Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan dan hujung joran akan terus melentik ke bawah. Untuk udang ukuran sederhana biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik. Ini disebabkan ia mengutis dengan sepit sehingga hujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.
Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sederhana, oleh kerana itu sering-seringlah memantau dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikan maka umpan sedang dimakan.
Ads
Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentap kerana berkemungkinan akan terlepas.
Ads
Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentap dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung kekili pelan-pelan dengan posisi hujung joran di atas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air.
Ads
Udang biasanya bila terkena pancing akan mundur ke belakang dan membengkokkan tubuhnya, jika disentap atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal atau pertengahan Ramadan?
JAWAPAN:
Harus sehahari atau dua hari sebelum raya. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hambali.
Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. Ini satu pendapat dalam Mazhab Hambali.
Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie dan satu pendapat dalam Mazhab Hambali.
Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram.
Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqada. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
SOALAN:
Siapakah yang bayar zakat fitrah pelajar perempuan di luar negara?
JAWAPAN:
Zakat fitrah juga dikenali sebgai zakat badan merupakan satu bentuk zakat yang wajib atas setiap individu Muslim menunaikannya setiap tahun.
Secara umumnya wajib ke atas usul (ayah, datuk, ibu, nenek dan hingga ke atas) untuk membayarkan zakat anak perempuan.
Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) merumuskan, wajib membayar sendiri zakat fitrah jika berkemampuan.
Kebiasaan untuk pelajar Malaysia yang belajar di timur tengah membayar sendiri zakat fitrah mereka. Namun, jika si bapa mahu membayarkan maka hukumnya adalah harus dan sah tetapi dengan keizinan si anak.
Adapun bagaimana cara hendak membayar sebaiknya berhubung dengan persatuan pelajar Malaysia tentang kebiasaan yang dilakukan di sana.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Ikan lain ialah layaran, yang selalu dilihat melompat berulang-ulang kali. Namun layaran dikatakan melakukan sedemikian untuk tujuan menakutkan dan mengepung mangsanya.
Bagaimana pun keterangan ini tidak boleh diterima pakai untuk belanak, kerana dietnya terdiri dari bahan organik reput dari dasar muara.
Dari pemerhatian yang lebih terperinci, lompatan belanak didapati cukup tersendiri. Lazimnya ia bukanlah satu gesaan untuk terbang keluar, sebaliknya satu perbuatan
bermalas-malasan dan perlahan. Kadangkala ikan ini sekadar menujah kepalanya ke permukaan air.
Jadi apakah alasan yang munasabah tentang sifatnya itu? Mungkin bertempiaran lari dari pemangsa seperti siakap, senangin, siakap merah atau sebagainya.
Tetapi andainya angkara pemangsa, pasti keseluruhan kumpulan akan melompat bersama-sama dalam keadaan panik yang ketara.
Bahkan jika lari dari pemangsa sekali pun, tentu ia akan melompat berulang kali bukannya sekejap-sekejap.
Ada beberapa teori dari pemancing yang agak melucukan. Misalnya, oleh kerana belanak sering berenang dalam air berkeladak, maka mereka kerap melompat untuk mendapatkan
bearing dan melihat ke mana mereka pergi! Ada juga yang menyifatkan sang belanak itu ingin bersuka ria.
H.D. Hoese, seorang ahli biologi yang berjaya mencari jawapan mengapa belanak suka melompat dalam subtajuk. ‘The Diving Bell Hyphothesis.’
Dalam kajiannya itu, beliau mendedahkan bahawa belanak jenis Mugil cephalus ini mempunyai ciri fizikal yang agak unik.
Di belakang tekaknya terdapat satu ruang menganjur yang dibekalkan dengan banyak saluran darah. Selalunya bila banyak saluran darah, bermakna banyaklah pengangkutan gas.
Jadi dalam kes ini, ianya diteorikan (tetapi tidak dibuktikan) bahawa ruang yang sungguh bervaskular itu bertindak sebagai tambahan kepada respirasi insang, yang membekalkan
oksigen kepada rangkaian sistem darah. Ianya dipanggil organ ‘pharyngobranchial’ (secara ringkasnya, ‘insang tekak’). Maka dijangka bahawa lompatan atau tujahan belanak itu
sebenarnya untuk `meneguk’ udara, dan oksigen diekstrak oleh organ respirasi tambahan tersebut.
Teori ini lebih logik, kerana belanak meluangkan banyak masanya menapis makanan melalui kelodak dan lumpur organik di dasar muara, di mana tahap oksigen selalunya sangat rendah.
Oleh itu, apabila ada gesaan untuk ia memerlukan lebih banyak rangsangan oksigen. Belanak naik ke permukaan untuk menghirup udara dan turun semula seperti loceng yang timbul dan tenggelam.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku dan teman sekomplot akan pergi ke mana-mana lubuk untuk memancing sama ada dengan teknik casting atau pancingan dasar. Teknik melabuhkan umpan dan tunggu merupakan langkah terakhir sekiranya tiada mana-mana geng yang turun atau tiada port yang ingin diterjah kerana casting pilihan utama.
Akan tetapi pada suatu cuti minggu, aku tidak dapat beraksi kerana jemputan ke majlis kenduri kahwin rakan ketika sama-sama menuntut di pusat pengajian tinggi dahulu. Rakan-rakan yang lain agak kecewa kerana selalunya akulah yang menjadi mastermind kepada sebahagian komplot yang dibuat.
Sambil aku dan isteri menikmati nasi minyak pengantin, aku dikejutkan dengan paluan kompang. Rupa-rupanya pengantin sampai awal daripada yang dijangkakan. Jam baru menunjukkan pukul 12 tengah hari. Dalam hati terdetik “masih awal, ada peluang nak mancing petang ni”. Puas melihat pengantin setelah menghabiskan makanan, aku dan isteri pulang ke rumah.
Setiba di rumah, aku terus mencapai telefon bimbit dan menelefon Adnan. Rupanya Adnan sedang membangau di kolam. Sasaran beliau ialah rohu tetapi tidak seekor pun yang strike. Dah hampir dua jam katanya. Racun punya racun, Adnan akur dengan pelawaan untuk terjah port haruan sekitar tali air di Banting. Tapi beliau perlu ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil set casting.
Dari rumahnya ke rumahku tidaklah terlalu jauh dan tidak terlalu dekat, hanya mengambil masa 20 hingga ke 30 minit perjalanan. Oleh kerana beliau tidak biasa ke rumah aku kerana kami selalu berjumpa di port-port memancing atau di luar untuk mengeteh, beliau telah sesat hampir sejam lebih. Setibanya Adnan di pekarangan rumah, kami bercadang untuk naik satu kereta iaitu kereta aku.
Dari rumah aku ke port yang dituju mengambil masa lebih kurang satu jam. Makin hampir dengan lokasi tersebut, tiba-tiba aku teringat dengan kisah-kisah yang pernah diceritakan sebelum ini. Di situ agak keras tempatnya. Pernah satu masa kawan-kawan aku daripada forum memancing pergi ke sana, tiba-tiba seorang dari mereka hilang.
Hampir 40 minit mencari, akhirnya dapat panggilan telefon bahawa orang yang mereka cari telah pulang ke rumah. Bila ditanya mengapa pulang senyap-senyap, dia memberitahu tidak mahu membantutkan rakan yang lain sedang memancing kerana kelibat bola api yang dilihatnya.
Aku sendiri pun pernah mendengar cerita yang sama dan dipesan untuk lebih berhati-hati jika ke situ. Ketika itu aku menunggu rakan bersiap di rumah bujangnya. Sambil menunggu, aku berborak dengan orang yang sama-sama menyewa dan serumah dengan kawanku itu. Bila mana aku sebut sahaja nak memancing di situ, beliau terus pesan untuk memberi salam dan membaca selawat ketika ingin masuk ke kampung tersebut. Keras katanya.
Sebenarnya, aku telah ke tempat tersebut dalam tiga empat kali. Oleh kerana selamat pergi dan pulang tanpa sebarang cerita, aku tetap ingin ke sana. Walaupun pernah membangau dan hasil tidak memberangsangkan, tetapi port yang boleh didefinisikan sebagai menarik untuk casting menarik minat aku untuk pergi lagi ke sana.
Lokasi semakin hampir, aku sempat berpesan kepada Ijal supaya memberi salam dan baca-bacalah apa yang beliau tahu. Aku sendiri pun lakukan perkara yang sama. Sempat juga aku menceritakan apa yang didengar sebelum ini kepada Adnan. Tapi kami tidaklah rasa apa-apa kerana tengah gigil nak melempar gewang. Untung-untung ada strike.
Separuh jalan memasuki kampung tersebut, aku terlihat beberapa payung pasar malam baru nak dipasang. Disebabkan laluan masih muat untuk kereta lalui, aku meredah sahaja pasar malam yang baru di setup tersebut. Agak segan kerana menaiki kereta di tapak pasar malam, aku tidak memandang ke kiri dan kanan, hanya menumpukan perhatian ke depan dan sesekali mengelak payung-payung peniaga yang baru dipasang.
