Memancing udang galah memang sedikit berbeza dengan pancingan ikan. Apa pun, thrill atau karen jenggo memang best. Selain set pancing dan umpan yang sesuai, amat penting untuk kita tahu perlakuan udang itu sendiri, yang pastinya berbeza dengan ikan, selebihnya itu dinamakan rezeki.
Ads
Dalam pancingan udang galah, tiada musim tertentu, bahkan sesetengah tempat boleh dikatakan sepanjang tahun ada udang. Begitu pun, waktu terbaik ialah musim kering dan bagi kawasan sungai berhampiran muara pula sebaiknya selepas hujan di kawasan hulu kerana air akan menjadi lebih payau, yang merupakan habitat udang.
Ads
Dalam memilih lubuk pula, cari spot yang sedikit berarus yang mempunyai struktur seperti kayu besar, batang pokok atau akar. Ini kerana udang galah merupakan krustasia yang merayap mengikut arus. Itu antara perkara yang mungkin anda perlu titik beratkan untuk mencari spot yang sesuai. Untuk lebih mudah, ringankan mulut untuk bertanya kepada rakan-rakan yang telah biasa turun di lubuk tertentu.
Ads
Perkara yang penting lagi adalah, kena selalu pindah tempat sekiranya di satu-satu tempat tidak ada getuan. Umpan juga perlu sentiasa periksa paling tidak setiap 5 minit sekali. Ingat tiada udang yang nak makan besi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Antara spesies ikan yang tawar yang terancam di Malaysia:
Nama tempatan: Hangus, Hangus ekor
Nama global: Bala shark
Nama saintifik: Balantiocheilos melanopterus
Status: EN
Nama tempatan: Sepilai merah
Nama global: Emerald-spot fighting fish
Nama saintifik: Betta livida
Status: EN
Nama tempatan: Tompok hitam
Nama global: Spot fin barb
Nama saintifik: Disherodontus halei
Status: CR
Nama tempatan: Keli
Nama global: Soft fin walking catfish
Nama saintifik: Encheloclarias keliones
Status: CR
Nama tempatan: Keli
Nama global: Soft fin walking catfish
Nama saintifik: Encheloclarias curtisoma
Status: CR
Nama tempatan: (Tiada)
Nama global: Harvey’s Licorice Gourami
Nama saintifik: Parosphromenus harveyi
Status: EN
Nama tempatan: Temoleh, temelian
Nama global: Isok barb
Nama saintifik: Probarbus jullieni
Status: EN
Nama tempatan: Kelisa
Nama global: Asian bonytongue
Nama saintifik: Scleropages formosus
Status: EN
IUCN merupakan sebuah badan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dari pelbagai negara yang bertanggungjawab untuk membentuk garis panduan bertujuan membantu dalam usaha pemuliharaan spesies yang terancam.
Seperti sedia maklum, untuk mendaratkan ikan, kepelbagaian teknik memancing adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu mencangkukkan mata kail pada mulut ikan. Terdapat juga teknik memancing yang mensasarkan mata kail dicangkuk pada badan ikan.
Dalam dunia memancing, terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Reka bentuk, saiz dan material mata kail pula adalah pelbagai dan bergantung kepada tujuan penggunaan mata kail tersebut.
Kepelbagaian ini merangkumi daripada mata kail pelbagai guna hinggalah kepada rekaan untuk penggunaan khusus. Mata kail direka untuk memegang umpan samada hidup, mati atau tiruan.
Fasa Penggunaan Mata Kail
Penggunaan mata kail mungkin telah bermula beribu-ribu tahun dahulu. Antara mata kail terawal yang direkodkan ialah dari Palestin sekitar 7000 tahun lampau.
Pada tahun 2011, ahli arkeologi menemui telah menemui artifak mata kail di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16 000 – 23 000 tahun yang lalu.
Sejarah merekodkan rekaan mata kail diperbuat daripada berbagai jenis material. Ini termasuklah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga, besi hinggalah kepada material yang digunakan sekarang.
Ketika lewat 50-an, masyarakat Norway masih menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan Burbot.
Mata kail daripada keluli mula membuat kemunculan di Eropah sekitar kurun ke-17 dan pembuatannya memerlukan kepakaran.
Mata Kail Tunggal, Berkembar dan Mata Tiga
Mata kail biasanya direka samada jenis bermata tunggal – mempunyai satu cangkuk; berkembar – mempunyai dua cangkuk; atau mata tiga (mempunyai tiga cangkuk.)
Jenis berkembar biasanya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta merupakan mata kail tradisional fly fishing bagi Atlantik Salmon flies.
