Soal Jawab Memancing – Kaedah Terbaik Untuk Pancing Tenggiri??

Share

 

Di antara teknik memancing Tenggiri yang popular ialah; menunda atau trolling menggunakan gewang atau ikan hidup atau mati. Kelajuan bot mestilah sekitar 3 hingga 7 batu nautika. Gewang selaman dalam bersaiz 15cm ke atas amat sesuai.

 

Mengilat atau casting. Teknik ini menjadi pilihan ramai kaki pancing. Selain umpan ikan mati, gewang, sesudu dan bulu itik adalah jenis yang terbaik untuk menggoda tenggiri. Teknik ini memerlukan kerajinan dan usaha berterusan bagi menjamin potensi menerima sambaran tenggiri.

 

Teknik seterusnya ialah mengunjun atau lebih popularnya jigging. Ia menjadi pilihan kaki jigging tegar yang gemarkan aksi yang lebih mencabar. Jigging Tenggiri banyak cabaran dan kekuatan stamina. Namun teknik yang paling berkesan ialah teknik menggunakan umpan hidup secara berhanyut di permukaan atau pertengahan air.

 

Teknik berhanyut atau drifting ini adalah teknik paling popular di kalangan kaki pancing. Teknik hanyut bergantung kepada faktor arus dan angin. Kalau arus lemah, umpan boleh dihanyutkan tanpa pemberat. Ladung kecil pula digunakan sekiranya arus bergerak laju.

 

Pengunaan belon juga sesuai dan bantuan angin membantu menganyutkan umpan jauh sedikit dari kedudukan bot.

 

Manakala untuk teknik pertengahan air, teknik ini berkait rapat dengan pengunaan ladung besar. Umpan dilabuhkan hingga mencecah dasar dan kemudian dikarau kira-kira 7 depa dari dasar.

 

Ini bagi memastikan umpan berada di kawasan selalunya lingkungan Tenggiri meronda, iaitu di pertengahan air. Sentiasa hulur atau naikkan umpan sehingga jumpa parameter kedudukan tenggiri berada.

 

IKLAN