Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.
Saya seperti terdorong untuk melihat apa yang terkesan atau apa impak yang akan berlaku kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas.
Tatkala itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.
Ads
Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.
Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.
Ads
Impaknya segera terjadi! Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan.
Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.
Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung denyutan hampir sejam lamanya.
Ads
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Semua jenis ikan yang tidak memiliki racun boleh dimakan tanpa ragu-ragu. Namun ada juga jenis ikan yang memiliki `racun ringan’ atau bertoksid yang kurang bagus untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Ikan Tilapia
Ikan tilapia merupakan jenis ikan air tawar yang menjadi kegemaran ramai orang. Rasanya yang lazat dan harganya yang relatif rendah membuatkan ikan tilapia cukup diminati. Jika anda juga suka makan ikan tilapia, sebaiknya mulai sekarang anda harus kurangkan. Sebabnya, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir setinggi kandungan lemak pada babi.
Pengambilan ikan tilapia yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol. Selain itu, ikan tilapia sangat tidak digalakkan untuk dimakan oleh orang yang memiliki penyakit jantung, asma, dan radang sendi.
Belut air tawar
Buat anda si penggemar belut, mulai sekarang anda harus mengurangkan atau menghindari pengambilan belut. Sebabnya, ikan dari keluarga besar Synbranchidae ini mampu menyerap kotoran atau toksik yang berasal dari sumber perindustrian mahupun pertanian.
Namun, jika tetap ingin memakan belut, anda boleh menguranginya dengan hanya memakan maksimum 300 gram belut dalam sehari. Sedangkan untuk kanak-kanak, batas pengambilan sekitar 200 gram per hari.
Sword Fish (Ikan Todak)
Ikan todak adalah jenis ikan laut yang saiznya mampu mencapai 700 kg. Bahagian paruhnya berbentuk pipih dan tajam menyerupai sebilah pedang. Ikan ini sering ditangkap menggunakan metode long line (tali pancing yang disusun panjang dengan mata kail dan umpan di setiap hujungnya) untuk diperdagangkan sebagai sumber makanan. Namun, anda harus tahu bahawa ikan todak memiliki kandungan merkuri yang berbahaya bagi tubuh. Semakin tua ikan todak, maka akan semakin tinggi zat merkuri yang dikandungnya.
Ikan Dorado (Belitong)
Ikan dorado / mahi-mahi atau yang biasa disebut ikan belitong merupakan jenis ikan yang sangat digemari karena rasanya yang enak. Bahkan, restoran-restoran di luar negara sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda, ikan mahi-mahi memiliki kandungan histamin yang boleh menyebabkan keracunan.
Histamin terbentuk dari asid histidin yang dipecah oleh bakteria. Kandungan histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan mahi-mahi diproses secara teliti setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terbentuk, maka akan sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau memasak yang dapat menghilangkan bahan berbahaya ini.
Ikan Tuna
Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling banyak diambil oleh manusia. Kandungan Omega 3 dalam daging ikan tuna mampu mencegah penyakit jantung, mengawal kolesterol jahat, dan menurunkan kadar trigliserida.
Namun, ternyata tuna termasuk salah satu ikan yang kandungan merkurinya tinggi, terutama untuk jenis white albacore tuna. Bagi orang kesihatan normal, pengambilannya dibatasi sekitar 6 oz saja per minggu. Sedangkan untuk wanita hamil atau wanita yang sedang merencanakan kehamilan, tidak disarankan memakan lebih dari 150 gram tuna jenis ini per bulan.
Ikan Mackerel
Ikan makarel adalah jenis ikan yang sangat umum diambil oleh manusia. Disebabkan sangat digemari, ikan makarel juga dijadikan makanan awet dalam tin. Namun, tahukah anda bahawa ikan makarel juga mengandung kadar merkuri yang tinggi. Menurut para pengkaji, tahap pengambilan ikan makarel yang selamat bagi orang dewasa adalah 200 gram per hari. Sedangkan untuk kanak-kanak, 100 gram per hari.
Gindara Fish (Ikan Gindara)
Ikan laut dalam yang boleh ditemui di kedalaman 280-900 meter ini digembar-gemburkan memiliki banyak khasiat. Namun, ramai yang tidak mengetahui ikan gindara memiliki kandungan lemak bernama gemylotoxin yang berbahaya bagi tubuh.
Jika terlalu banyak diambil, gindara boleh menyebabkan anda menderita diarrhea yang teruk. Malah, disebabnya bahayanya, kerajaan Jepun telah melarang ikan gindara untuk dimakan sejak tahun 1977. Sekiranya anda nekad untuk memakannya juga, pakar kesihatan menasihatkan agar tidak lebih 170 gram per hari.
Cabaran paling getir memancing ikan pari ialah bila berhadapan dengan tindakan ikan pari melekap seluruh tubuhnya di dasar laut. Berikutan daripada itulah munculnya pelbagai petua untuk membebaskan pari daripada melekap. Ada petua yang logik tetapi kebanyakannya langsung tak boleh boleh diterima akal.
JENTIK TALI
Jentik tali pancing macam main gitar. Alasannya, pari akan terasa ngilu akibat daripada getaran tali pancing yang turut menggetarkan mata kail yang tertusuk pada mulut pari. Di mana logiknya korang fikirkanlah sendiri.
CURAH AIR TAWAR
Curah air tawar sama ada air paip atau air minuman pada tali pancing. Alasannya, air tawar yang akan mengenai mulut ikan pari akan menyebabkan kejutan atau melemahkannya. Sekaligus akan membuatkan ia bergerak keluar dari melekap. Logik ke air tawar boleh sampai ke mulut ikan pari setelah dicurahkan pada tali pancing?
GENTEL TEMBAKAU
Gentel atau lurutkan tembakau rokok pada tali pancing laju-laju. Alasan dan kesannya sama juga macam jentik tali pancing supaya ikan pari akan rasa ngilu. Di mana logiknya pun lebih kurang sama juga. Tak tercapai dek akal macam mana getaran tersebut boleh sampai ke mulut pari sekaligus rasa ngilu boleh mengatasi rasa sakit akibat tertusuk mata kail.
LEPASKAN BATU LADUNG
Sama ada menggunakan klip atau snap yang disangkutkan batu ladung, kemudian dilepaskan menerusi tali pancing dengan tujuan untuk mengetuk kepala atau mulut ikan pari, ia tetap merupakan satu tindakan yang tak masuk akal. Lebih-lebih lagi teknik pancingan tersebut menggunakan perambut tanduk atau ranggung.
TURUNKAN TEMBAKAU
Dikatakan ikan pari tidak suka bau tembakau (usah bincang bila masa pulak pari pernah hidu bau tembakau), maka tembakau dimasukkan di dalam uncang kain dan diturunkan melalui tali pancing menggunakan batu ladung sebagai pemberat. Persoalan paling utama, tak tersangkut ke uncang tembakau tu pada batu ladung yang digunakan di tanduk atau ranggung?
GUNA KAIN BERPETROL
Konsep yang sama menggunakan uncang tembakau. Kesannya juga nampak macam boleh diterima akal. Tapi pelaksanannya tetap tidak pratikal. Lebih buruk ia boleh mencemarkan alam sekitar. Silap-silap ikan lain yang ada di lubuk tersebut semua cabut lari sebab tak suka bau petrol.
Begitu juga dengan kaedah menggunakan tempurung kelapa, tutup botol atau daun sireh… semuanya petua yang susah untuk dihadam oleh logik akal.
Kebelakangan ini kerap pula berlaku kejadian kepala air. Apa dia kepala air? Merujuk kepada Kamus Dewan, fenomena kepala air membawa maksud permulaan atau penghabisan air bah. Atau dalam kata lain ialah limpahan air yang besar yang membanjiri sungai dan berlaku secara tiba-tiba. Ia turut dikenali sebagai ibu air atau lidah air.
Fenomena kepala air ini berpunca dari aliran air dalam kuantiti yang besar. Ia mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan kadangkala meragut nyawa.
Punca kejadian Punca atau sumber kepala air:
Hujan di hulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap ke dalam tanah. Begitu juga dengan kawasan takungan atau tadahan di hulu menjadi penuh maka ia terus melimpah dan masuk ke sungai dengan banyak.
Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi. Pokok-pokok yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan menghasilkan empangan-empangan kecil yang menakung air.
Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.
Hujan di kawasan tanah tinggi pegunungan lebih dari kebiasaan. Walaupun akar pokok memperlahan proses air mengalir ke sungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk ke sungai dengan kadar yang banyak dan laju.
Jika empangan pecah dan berlakunya gempa bumi. Namun kedua-dua kejadian amat jarang dan hampir tidak berlaku di negara kita.
Dan tentu saja kefahaman tentang kepala air ini perlu diambil berat oleh pemancing terutamanya pemancing yang menggemari aktiviti memancing di sungai pegunungan. Di kawasan sungai pegunungan inilah lazimnya berlaku kejadian kepala air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...