Jenis mata tiga pula digunakan bagi kebanyakan umpan tiruan serta umpan lain yang sesuai.
Mata Kail Untuk Umpan Pasif dan Nama
Mata kail untuk umpan pasif merupakan jenis mata kail yang biasa kita lihat. Jika anda perhatikan lebih teliti, rekaan mata kail ini masih mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.
Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan lain-lain. Masing-masing direka khas dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk diaplikasikan pada situasi tertentu.
Mata Kail Fly dan Nama
Mata kail bagi fly fishing biasanya lebih kecil. Mata kail jenis ini dinamakan flies dan mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan berwarna warni pada mata kail.
Rekaan flies biasanya menggunakan serangga sebagai pengaruh rekabentuk dan idea.
Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Viking, Keel, Kendal, Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, Model Perfect dan lain-lain
Duri Pandan
Istilah duri pandan atau barb merujuk kepada cangkuk atau duri halus di bahagian bawah mata cangkuk. Kebanyakan rekaan mata kail mempunyai duri pandan.
Duri pandan bertujuan agar ikan tidak mudah terlepas setelah tercangkuk. Namun penggunaan duri pandan juga boleh memudaratkan ikan dalam sesetengah situasi.
Tukun merupakan suatu tempat di dasar laut yang umpama rumah ataupun tempat pembiakan atau perlindungan bagi habitat laut seperti ikan dan haiwan-haiwan lain. Dalam keadaan semula jadi apa yang dikatakan tukun ni asalnya terjadi daripada batu batu karang tetapi kini telah berkurangan akibat perbuatan manusia dan juga kitaran alam.
Biasanya di kawasan tukun ini ikan-ikan kecil akan berkumpul secara berkumpulan dan sekaligus ia akan mengundang kehadiran ikan-ikan yang lebih besar datang untuk mencari makanan.
Di kawasan tukun ini juga akan didapati sesetengah habitat laut menjadikannya sebagai tempat perlindungan daripada pemangsa. Kini dengan kajian yang dilakukan oleh para saintis, inovasi rekacipta telah menghasilkan tukun tiruan.
Tukun Tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semulajadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin terutamanya ikan. Ada juga tukun tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot-bot lama.
Struktur tukun ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun berkenaan diletakkan.
Spesies ikan komersil yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan ialah ikan kerapu, merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan lain-lain.
Walau bagaimanapun bukan semua spesies ini kekal berada sepanjang tahun. Banyak spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran hidupnya.
Peranan tukun dalam laut adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang perlu dirancang dengan baik demi memastikan sumber ikan laut terus ada. Pemasangan tukun dari konkrit memang lazim dibuat di negara kita dan dilepaskan di lokasi tertentu dalam laut.
Lazimnya ikan yang tinggal di kawasan tukun akan berpindah yang disebabkan oleh perubahan faktor fizikal dan biologikal persekitaran laut.
Kawasan tukun juga dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan yang masih berada pada peringkat larva dan juvenil pada masa-masa tertentu.
Pembangunan tukun tiruan adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan persisiran pantai.
Sehingga kini, kebanyakan negara di dunia telah banyak yang mempraktikkan teknologi tukun tiruan ini untuk pelbagai kegunaan industri perikanan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sehingga ke lokasi rekreasi sebagai kawasan untuk memancing.
Selain daripada tukun konkrit yang mahal, tukun tiruan ini pernah dibuat daripada tayar terpakai yang diikat dan ditenggelamkan, bot-bot kayu lama yang ditenggelamkan dan sebagainya.
Dalam memahami akan dunia perikanan laut, seringkali kita mendengar keluhan nelayan kecil mengharungi aktiviti seharian di laut dan kesukaran mencari sumber ikan. Bukan saja bekalan ikan semakin berkurangan, tetapi berdepan isu pencerobohan bot tunda di kawasan tangkapan oleh nelayan yang tidak.
Kegiatan nelayan bot tunda ini bukan saja menyebabkan berkurangnya bilangan ikan, tetapi merosakkan tuas tempat pembiakan ikan. Jabatan Perikanan mengambil inisiatif membangunkan tukun tiruan jenis keluli bagi membantu mengatasi masalah golongan berkenaan.
Tukun tiruan keluli ini mampu menarik perhatian ikan dan mempercepatkan proses pertumbuhan plankton. Malah binaan tukun tiruan menghalang bot besar daripada melabuhkan pukat di situ.
Pembinaan tukun terbabit berikutan kejayaan penggunaan tukun jenis tayar, konkrit dan bangkai kapal yang diperkenalkan sejak tahun 1975.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...