Bagi korang yang belum pernah memancing dan bercadang untuk memancing di Pulau Jerejak, di sini kami belanja sedikit tip keselamatan sepanjang masa korang memancing di pulau tersebut.

 

Bawa peralatan kecemasan

Malang sememangnya tidak berbau. Oleh yang demikian bawalah peralatan kecemasan seperti ubat-ubatan yang penting. Memadai salah seorang daripada grup korang yang membawanya jika korang tidak dapat berbuat demikian.

 

Alas kaki sesuai

Pastikan alat kaki sama ada kasut atau sandal yang korang gunakan bersesuaian dengan geografi lokasi. Jika kurang sesuai pun jangan pula berkaki ayam.

 

IKLAN

Barang berharga

Simpan barang berharga jauh dari kawasan hutan bagi mengelakkan diambil oleh kera. Tentu korang tidak ingin melihat handphone atau kunci rumah dibawa oleh kera ke dalam hutan.

 

Makanan secukupnya

Bawalah makanan dan minuman yang secukupnya. Yang paling penting adalah air minuman. Pastikan tidak hidrasi ketika memancing.

 

IKLAN

Kawasan bahaya

Jangan memancing di kawasan berbatu di tengah laut ketika air pasang besar. Atau dalam erti kata lain, sentiasalah perhatikan gerakan pasang surut air dan di mana lokasi korang berada ketika memancing.

 

Barang pancing

Pastikan joran anda diletakkan di kawasan yang kukuh dan sentiasa berada berhampiran joran. Jangan ambil mudah terhadap spesies yang ada di perairan Pulau Jerejak.

IKLAN

 

Adab

Sentiasalah menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang memancing di sini. Saling hormat menghormati itu amat penting diamalkan.

 

Keselamatan tambahan

Sentiasa memancing di dalam kumpulan yang ramai kerana pasti ada mata yang sentiasa memandang untuk menangguk di air keruh.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI