Satu soalan yang bagus. Sebenarnya tiada formula khusus untuk memilih saizmata kail untuk jig dan berapa panjang tali kevlar. Namun, untuk mengelakkan kegagalan fungsi mata kail mencangkuk ikan, saya amalkan satu formula sendiri.
Jika anda perhatikan, kebanyakan mata kail untuk jigging memiliki gap yang agak lebar. Tujuan adalah untuk meningkatkan prestasi strike. Sifirnya cukup mudah, gap atau lebar mata kail mestilah melebihi kelebaran saiz jig yang digunakan.
Ads
Sekiranya mata kail yang digunakan lebih kecil dari saiz lebar jig, kemungkinan mata kail tersebut tidak akan tercangkuk pada mulut ikan apabila ia menyambar jig, disebabkan terlindung oleh badan jig yang lebih lebar.
Ads
Sekiranya sudah membeli mata kail yang mana kelebaran lebih kecil berbanding badan jig, perkara ini masih boleh diatasi dengan menghasilkan assist hook berkembar (dua mata kail).
Ads
Assist hook berkembar ini banyak digunakan dalam teknik jigging perlahan berikutan kebanyakan jig yang digunakan bersaiz lebar.
Sementara panjang kevlar pula sebaiknya melebihi setengah dari panjang badan jig. Jika menggunakan dua mata kail (atas dan bawah) pula, pastikan kedua-dua mata kail tersebut tidak tercangkuk antara satu sama lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing di bawah jambatan yang dimaksudkan bukanlan dengan cara menaiki bot dan kemudian berlabuh di bawah jambatan berkenaan.
Sebaliknya, menjadikan platform atau pelantar pada tiang jambatan sebagai spot memancing. Dalam artikel ini lebih merujuk kepada teknik memancing di bawah jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Boleh dikatakan hampir semua pelantar bawah jambatan tidak mempunyai tempat untuk memancang pancing. Jadi, korang perlulah membawa sendiri tali bagi mengikat pancing pada tiang jambatan.
Bagaimana cara untuk mengikat pancing pada tiang jambatan itu terpulanglah pada kreativiti korang sendiri. Yang penting ia dapat menyelamatkan set pancing korang terhumban ke laut apabila disentap ikan.
Set pancing
Set pancing yang disarankan ialah set pancing yang murah harganya tetapi kuat dan tahan lasak. Ini kerana ketiadaan tempat pancang memaksa korang sekadar mengikatnya dan letak di atas pelantar begitu saja.
Impak daripada ikan menyambar umpan akan menyebabkan set pancing akan terseret dan bergesel teruk pada pelantar.
Tali utama & perambut
Kelasakan perambut dan tali utama terhadap geseran dan kakisan pada struktur tajam, tukun, karang di dalam air menjadi penentu kejayaan mendaratkan ikan.
Jadi, pilih tali utama dan perambut yang sepadan. Disarankan anda menggunakan tali tangsi 20lb dan ke atas sebagai tali utama dan perambut sekurang-kurangnya 40lb.
Anda boleh menggunakan teknik perambut batu hidup atau batu gantung tetapi pastikan batu ladung diikat dengan ikatan yang memudahkan ia lucut apabila tersangkut pada
sesuatu objek. Kehilangan batu ladung adalah lebih baik daripada set lengkap perambut dan juga ikan.
Lubuk
Kelebihan memancing di bawah jambatan ini ialah kita berada berdekatan dengan lubuk. Lubang-lubang atau struktur di bawah jambatan lazimnya menjadi kediaman ikan
pemangsa. Oleh yang demikian kita tidak perlu membaling umpan jauh dari kawasan tiang jambatan.
Teknik
Teknik pancingan dasar dan pertengahan air merupakan kaedah terbaik untuk menjerat ikan-ikan pemangsa.
Anda boleh gunakan apa saja teknik perambut asalkan umpan kekal berada di dasar dan pertengahan air.
Umpan
Walaupun umpan terbaik adalah hidupan yang terdapat perairan sekitar lokasi seperti ikan-ikan kecil dan udang tetapi sebaiknya bawalah umpan tambahan yang turut menjadi dietnya.
Manalah tahu anda akan berhadapan dengan kesukaran untuk memperoleh ikan-ikan umpan di tempat tersebut.
Aksesori
Disamping kesemua peralatan penting yang perlu dibawa, jangan lupa bawa bersama gancu bertangkai panjang.
Ia amat penting untuk mendaratkan ikan terutamanya apabila memperoleh ikan bersaiz kasar ketika air laut sedang surut rendah.
Sebelum pergi memancing, sila pastikan kelengkapan kamera mesti bawa seperti kain, casing kalis air, dry bag penting sekiranya anda masuk ke dalam air, kamera tersebut selamat. Bawa buku manual kamera dan baca satu persatu arahan.
Pastikan setting pada kamera betul dan bukan di set pada indoor light.
Kebiasaannya ramai yang lupa mengenai perkara ini, jadi anda perlu betulkan semula kepada setting asal.
Jika anda membawa kamera DSLR, sila pastikan talinya digantung pada leher.
Ini bagi memastikan keselamatan kamera tersebut daripada terjatuh dalam air ketika anda menaiki bot. jika membawa kamera kompak, pastikan ia diikat pada pergelangan tangan.
Lens berkabus.
Bila kamera anda terkena udara lembab seperti kabus. Untuk mengelakkan ia terjadi, pastikan kamera anda diletakkan bersama silica gel agar ia sentiasa kering.
Guna setting makro.
Yang mana? Yang ada gambar rajah bunga pada kamera anda tu. Ia bertujuan supaya gambar yang diambil menjadi lebih sharp terutamanya pada mata ikan dan lagi cantik ketika ikan masih tersangkut pada mata kail.
Jadikan ikan sebagai subjek utama.
Teknik Depth Of Field amat sesuai, hanya ikan yang lebih jelas di dalam gambar, pemancing blur. Teknik Rule Of Third juga boleh dimasukkan juga.
Jika setiap kali anda ambil gambar ikan, jadi blur lagi. Apa kata anda tarik nafas, tahan sebentar dan terus shoot. Cuba banyak kali kerana anda pasti puas hati jika gambar tersebut cantik!
Ambil gambar lebih dari satu snap/klik.
Kebanyakan kamera mempunyai setting boleh snap 10 gambar untuk sekali snap. Ia sebenarnya penting terutama jika anda mahu lepaskan ikan.
Ikan kerana ia bergerak-gerak dengan pantas. Selepas itu, periksa setiap gambar, dan delete momen yang tak diperlukan.
Cuba shot berbeza.
Ambil ikan paling kecil,kemudian pergi ke tepi sungai dan pegang ikan seolah-olah ikan itu di dalam sungai. Jadikan ia lebih kreatif berbanding gaya posing yang berbeza.
Ambil gambar sedekat yang mungkin bersama ikan menggunakan teknik Close-up.. Jangan risau, ikan tak makan anda kecualilah ikan itu sang toman yang hidup @ daripada jenis karnivor!
Teknik yang salah sering menyebabkan umpan berpintal dan berbelit sesama sendiri. Biasanya umpan berbelit antara satu sama lain juga dengan tangsi utama ketika diturunkan ke dasar. Terdapat dua punca utama umpan berpintal dengan tali utama iaitu:
i – Umpan dilabuhkan ke dasar terlalu laju
ii – Umpan tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar.
Bagi berhadapan dengan masalah umpan dilabuhkan terlalu laju ke dasar, cara terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengawal kelajuan pelepasan batu ladung. Ia boleh dilakukan sama ada dengan menetapkan tahap kelajuan putaran gelendung kekili, atau mengawalnya secara manual (mengawal kelajuan putaran gelendung dengan tangan).
Punca umpan berpintal disebabkan umpan tidak dipersembahkan secara betul iaitu tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar inilah sering berlaku. Walaupun umpan diturunkan secara perlahan, ia tetap masih juga berpintal dan tidak disentuh oleh pemangsa.
Masalah ini berpunca dari cara menghiris umpan. Tidak kira jenis ikan apa yang dihiris untuk dijadikan umpan, ia perlulah dihiris dalam bentuk yang dapat membuai apabila ditolak arus. Begitu juga sewaktu hirisan umpan dicangkuk pada mata kail. Pastikan bahagian yang lebih tirus dicangkuk pada mata kail.
Perlu diingat bahawa ketika umpan turun ke dalam arus dan pergerakan umpan merintangi air akan menyebabkan ia berputar. Semakin laju ia berputar semakin kuat perambut dipintal dan ia menjadi semakin pendek dan sebelum umpan mencecah dasar ia terlebih dahulu sudah berbelit dengan tali utama. Ikan jarang sama sekali mahu menyentuh umpan yang berpintal pada tali utama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...