Sebenarnya umpan untuk pancingan laut dalam ini agak meluas dan macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Namun ada kalanya umpan-umpan tersebut boleh diklasifikasikan mengikut spesies ikan sasaran. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok jenis ikan.
Jenis umpan yang terbaik ialah untuk bekalan dari jenis umpan segar (ikan, udang, sotong) atau umpan hidup yang diperolehi dari hasil dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dalam perjalanan ke destinasi memancing atau di lokasi memancing itu sendiri. Sementara umpan hidup seperti udang dan udang lipan bolehlah dicari sebelum menaiki bot.
Ads
Manakala umpan segar boleh dibeli di pasar atau di jeti dari nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan di laut. Harus diketahui juga bahawa umpan-umpan ini merupakan satu modul utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerana faktor kesegaran akan menentukan keberkesanannya.
Ads
Ads
Antara jenis umpan yang dianggap universal di laut dalam ialah ikan selayang, pelaling, tongkol, ikan kembung, anak ikan alu-alu, cabuk dan sotong pasar. Dan pastikan jumlah umpan ini mencukupi untuk tempoh dan jumlah pemancing dalam sesuatu trip.
Menurut pengalaman pemancing yang sering mengikuti trip laut dalam, lazimnya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut; jika 10 pemancing untuk trip 3 hari 2 malam sekurang-kurangnya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 2 ke 3 kilogram seorang. Manakala umpan ikan kira-kira 2 kilogram seorang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Suatu ketika dahulu saya sentiasa berfikir bahawa tatkala paras air rendah atau surut di tasik empangan atau sungai pergunungan adalah masanya pemancing berpesta ikan kerana kawasan yang luas menjadi mengecil membuatkan ikan-ikan tertumpu.
Namun, setelah sekian lama memancing persepsi itu terpaksa saya ketepikan. Ia ternyata tidak seperti apa yang saya jangkakan. Ini kerana selalunya trip ketika paras air rendah di tasik-tasik empangan adalah kurang hasil tangkapannya.
Persoalannya sekarang, adakah benar ikannya kurang? Ke mana perginya ikan-ikan ini pada waktu tersebut, tak mungkin semuanya menghilang sedangkan pada masa yang lain seperti lepas hujan banyak pula tangkapannya.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan tangkapan ikan sangat berkurangan ketika paras air surut. Antara yang saya perhatikan ialah:
Paras air yang turun menyerlahkan banyak tunggul kayu serta reba yang selama ini tenggelam. Struktur-sruktur yang baru timbul ini biasanya sangat padat.
Pancingan menjadi berisiko, hanya mereka yang berani saja yang sanggup melemparkan gewang ke reba sebegitu kerana tahu kebarangkalian gewang untuk putus lebih tinggi berbanding menaikkan ikan.
Ramai yang lebih memilih untuk mensasarkan kawasan yang kurang tunggul-tunggul kayu. Jadi faham-fahamlah jika ikannya kurang.
Ketika paras air rendah juga menyebabkan jarak antara permukaan air dan reba menjadi bertambah rapat.
Kalau air tinggi masih ada peluang nak main ikan, tapi ketika air rendah sekejap saja ikan sudah lekat ke reba. Kebiasaanya strikes itu masih ada tapi dalam 10 kali gewang dirembat ikan hanya beberapa ekor saja yang dapat didaratkan.
Jika diperhatikan ketika air surut, tebing-tebing tanah merah terserlah, keadaan tasik empangan yang luas membuatkan selalu ada tiupan angin yang menghasilkan ombak-ombak kecil dan ia sentiasa menghempas tebing-tebing tanah merah ini lalu menghasilkan keladak-keladak terampai yang akhirnya akan membuatkan air tasik menjadi agak keruh.
Keadaan ini berlanjutan selama mana musim kering berlangsung. Ikan sukar melihat gewang yang dipersembahkan lantas membuatkan peratusan sambaran kurang.
Keadaan musim kering yang berangin kuat juga salah satu faktor ikan kurang ketika air surut.
Pancingan menjadi sukar kerana kurang konsentrasi pemancing apabila bot sentiasa berubah kedudukan akibat angin, lemparan gewang juga selalu tersasar dari lokasi yang diinginkan akibat tiupan angin terutamanya di tempat toman menimbul.
Permukaan air yang sentiasa berombak menghasilkan biasan dalam air yang mengelirukan penglihatan ikan.
Malah untuk memainkan gewang permukaan terutamanya pencil bait juga tidak secantik semasa air tenang akibat ombak-ombak yang terhasil menjadikan ikan kurang berminat untuk menyergapnya.
Keadaan cuaca yang kering berminggu-minggu membuatkan proses pemeluwapan sentiasa berlaku lantas membuatkan oksigen mudah hilang dari permukaan air. Malah, perimeter permukaan air juga sentiasa panas. Bila keadaan ini berlaku.
