Sekiranya anda ke benteng pemecah ombak, terutamanya benteng yang ditambak jauh ke tengah laut, jangan lepaskan peluang memancing di situ.

Ikan apa yang ada kat celah batu? Banyak ikan beb…!

 

Ada ke kerapu di sebalik batu? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan struktur kawasan berbatu sebagai lokasi mencari makanan malah sebagai rumah persembunyiannya.

 

Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).

 

Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.

IKLAN

Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing.

 

Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.

 

Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.

 

IKLAN

Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika.

Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.

 

Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.

 

 

IKLAN

 

Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.

Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.

 

Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.

 

Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI