Line capacity – Istilah ini merujuk kepada panjang tali pancing (mono atau braided) yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili (spool). Kebanyakan reel terdahulu hanya menyatakan kekuatan (lbs) dan panjang (yard/meter) yang boleh dimuatkan dalam spool berpandukan tali tangsi (mono).
Kini, semakin banyak pula menyatakan berapa panjang tali yang boleh dimuatkan berdasarkan ukur lilit atau diameter tali tersebut, yang merujuk kepada penggunaan tali sulam atau braided. Semakin halus diameter, maka semakin banyaklah muatan tali yang boleh disimpan di dalam gelendung.
Ads
Terdapat beberapa jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili atau kotak kekili iaitu lb/yd, lb/m atau dia/m. Untuk ib/yd (pound/yard) ia membawa makna kekuatan tangsi dalam pound dan panjang yang boleh diisi dalam yard atau ela.
Ads
Tali yang dimaksudkan ialah tali mono, bukannya tali sulam kerana lazimnya tali mono mempunyai diameter yang sama. Sebagai contoh, 10/110 membawa maksud tali mono 10lb dapat dimuatkan sebanyak 110 yard/ela di dalam spool.
Ads
Begitu juga dengan kiraan lb/m. Sebagai contoh 10/100, tali mono 10 lb boleh dimuatkan sebanyak 100 meter di dalam spool. Manakala dia/m pula merujuk kepada ukur lilit tali (mono atau braided, lazimnya lebih merujuk kepada tali braided) yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tali berdiameter 0.5mm boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam spool kekili.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dalam keterujaan pergi memancing ke laut dalam, banyak aspek perlu dititikberatkan dan diperiksa sebelum turun memancing. Janganlah apabila sudah sampai ke jeti atau pun bot sedang bergerak, baru teringat ada peralatan yang tertinggal. Berikut disenaraikan 10 perkara yang perlu anda periksa sebelum menaiki bot untuk memancing ke laut.
BATERI
Bagi kaki pancing yang menggunakan kekili elektrik, tanyakan dahulu sama ada bot tersebut tersedia bekalan elektrik untuk kegunaan kekili elektrik atau tidak. Jika tidak ada, silalah charge bateri anda secukupnya dan bawa bateri yang secukupnya untuk tempoh kegunaan trip anda.
JAKET KESELAMATAN
Semua bot ada jaket keselamatan berwarna oren, kerana pemilik bot wajib menyediakan. Tetapi, cuba anda cium dan lihat jaket keselamatan tersebut. Kalau masih baru baguslah untuk anda, tetapi jika sudah using dan lusuh, selamatkah ia digunakan sekiranya berlaku musibah? Jadi lebih baik anda bawa sendiri jaket keselamatan tersebut.
UBAT MABUK
Sebaiknya ubat mabuk perlulah dimakan sekurang-kurangnya ½ jam sebelum menaiki bot. Bekalan ubat mabuk juga mestilah dibawa sebagai bekalan. Ia perlu dimakan lagi selepas 4 jam jika mula berasa simptom awal mabuk laut.
UMPAN SEGAR
Jangan 100 peratus mengharapkan umpan akan diperolehi melalui cara apollo di kawasan unjam. Umpan segar seperti sotong dan udang pasar yang segar dan dibungkus kemas di dalam tong Coleman atau bekas polisterine mesti dibawa. Kadang-kadang ada di sesetengah spot, bukan mudah mendapatkan umpan apollo.
TANDUK & TALI SIMPANAN
Simple sahaja peralatan ini. Tetapi jika anda pemancing bottom dan tidak membawanya, boleh naik pening jugalah dibuatnya. Tali pula, jika putus atau sebaliknya, bolehlah guna tali yang dibawa.
KERUSI MALAS
Walaupun ia nampak leceh untuk dibawa, sebenarnya ia amat bagus dibawa dan cukup-cukup selesa untuk anda duduk berehat sambil menghadap kekili anda. Percayalah, anda akan cukup jealous bila melihat kawan anda berehat di kerusi tersebut, sedangkan anda hanya duduk di atas tong ikan.
TALI PERAMBUT & MATA KAIL
Kadang-kadang berlaku kejadian, kaki pancing salah bawa mata kail dan tali perambut, sama ada ‘terkurang saiz’ atau ‘terlebih saiz’ hingga tak padan dengan kaedah pancingan anda. Sebaiknya anda perlu tahu lapangan apakah yang ingin diduga.
BERUS GIGI & UBAT GIGI
Perkara ini amatlah mustahak. Bayangkan anda terlupa membawanya dan trip anda 4 hari 3 malam di atas laut. Agaknya berapa tebal tahi ‘gigi anda’ meliputi gigi dan gusi sepanjang tempoh berkenaan. Takkan guna jari kot!
BATU LADUNG
Batu ladung pelbagai saiz perlu dibawa. Tanyakan dahulu kepada tekong apakah saiz batu yang sesuai dibawa. Kebiasaannya, bagi kaki bottom, batu ladung disimpan dalam bekas khas. Sila periksa terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah dan sebelum menaiki bot, takut-takut ia tertinggal.
KAMERA ATAU SMARTPHONE
Pastinya setiap hasil tangkapan anda, mesti diabadikan dalam bentuk gambar dan juga video. Milikilah sekurang-kurangnya kamera kompak atau terkini yang lebih praktikal adalah smartphone. Ingat, telefon kini bukan sekadar untuk berbual sebaliknya lebih daripada itu. Dan jangan lupa bawa power bank!
Adalah satu kerugian besar jika korang ke Tasik Kenyir tetapi tidak melakukan aktiviti memancing. Ini sebabnya kenapa korang harus memancing.
Pelbagai Ikan sasaran
Sebelum pergi, sasarkan dulu, apa yang anda ingin pancing atau kunjungan anda lebih kepada santai. Jika ingin casting dan seronok mencari sebarau, pilihan terbaik datangla ketika awal musim tengkujuh (November-Januari). Jika ingin mencari kelah, tengas dan ikan-ikan lain, datanglah ketika musim panas (Mac-September).
Geng Mancing
Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.
Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.
Jangan lupa kamera
Adalah amat tidak bermakna, jika kunjungan anda, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak membawa sebarang jenis kamera. Bagaimanakah anda mahu berkongsi momen anda datang ke sini dengan rakan-rakan jika tiada rakaman yang anda telah pun berjaya menaikkan ikan kelah 4 kg atau sebarau 2 kg? Jadi jangan lupa senaraikan kamera dalam list perancangan anda.
Berkumpul di jeti mana?
Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi. Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.
Waktu bertolak dan balik
Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi. Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.
Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang), lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.
Teknik pancingan
Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida. Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.
Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.
Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa. Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.
Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan. Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.
Kaedah memancing ikan ruby snapper melalui teknik dasar sebenarnya tidak banyak berbeza dengan cara memancing ikan spesies dasar lain.
Teknik mata kail boleh menggunakan satu atau dua mata, dengan umpan hirisan tongkol atau sotong.
Oleh kerana ikan ini hidup di kedalaman antara 150 meter atau lebih, penggunaan umpan dengan bau hanyir yang kuat seperti jenis tongkol adalah lebih efektif.
Perambut atau leader untuk memancing ruby disarankan sekurang-kurangnya 60lb hingga 100 lb. Dengan tali utama 50lb hingga 80 lb.
Penggunaan kekili menegak atau overhead reel adalah amat disarankan agar lebih ringan saat menggulung tali dari kedalaman 150 meter.
Boleh juga menggunakan kekili mendatar atau spinning reel namun pastikan yang mampu menampung kapasiti tali sekurang-kurangnya 300 meter. Namun penggunaan kekili eletrik adalah paling ideal.
Ikan ruby snapper biasanya sangat aktif mencari makan saat menjelang pagi hingga antara jam 9 pagi, kemudian antara jam 3 petang hingga tenggelam matahari, jika malam hari biasanya ruby snapper yang berukuran besar yang lebih aktif.
Karakter ikan ruby snapper ketika menyambar umpan biasanya tidak terus ditelan, melainkan dikunyah dengan berlahan, sehingga kesannya terasa sangat halus seperti digetu ikan kecil.
Tatkala ini sebaiknya jangan terburu-buru untuk strike, tunggu sejenak hingga yakin umpan kita benar benar sudah ditelan, barulah strike dengan sempurna.
Atas sebab inilah penggunaan mata kail lingkar (circle hook) paling bagus untuk peratus hook up tanpa perlu melakukan sentapan.
Saat bertarung dengan ikan ruby snapper haruslah berhati hati karena ikan ini memiliki kulit yang tipis pada bahagian tepi mulut, jadi saat mengepam tali terlalu cepat dari
kedalaman, kemungkinan luka di mulut semakin lebar sekaligus mengakibatkan robek dan rabut.
Selain itu ikan ruby snapper juga mudah mengalami kecelaruan tekanan sehingga kalau tidak stabil ketika mengepam joran, atau terjadi tali pancing kendur, akan berisiko lucut atau rabut karena ikan dengan sendirinya akan mengambang ke atas akibat kompresi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...