Hidupan seni yang menjadi makanan ikan-ikan kecil akan turun ke kawasan yang dalam di mana masih ada lagi kandungan oksigen. Ikan-ikan kecil juga akan berlegar di kawasan yang dalam ini juga untuk mencari makanan.
Sedia maklum lokasi yang dalam ini berselirat dengan reba, jadi ikan-ikan pemangsa menjadi sukar dijejaki kerana ia juga lepak rapat ke reba untuk mengendap ikan-ikan kecil. Keadaan ini boleh juga menyebabkan kita ingat ikan kurang ketika paras air rendah.
Kasi letak dalam aquarium belut karen..huhuhu… bia ikan pulak karen die.
Joda Joe
Bodo kepa klu ore gni gk.jupo ktku aku katok la.nk ngail pon xdop ike loni.
Alexson David
jangan karen dia, bom terus dia tu…baru tau…
Rosdi Gtpb
Karan…. ikan yang tak buleh kat depa……yang kecik mati…yang besar… terencat… kepala besar badan… kecik bom… kecik besar semua mati…. lubuk 2 baik punya habis… tuba …. sepanjang sungai…ikan habis mati….
Yakob Farizan
Di kampong aku…… motor prnah kena bakar. Garax mngkap ikan dgn cara bgini….
Dady Agurl Chia
Kalau kami di Brunei,saya belum pernah tengok orang karan ikan,kalau selam ikan banyak di kawasan kampong2..
Mohd Nor Fadzuan
Selfish.biase terdiri dari org yg cetek pengetahuan dan bodo sombong. Tindakan undang2 yg lebih ketat perlu dilaksanakan.
Queija Azrani Azhar
Kt kmpung saya ritu ada org tuba parit… Habis ikan ngn jenggo timbul.. Kami kejar nasib tk dapat… Klo dpt nahas la…
Abdul Rahman Amit
Pentingkan diri sendiri……..
Tie Baik
Mohon karen blik kpala hotak diorg nie… bg bleh pk kelakuan diorng nie apa akibatnya…
Khairul Azman
Kritikal.. bagaikn sudah tiada jalan pnyelesaian… mereka juga tumbuh mcm cendawan..
Shamsul Adha
Isu mengkaren dn bom ikan ni perlu dibincangkn selalu supaya org yg terlibat/lakukan perkara ni tau betapa kesan negatif pd alam sekitar terutama pd spesis ikan…sekaligus mengundang kepupusan ikan dikawasan itu. Kesimpulannya masih ada tiada kesedaran dn sikap tamak pentingkan diri masih berlaku.
Irsyad Alt
Memang tak bermanfaat betul bagi aktiviti menuba,bom dan sebagainya
Mat Kerie
Kalau nk buat report pasal aktiviti ni, nk report dkt jabatan mana ?
Usu Lan
Wahhhh.. rasa mcm nak terajang bontot diorg je.. lps tu sebat dgn galah berarus letrik tuh kaw..
Azizul BeNt
Atas sebab kurang pendedahan dan kesan masa hadapan. Punca dorg buat aktiviti ni.
Encik Kachang
Kita karen dia balik
Panci Ngail
Tangkap karenkan dia lepaskan balik…cnr…biar dia rasa…
Hairul Nizam
Mereka x memikirkn masa depan ekosistem yg ada skrg mungkin apa yg dipikirkn hanya lah keuntungan semata2.byk lg cara yg mudah dgn penggunaan bubu @ lukah & jala…
Kelisa Merah
Saya penah ikut kawan karen ikan guna bateri si batu kurau dulu…pada pendapat saya karen ikan ni tak la mengancam nyawa ikan sangat berbanding dengan menuba atau meracun ikan sebab karen ikan ni hanya pada jarak renjatan berhampiran dengan ikan berbanding dengan menuba…apapun saya kurang bersetuju dengan cara karen,menuba atau menjaring ikan…
Putera Zizan Aziz
Kalau aku jumpa orang mcm ni aku kasi lastik dia punya kepala…bodoh punya orang..habis anak2 ikan mti.
Roti dipotong dadu, masukkan dalam bekas bancuhan. Masukkan sos konkang A1 4 sudu teh dan digaul rata.
Langkah 2
Pastikan digaul dengan rata bagi memboleh setiap roti dadu diselaputi sos konkang.
Langkah 3
Seterusnya sebarkan Musang Strawberry 3 penutup pada dinding tong bancuhan supaya lebih sekata mengenai roti.
Langkah 4
Goncang tong bagi memboleh umpan sekata dengan roti.
Langkah 5
Gunakan perambut dua mata kail. Kepalkan roti pada mata kail sebelah atas. Dan mata kail bahagian bawah hanya 3 atau 4 ulas roti. Kebiasaan teknik ini untuk permainan apung. Selamat mencuba.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...