Ada banyak cara untuk menghasilkan assist hook atau set mata kail untuk teknik jigging terutama untuk kaedah fast jigging. Berikut merupakan perkongsian salah satu caranya. Ia sangat mudah untuk dihasilkan dan yang paling penting dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk memancing yang semakin meningkat.
Aksesori Keperluan:
Kevlar
Jig
Jigging hook
Split ring
Solid ring (satu atau dua lubang)
TUTORIAL 1
Pasangkan split ring dan solid ring pada cincin jig.
TUTORIAL 2
Masukkan tali kevlar ke dalam solid ring.
TUTORIAL 3
Lilitkan sekali lagi hujung tali ke dalam solid ring.
TUTORIAL 4
Biarkan satu lingkaran terhasil dan tali hujung tali ke tali kevlar utama.
TUTORIAL 5
Buatkan satu lilitan pada tali utama.
TUTORIAL 6
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
TUTORIAL 7
Tarik dan ketatkan tali utama sehingga satu ikatan kemas terhasil.
TUTORIAL 8
Buangkan lebihan hujung tali dan potong tali sepadan dengan badan jig.
TUTORIAL 9
Masukkan mata kail dan buatlah ikatan mata kail yang korang biasa digunakan.
TUTORIAL 10
Assist hook yang ringkas, mudah dan cepat untuk disiapkan.
Baitcasting reels kesayangan anda bercalar… aduh mesti tak seronok, kan? Kadang-kadang di dalam fikiran, apa caranya untuk kekili kesayangan anda kembali nampak cantik. Sebenarnya itu adalah lumrah, kerana semahal mana pun anda membelinya pasti akan tercalar juga satu hari nanti.
Apa yang penting dalamannya masih lagi ok. Kalau dlah bercalar teruk sangat tu, apa kata anda lakukan sendiri DIY ubah sendiri warna kekili tersebut dengan warna kegemaran anda sendiri. Susah ke? Sebenarnya ia tidaklah sesusah mana pun. Di bawah ini ada tutorial-tutorial yang anda boleh lakukan sendiri agar kekili anda kelihatan lebih menarik dan kelihatan seperti baru.
Peralatan yang digunakan
Reel yang hendak diubahsuai.
Penyembur cat Tamiya (boleh juga gunakan jenama lain ikut kesukaan masing masing).
Masking tape.
Kertas pasir saiz halus.
Part custom ikut cita rasa masing-masing. Saya menggunakan part dari berbagai-bagai jenama seperti KTF, Hedgehog Studio dan part dari reel Megabass.
Tutorial Pertama
Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.
Tutorial Kedua
Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.
Tutorial Ketiga
Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.
Tutorial Keempat
Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.
Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.
Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.
Tutorial Kelima
Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.
Tutorial Keenam
Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.
Assist hooks untuk jigging banyak terjual di kedai-kedai pancing. Harga assist hooks ni pun boleh tahanlah juga. Nak senang, beli ajelah. Namun tidak sempurna ilmu seseorang jigger itu sekiranya menggunakan assist hooks ready made buatan kedai. Baru la setaraf dengan anglers jepun kalau pandai buat sendiri.
Tutorial 1
Potong tali kevlar kira-kira 4 inci atau lebih bergantung kepada panjang yang dikehendaki.
Tutorial 2
Kemudian lekatkan atau lekapkan bahagian salah satu hujung kevlar pada bahagian belakang teras mata kail.
Tutorial 3
Gunakan tali sulam 8-10 lb untuk mengikat kevlar pada teras mata kail. Jangan potong lebihan tali ikatan dulu.
Tutorial 4
Buatkan satu simpulan pada mata kail dan tarik tali kevlar berada di bahagian depan mata kail.
Tutorial 5
Titikkan gam pada kesemua ikatan yang dihasilkan tadi (jika perlu).
Tutorial 6
Pastikan simpulan tersebut betul-betul ketat dan kemas pada mata kail. Dan lilit kembali dengan tali sulam.
Tutorial 7
Ulangi proses yang sama pada mata kail yang kedua (tutorial 1 hingga tutorial 6).
Tutorial 8
Gunakan jig untuk menggantungkan mata kail sebagai pengimbang untuk mengikat solid ring.
Tutorial 9
Titikkan gam pada kesemua ikatan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 10
Masukkan shrink tube dan bakar dengan pemetik api.
Tutorial 11
Assist hook yang siap untuk digunakan dalam teknik slow pitch jigging mahupun light jigging.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...