Sebenarnya aku tidak pernah sampai ke sini sebelah petang. Selalunya aku akan datang awal pagi dan pulang sebelum Zuhur. Disebabkan komplot hari ini tidak dirancang, aku sampai agak lewat ke destinasi. Jam 6 petang barulah kami membuat balingan yang pertama. Tiada sebarang sambaran menyebabkan kami leka. Jam telah menunjukkan pukul 7.15 malam. Walaupun hari masih belum gelap sepenuhnya tetapi kami fikir eloklah berhenti dahulu dan pulang ke rumah.
Masuk sahaja kereta, aku menyatakan hasrat kepada Adnan untuk mengikut jalan yang lain kerana terfikir mengenai pasar malam yang kami nampak ketika datang tadi. Adnan bersetuju, kami melalui separuh jalan seperti ketika datang tadi sehingga nampak kelibat pasar malam dari jauh, kami belok di satu simpang dengan tujuan untuk memintas pasar malam tersebut dan tembus ke jalan depan.
Biasalah kawasan kampung, banyak simpang-simpang tetapi kebanyakan dari jalan tersebut bersambung antara satu sama lain. Aku tidak pernah melalui jalan selain jalan yang aku lalui untuk datang tadi maka aku main agak sahaja dengan harapan laluan tersebut betul. Apabila aku masuk ke simpang yang dirasakan telah lepas dari pasar malam, aku memintas masuk ke lorong yang sama semula, ternyata betul.
Dari cermin pandang belakang aku masih nampak kelibat pasar malam dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Sedang asyik menekan minyak, aku rasa seperti ada yang tidak kena. Jalan yang aku lalu tidak seperti yang aku tempuh ketika datang tadi. Adnan mengeluarkan telefon bimbit androidnya dan membuka GPS. Ternyata jalan ‘exit’ ke ‘highway’ telah terlalu jauh. Aku kini berada di tengah-tengah jalan lama yang menghubungkan apa dan ke mana, aku sendiri tidak tahu. Kiri dan kanan hanya pokok dan hutan.
Kami menyedari azan Maghrib berkumandang di satu surau kecil ketika ingin keluar tadi, kami berhasrat untuk berhenti solat di mana-mana lokasi ketika dalam perjalanan pulang nanti maka kami tidak terus berhenti di surau tersebut. Tetapi kini suara azan Isyak telah pun berkumandang di radio. Dalam tidak sedar, telah hampir sejam kami sesat. Sementara itu, koordinat GPS tetap tidak dapat mengesan di mana lokasi kami.
Nekad untuk berpatah balik walaupun tahu pasti akan mengambil masa dua kali ganda untuk bertemu jalan masuk, sempat aku berseloroh.
“Kita cari balik pasar malam tu, ini semua salah pasar malam tu!”. Adnan yang tadinya ligat mencari jalan dan sesekali berbual hal memancing kini senyap. Mungkin keletihan agaknya.
Mujur setelah berpatah balik mengikut jejak dan laluan yang ingat-ingat lupa, kami berjaya bertemu dengan kawasan berhampiran pasar malam tersebut. Tetapi yang menghairankan, tiada langsung tanda-tanda ada pasar malam di situ. Takpelah, mungkin dah habis, fikir saya dalam hati. Kali ini lebih mudah kerana aku tidak perlu menyusur jalan lain. Sebelum keluar dari kampung ke jalan besar, aku sempat berhenti dan bertanya kepada seorang pakcik yang kebetulan berjalan kaki di laluan bertentangan.
“Pak cik, mana pasar malam dekat situ?”
Pak cik itu kehairanan dan menjawab “Takde pasar malam dekat situ, lagipun mana ada perumahan dekat sini, siapa yang nak datang kalau ada pasar malam.”
Baki perjalanan yang ada, aku dan Adnan hanya diam seribu bahasa. Tidak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut masing-masing. Walaupun telah tiba di rumah, Adnan hanya mengambil dan memindahkan set beliau ke dalam keretanya dan terus berlalu.
Sempat aku menegur beliau sebelum masuk ke rumah, “Jumpa lagi Nan!” Tetapi tidak diendahkan oleh Adnan sebaliknya Adnan terus memecut laju pulang ke rumah. Malam itu sebelum tidur, aku terima SMS dari Adnan, cukup singkat, “penat…” katanya. Lega sedikit rasa di hati.
Tiba-tiba aku teringat, walaupun aku menempuh kawasan “pasar malam” tadi, sebenarnya tidak ada langsung pun kelibat seorang manusia di situ melainkan aku dan Adnan sahaja yang berada di dalam kereta. Tiada penjual mahupun pembeli, hanya payung besar yang berwarna-warni dan meja jualan serta sedikit sayuran segar yang berlonggok. Sehingga kini, kejadian pelik itu masih terpahat di memoriku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...