Ikan mahseer amat sinonim dengan negara India kerana nama mahseer itu sendiri dipetik dari bahasa Hindi iaitu mahasir atau ahaser. Sementara pemancing British yang menetap di India menamakan kumpulan ikan mahseer ini sebagai salmon India. Terdapat banyak spesies dan subspesies mahseer di India dan berikut merupakan spesies yang diiktiraf oleh saintis India.
Orange fin mahseer atau humpback mahseer boleh ditemui di Sungai Cauvery dan cawangannya. Spesies ini masih belum diberi nama saintifik dan sebelum ini dirujuk sebagai Tor Mussalah, nama yang tidak diterima oleh beberapa ahli taksonomi.
Hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa spesies ini (yang terbesar daripada genus Tor mampu mencapai melebihi 45 kg) boleh menjadi terancam walaupun ia tidak lagi tertera pada Senarai Merah IUCN. Spesies ini boleh layak untuk menjadi “fauna mega” oleh IUCN dan sangat memerlukan pemuliharaan dan pengurusan stoknya.
Ads
Golden mahseer (kelah emas) atau nama binomialnya Tor putitora ditemui di sungai-sungai Himalaya. Ia merupakan mahseer terulong yang dicari oleh penggemar pancingan mahseer seluruh dunia.
Blue Fin mahseer atau Deccan mahseer (kelah biru) atau nama binomialnya Tor khudree pertama kali digambarkan oleh Sykes dari timur sungai Mota Mola Pune. Spesies ini juga ditemui di sungai-sungai lain di Deccan Plateau.
Ads
Red finned mahseer (kelah sirip merah) atau nama binomialnya Tor tor ditemui di sungai-sungai India tengah.
Ads
Chocolate mahseer atau copper mahseer (tengas?) atau nama binomialnya Neolissochilus hexagonolepis banyak terdapat di rantau Himalaya dan Semenanjung India.
Malabar Mahseer atau nama binomialnya Tor malabaricus ditemui di Ghats Barat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ciri-ciri fizikal tebal pipi adalah mempunyai dua tulang tebal pada bahagian pipi. Sirip pektoral berbentuk cembung dengan warna kekuningan pada bahagian sirip dorsal dan hujung ekor.
Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang.
Diet utamanya sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil dan perumpun.
Habitatnya di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter.
Taburannya kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.
Profil gegerut:
Ciri-ciri fizikalnya mempunyai bahagian kepala agak keras, sirip-sirip cembung, pada bahagian atas berwarna silver/putih pada badan dan sirip.
Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.
Diet utamanya perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk. Habitat di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.
Taburan kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.
Perbezaan gegerut dan tebal pipi
Tebal pipi, satu nama spesies yang jarang didengari dikalangan pemancing pantai timur. Sebelum melihat dengan sendiri, sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai tebal di bahagian pipi.
Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang gemuk seperti ikan buntal sehinggalah melihatnya sendiri.
Tebal muka istilah yang biasa diperkatakan, namun tiada istilah tebal pipi. Tebal pipi biasanya dipanggil ‘tembam’ atau pipi yang montel.
Kerana pipilah ikan ini dapat nama. Keluarga yang sama dengan sepupu rapat iaitu gegerut.
Perbezaan yang paling ketara tebal pipi dan gegerut ialah bahagian pipi dan warna sirip serta ridip.
Namun kedua-duanya mempunyai tabiat yang sama iaitu mengeluarkan bunyi ‘grooot grooot’ atau anda sendiri pernah mendengarnya apabila dinaikan.
Tapi hanya gegerut yang dahulu tempah nama ini ‘groot’ sehingga sekarang. Dapat nama dari bunyi.
Gerut-gerut atau gegerut mempunyai bahagian sekata dimuka, pipi dekat bahagian insang rata dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver),
warna tompok-tompok hitam di atas garisan hidup dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.
Manakala tebal pipi mempunyai bahagian insang membengkak dan tulang pipi menonjol keluar, badan berwarna silver dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip, ridip dan ekor.
Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai tompok-tompok bintik hitam di bahagian atas serta badannya lebih gempal dari gerut-gerut.
Namun kedua-dua jenis spesies ini mempunyai habitat dan diet yang hampir sama.
Mungkin gerut-gerut mudah diperolehi oleh pemancing berbanding dengan tebal pipi (perangkaan saya 20 gegerut dan 1 tebal pipi).
Ini adalah kerana gegerut mempunyai 3 jenis yang berlainan sedikit walaupun bentuk hampir sama dan bilangan lebih banyak dari tebal pipi.
Namun saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500 gram.
Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di perairan yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau pesisiran pantai serta laut bebas.
Pertama, mesti ada minat dan pandai memancing. Ini kerana kebanyakan pemancing yang menyewa dengan tekong yang sekadar bawa bot, biasanya pulang dengan hasil yg kurang memberangsangkan.
Memanglah rezeki dari Allah… tetapi kalau kita sekadar berserah tanpa berusaha bersungguh-sungguh, mungkin hasilnya juga akan kurang.
Spot Memancing
Kedua, sebagai tekong juga… dia mesti arif dengan lokasi atau spot memancing. Bukan sekadar bawa saja. Jadi, dialah yang patut memberi tunjuk ajar bagaimana ingin menjinakkan ikan di kawasan tersebut.
Pemancing yang menyewa mungkin tidak tahu spesies apa yang ada di kawasan itu. Contohnya kawasan dasar berlumpur atau berbatu, unjam atau tukun tiruan.
Jadi, tekonglah perlu memainkan peranan penting dalam hal ini kerana setiap spot itu mesti ada kelainan dan cara menjinakkan spesies target juga berbeza.
Rajin & Peramah
Ketiga, tekong mestilah peramah dan ringan tangan. Kadang-kadang dalam satu group memancing di laut, tak semua akan memancing.
Percayalah… ada yang ambil bahagian dalam acara tidur separuh masa, tidur sepenuh masa ekoran mabuk laut.
Apabila crew mempunyai masalah untuk mengikat mata kail, membuang ikan, dalam keadaan mabuk laut, tekong mesti cepat mencuri hati crew kerana selalu menunduk di atas bot yang asyik bergoyang membuatkan lagi bertambah mabuk.
Jadi, tolong ikat mata kail, buang ikan apa salahnya, kan?
Bertolak ansur
Keempat, bertolak ansur terutama mengenai bayaran sewa bot. Memanglah kita berniaga, semua orang nak untung, kan?
Tetapi janganlah sampai membebankan penyewa. Bagi saya, ramai kawan itu lagi bagus. Kalau cuaca tak berapa cantik, spot pun tak smua boleh sampai.
Hasil pun kurang, apa salahnya sebagai tekong kita bagi diskaun sikit. Tu cara berkawan dalam bisnes. Next time dia cari kita lagi kalau nak pergi memancing.
Gajet lengkap
Kelima, last skali wajib ada sonar, GPS dan kelengkapan yang berkaitan kerana alatan ini amat penting.
Sebagi contoh kita nak jalan pada waktu malam, memang kekadang kita boleh sampai ke sesuatu destinasi tapi banyak halangan. Lebih baik sediakan lampu suluh.
Perjalanan lancar, jalan lagi terang. Sama juga situasi di laut. Kawasan ikan senang dikesan dan kawasan spot pon sama.
Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia paling besar dan luas di Malaysia. Oleh yang demikian korang perlu tahu spot atau lokasi yang menjadi lubuk kediaman ikan-ikan predator seperti toman dan sebarau jika ingin memburunya.
Suak terdapat anak air
Terdapat ratusan suak di Tasik Kenyir tetapi carilah suak yang ada aliran anak air. Ikan predator biasanya berkumpul di sini terutamanya jika ada kumpulan anak-anak ikan mencari makan.
Air terjun
Setiap air terjun di Tasik Kenyir memiliki potensi tersendiri untuk mencari ikan predator. Air terjun Sungai Papan dan Lata Buaya antara lubuk popular yang sering menjadi destinasi utama.
Kuala sungai atau muka suak
Jika tiada ikan predator di dalam kawasan suak, anda perlu mencuba pintu masuk suak atau kuala sungai. Sesetengah ikan pemangsa menunggu di sini untuk serangan hendap.
Tanjung daratan atau pulau
Tanah yang menghela ke dalam air adalah kawasan tanjung. Ia turut dihadiri ikan pemangsa untuk memburu ikan-ikan mangsa yang mencari makanan di sini.
Pulau tenggelam
Sekiranya menemui pulau yang baru ditenggelami air sebahagiannya, sebarau terutamanya gemar meronda di sini untuk melahap serangga yang terperangkap.
Reba bangkar
Pokok tumbang yang berceranggah dahannya ke dalam air akan menjadi tumpuan ikan mangsa untuk mencari makan dan ia akan menarik kehadiran ikan pemangsa.
Batu pulau
Batu-batu besar yang tenggelam sebahagiannya lazim menjadi kediaman atau lubuk persembunyian pemangsa untuk memburu mangsanya yang dalam melawat.
Balak tenggelam
Jika menemui pokok-pokok balak yang tersadai di dalam air, jangan sesekali lepaskan peluang untuk melontar gewang di bawahnya.
Longgokan sampah
Jika menemui longgokan sampah yang terdiri dari dedaunan atau batang kayu hanyut, cubalah pujuk ikan predator yang kemungkinan menunggu di bawah longgokan sampah tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...