Negara kita sendiri kaya dengan spesies ikan air tawar yang bernilai, tidak kira daripada segi harga pasaran, nilai kekuatan pertarungan ataupun kepuasan tersendiri saat menaikkan spesies yang sukar dipancing.

 

TOMAN

Nama saintifik : Channa micropeltes

Nama umum : Giant snakehead, giant mudfish

Nama tempatan : Toman

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Spesies toman boleh dikatakan spesies ikan sukan air tawar yang wajib dibanggakan oleh pemancing Malaysia. Keupayaan dan kehebatannya dalam pertarungan serta sifat ganasnya menjadikan toman spesies yang didambakan tanpa jemu.

Toman dengan mudah boleh mencapai saiz sepanjang satu meter. Setiap kawanan anak toman yang masih merah biasanya dijaga oleh sepasang induk sehinggalah mereka membesar dan pecah jalur di badannya.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Ia sangat sensitif dan agresif terutama ketika menjaga kawanan anak-anaknya. Diet utama bagi pemangsa karnivor ini ialah ikan dan udang. Habitat toman biasanya di kawasan tasik di mana terdapat sambungan sumber aliran sungai.

Ikan toman wajar diangkat sebagai ikon game-fish untuk spesies tempatan di negara. Sayangnya, tidak ramai pihak yang melihat situasi ini dan hanya tahu membasmi spesies toman daripada habitat tertentu.

 

IKLAN

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Kaedah Memancing

Pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup seperti anak ikan keli, anak sebarau, katak atau anak ikan kap. Gunakan perambut yang lebih kasar kerana kombinasi daya libas dan giginya yang tajam mampu memutuskan tali.

Bagi kaki mengilat, spesies wajib ini menjadi sasaran. Pelbagai jenis gewang termasuk soft plastic boleh digunakan dengan kombinasi teknik yang sesuai seperti twitch, jerk, popping dan sebagainya bagi persembahan gewang. Apa yang pasti, jika terjumpa toman bawa anak, mungkin lebih mudah gewang anda disambarnya.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

KERANDANG

Nama saintifik : Channa marulioides

Nama umum : Emperor snakehead

Nama tempatan : Kerandang, Toman bunga, Jelai, Kuang

IKLAN

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Kerandang mempunyai bentuk yang unik dan cantik. Tidak seperti haruan biasa, ia berwarna lebih gelap dengan corak hitam di badannya. Kerandang mendiami kawasan berpaya, tasik dan sungai dengan pH air yang rendah. Ia juga bersifat karnivor seperti snakehead yang lain dan memakan ikan kecil, katak, serangga dan cacing. Kerana spesies ini diancam kepupusan, pemancing wajar melepaskan semula di habitat asal selepas mengambil foto.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Kaedah Memancing

 

Biasanya memburu kerandang memerlukan anda mencari lubuk yang memakan masa berjam-jam untuk tiba. Ini kerana kerandang agak sensitif dan sukar ditemui di kawasan biasa. Penggunaan cengkerik, katak atau anak ikan antara umpan yang popular bagi kerandang. Penggunaan katak tiruan dan gewang lain yang sesuai dengan lokasi juga boleh dipraktikkan.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

IKLAN

 

BUJUK

Nama saintifik : Channa lucius

Nama umum : Forest snakehead

Nama tempatan : Bujuk, Haruan Bujuk

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Bujuk tergolong dalam salah satu spesies ikan kepala ular atau snakehead. Ia merupakan spesies yang cantik dengan warna perang gelap serta tompokan hitam di badannya. Badannya sedikit pendek dan bulat padat.

Habitatnya biasanya di kawasan berair cetek dengan rumpai atau reba di paya atau alur sungai yang kecil. Bujuk mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding haruan. Spesies ini bersifat karnivor dan diet utamanya ialah anak ikan dan serangga.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

 

Kaedah Memancing

Lokasi terlindung dan berumpai merupakan lokasi terbaik untuk memancing bujuk. Umpan yang biasa digunakan ialah kelkatu, anak ikan dan katak. Bagi penggunaan katak tiruan, Ia perlu dimainkan dengan karauan perlahan dan terhenti-henti di kawasan rumpai bagi membolehkan gewang disambar oleh spesies ini.

 

Spesies `Kepala Ular’ Paling Diminati

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI