unuk spesies ini kerana kewujudan `mata’ pada ekornya yang menyerupai cork bulu burung merak walau bagaimana pun ramai pemancing kita memanggilnya ikan raja bersamaan dengan panggilan masyarakat Cina iaitu `wong tai yee’ bermaksud `emperor fish’. Pada asalnya spesies ini diimport ke Malaysia sebagai ikan hiasan.
Sekurang-kurangnya terdapat enam spesies peacock bass iaitu Cichla monoculas, Cichla ocellaris, Cichla orinocencis, Cichla intermedia, Cichla temensis dan satu lagi spesies yang belum bernama saintifik dikenali blue atau grey barred.
Dua spesies yang memasuki Malaysia ialah Cichla monoculas, peacock bass paling kecil dan biasa dijumpai dan Cichla temensis atau dikenali Grande peacock bass, spesies paling besar.
Ads
Peacock bass biasa (C. Monoculas) boleh membesar sehingga 5kg manakala grande peacock bass (C. Temensis) boleh membesar sehingga 15kg. Rekod dunia IGFA (International World Game Fishing) untuk peacock bass ialah grande peacock bass seberat 27lb.
Peacock bass mampu membiak dengan subur di perairan air tawar kita. C. monoculas matang dalam umur setahun dengan panjang 12 ke 13inci. Selepas itu pasangan tersebut akan membiak dua kali setahun.
Peacock bass mengempas telurnya pada substrat yang keras di air cetek. Teluar akan menetas dalam masa empat hari dan induknya akan menjaga anak sehingga sebesar 3inci panjang. Hanya ikan sebegini mampu mengatasi tekanan penangkapan dan menjadi ikan sasaran pemancing pada kos yang sangat minimum.
Cara yang paling tepat untuk menentukan jantina peacock bass ialah dengan cara pemeriksaan gonad. Namun begitu sewaktu mengawan, bahagian kepala induk jantan akan membengkak dan saiznya lebih besar dari induk betina.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan pacu memiliki badan yang lebar dan rata dengan sirip di belakang dan perut mereka. Mereka dapat membesar beberapa kaki panjangnya.
Ikan pacu biasanya berwarna neutral yang solid seperti keperakan, kelabu, hitam dan putih, tetapi ada beberapa spesies dengan warna yang lebih mencolok, termasuk pacu yang memiliki perut berwarna merah (Piaractus brachypomus). Mereka juga dapat memiliki tompok bertanda seperti black-ear pacu (Myloplus schomburgkii).
Beberapa spesies ikan pacu memiliki karakteristik yang berbeza seperti `paruh’ menghadap ke bawah seperti parrot pacu (Ossubtus xinguense).
Salah satu ciri umum dari semua jenis ikan pacu adalah gigi mirip manusia. Tidak seperti beberapa spesies ikan yang memiliki taring tajam dan bergerigi yang dimaksudkan untuk memotong mangsanya, ikan pacu memiliki dua set gigi geraham tumpul yang mereka gunakan untuk memecahkan kacang dan mengisar membesaran.
Ini berarti bahawa jika anda membelek `bibir’ ikan pacu, anda akan melihat mulutnya dan berfungsi seperti mulut anda.
Ada banyak spesies ikan pacu. Sebenarnya, `ikan pacu’ lebih merupakan istilah payung daripada jenis tertentu. Mereka dapat berbeza dalam ukuran, warna, diet, dan habitat sementara masih dianggap pacu. Berikut adalah beberapa ikan pacu umum dan hal-hal yang membuat mereka berkesan:
Black Pacu (Colossoma macropomum) juga dikenal sebagai pacu raksasa. Berukuran sehingga 3.5 kaki panjang dan berat hingga 97 lb, itu adalah spesies pacu terbesar.
Parrot pacu (Ossubtus xinguense) memiliki mulut yang miring ke bawah seiring bertambahnya usia dan memberikan penampilan seperti paruh. Ini juga dikenal sebagai eagle-beak pacu.
Red-bellied pacu (Piaractus brachypomus) memiliki badan kekelabuan dengan tompok merah atau jingga di perutnya. Ini adalah bentuk mimikri yang melindunginya dari pemangsa kerana piranha berperut merah memiliki pewarnaan yang sangat mirip.
Predator akan meninggalkan pacu sendirian kerana mereka berpikir itu adalah piranha!
Pacu adalah kata lama dari bahasa Tupi-Guarani di Amerika Selatan. Iai berarti `pemakan cepat’ dan merujuk kepada cara pacu mengambil makanan seperti kekacang dan alga.
Berikut ini pengkelasan keluarga mereka:
Class: Actinopterygii (ikan bersirip)
Order: Characiformes (jenis ikan bersirip tertentu)
Family: Serspesiesalmidae (`keluarga salmon bergerigi’ yang mencakupi piranha, silver dolar dan ikan pacu)
Dari sana, ikan pacu dapat diklasifikasikan ke dalam pelbagai kelompok genus:
Tidak banyak spesies ikan di mana nama saintifiknya diguna pakai secara meluas di dunia. Ia sudah cukup menggambarkan kehebatan ikan arapaima ini.
Arapaima merupakan sejenis ikan air tawar berskala besar dari Sungai Amazon. Ikan ini juga dikenal dengan nama ‘Pirarucu’ di Brazil dan ‘Paiche’ di Peru merupakan salah satu spesies ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup.
Ikan monster ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah.
Menurut sumber, terdapat 3 spesies ikan ini yang dikenali sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae.
Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan di dalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat.
Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul di permukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25 meter dengan seberat mencecah 100kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk dieksport sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustasea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung. Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50 cm lebarnya sedalam 15 cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Tidak banyak yang diketahui tentang spesies ini. Begahak (Belodontichthys dinema) mempunyai bentuk badan yang unik seperti tapah dan lais. Ia terkenal sebagai hidangan bagi kaum Cina dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Taburan lokasi spesies ini sering dikaitkan dengan di sepanjang Sungai Pahang di semenanjung selain di Sabah dan Sarawak serta Borneo. Tidak ada maklumat konsisten mengatakan wujudnya begahak di sungai-sungai lain di semenanjung.
Ia mendiami habitat sungai yang sederhana luas dan luas serta tinggal di kawasan yang berkedalaman tinggi serta pertengahan. Ia diketahui gemar memakan ikan-ikan kecil di permukaan sebagai diet utama.
TAPAH
Nama saintifik: Wallago attu
Nama umum: Giant River Catfish, Wallgo, Lanchi
Nama tempatan: Tapah
Tapah merupakan antara spesies ikan air tawar gergasi. Ikan ini hidup di kawasan dasar sungai besar serta berlumpur. Spesies tapah juga terkenal dengan sifat pelahapnya dengan memakan ikan yang lebih kecil, krustesia dan moluska sebagai diet utama.
Ini menyebabkan ia mampu membesar mencecah sehingga 8 kaki panjang. Terdapat juga mitos yang terkenal ialah spesies ini mampu menyambar monyet atau kera yang bergayut dari permukaan air.
Selain itu, bandar Tapah di Perak juga mengambil nama sempena spesies ganas ini memandangkan ia sering muncul di kawasan sungai-sungai di Perak.
BELIDA
Nama saintifik: Notopterus notopterus, Chitala chitala
Nama umum: Feather back, Knifefishes
Nama tempatan: Belida, Belido, Lopis
Walaupun dalam genus atau genera berbeza, belida sungai (Notopterus notopterus) dan belida bintik (Chitala chitala) masih tergolong dalam keluarga yang sama iaitu Notopteridae.
Spesies ini amat cantik dan bentuk badannya pula amat unik. Badannya pipih dengan saiz kepala yang kecil dan ekornya melengkung ke atas menghasilkan bentuk seakan sabit atau pisau. Habitat belida biasanya di sungai-sungai besar, tasik serta lombong.
Belida bersaiz kecil juga hidup di paya dan tali air yang bersambung dengan sungai. Antara lokasi taburan spesies belida ialah di kawasan Chenderoh, Bersia, Kenering, Sungai Kelantan, Tasik Kenyir dan banyak lagi.
Spesies belida bersifat nokturnal dan aktif pada waktu malam. Ia bersifat pemangsa dengan diet utamanya udang dan ikan kecil. Belida lebih dikenali sebagai game-fish bagi pemancing kerana kekuatannya, namun begitu ia mempunyai potensi baik dalam sektor ikan hiasan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...