Apa saja acara yang dilangsungkan atas nama PERTANDINGAN, ia tidak terlepas daripada gejala penipuan.

Sedangkan dalam pertandingan yang tidak menjanjikan imbuhan wang ringgit pun ada yang sanggup menipu, apatah lagi pertandingan yang menawarkan wang tunai hingga puluhan malah ratusan ribu ringgit.

 

Gejala yang sama turut berlaku dalam pertandingan memancing. Malah, kes penipuan dalam penganjuran pertandingan memancing bukan berlaku kebelakangan ini sahaja.

Ia sudah lama bertapak dalam industri ini dan para penipu ini sanggup melakukan apa saja cara untuk muncul sebagai juara.

 

Berikut disenaraikan beberapa kaedah penipuan yang pernah dilakukan oleh pemancing.

 

 ➡  Menipu Timbangan

 

Salah satu teknik yang popular ialah dengan menambah batu ladung dalam di dalam badan ikan.

Ada yang memasukkannya terus ke dalam perut ikan atau ke dalam mulut ikan sahaja. Penipuan ini sudah lama dilakukan dan masih ada yang melakukannya.

 

IKLAN

Satu lagi kaedah menipu timbangan ialah mencatatkan hasil timbangan yang melebihi berat ikan yang sepatutnya.

Biasanya ia dilakukan hasil kerjasama atau pemancing bersubahat dengan marsyall atau hakim yang merekodkan hasil pancingan.

 

 ➡ Seludup ikan

 

Teknik ini cukup popular ketika era ikan keli merupakan spesies utama yang dipertandingkan.

Malah ia masih berterusan sehingga hari ini berikutan keupayaan ikan keli untuk bertahan di luar air untuk tempoh yang agak panjang.

 

Teknik menyeludup ikan bukan terbatas di pertandingan memancing air tawar sahaja. Pertandingan air masin juga tidak berkecuali.

IKLAN

Ia pernah berlaku dalam pertandingan memancing laut dalam di mana peserta menghantar ikan yang dibeli dari nelayan di tengah laut.

 

 ➡  Ikan tambat

 

Teknik menambat ikan cukup sinonim dengan pancingan pantai dan tasik. Ikan yang dicangkuk mata kail di dalam mulutnya akan ditambat dengan tali atau perambut yang panjang.

Tali yang menambat ikan itu kemudiannya akan disambung pada tali pancing utama tanpa pengetahuan peserta lain pada hari pertandingan.

Teknik inilah yang menjadi viral dalam pertandingan memancing baru-baru ini.

 

IKLAN

 ➡  Rasuah

 

Istilah ikan boll di dalam mulut cukup sinonim dengan pertandingan memancing yang dianjurkan di kolam atau tasik air tawar.

Ia memberi makna, mata kail haruslah tercangkuk di dalam mulut ikan sebagai syarat pengesahan tangkapan. Sekiranya tidak boll maka tangkapan dibatalkan.

 

Namun ia peraturan yang mudah dijual beli. Dengan tawaran suapan beberapa peratus, banyak kejadian di mana peserta yang memenangi pertandingan memancing adalah hasil rasuah kepada marsyall.

Malah ada yang peserta yang berpakat secara langsung dengan penganjur.

 

 ➡  Bomoh

 

Matlamat menghalalkan cara. Demi memenangi wang pertaruhan, ada pemancing yang sanggup menggunakan khidmat bomoh atau ilmu hitam.

Ia bukan perkara baru namun kekurangan bukti nyata untuk mengheret para penipu dalam pertandingan memancing ini ke muka pengadilan menyebabkan ia tidak dapat didedahkan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI