Cara paling baik dan selamat untuk mengendali atau mendaratkan ikan pari ialah dengan menggunakan tangguk atau sauk. Jangan pula menggunakan pencangkuk kerana ia jelas akan mencederakan fizikal pari tersebut.
Namun penggunaan tangguk akan berisiko pula kepada anda. Apatah lagi jika tangguk yang dibawa kecil sementara saiz pari pula besar. Pasti sukar untuk memasukkan pari tersebut ke dalam tangguk. Oleh yang demikian, berhati-hatilah jangan sampai ada anggota badan anda tertusuk dek sengat pari.
Ads
Jika tiada tangguk dan anda memancing di pantai, anda boleh mengheret pari tersebut ke pantai dengan memegang bahagian ekornya. Pastikan pari tersebut betul-betul berada di atas darat atau gigi air. Kemudian terbalikkan pari tersebut, keluarkan mata kail yang tercangkuk pada mulutnya dan bolehlah bebaskannya dengan selamat.
Ads
Ads
Jika mata kail berada jauh di dalam tekaknya dan sukar untuk dikeluarkan, potong sahaja perambut di bahagian paling dekat dengan mulutnya. Kebanyakan mata kail boleh terurai dengan cepat di dalam air masin dan terdapat ujian yang menunjukkan bahawa ikan yang dilepaskan dengan cara ini menjamin kelangsungan hidup mereka.
Seperkara lagi jangan sesekali mematahkan duri sengatnya jika ingin dilepaskan kembali. Sengat itu merupakan senjatanya untuk memburu dan juga mempertahankan diri dari pemangsa. Perbuatan ini sering dilakukan oleh pemancing apabila mendaratkan pari meskipun tidak berhajat untuk membawanya pulang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bersyukur negara kita beriklim Khatulistiwa, ini bermakna musim kering tidaklah sentiasa kering selama-lamanya. Hujan akan turun sekali-sekali. Tetapi apa yang dimahukan adalah hujan yang kuat untuk beberapa hati, yang boleh menghasilkan limpahan air di kawasan anak-anak air atau sungai-sungai dan air terjun kecil.
Selalunya ia akan membuatkan suasana kurang ikan ketika paras air rendah kembali ceria buat seketika. Ini kerana air yang hadir membawa sumber makanan dan hujan yang turun seketika menaikkan paras oksigen membuatkan ikan-ikan kembali aktif.
Biasanya hanya pemancing yang bertuah saaja dapat menjumpai fenomena ini, itupun bergantung dengan keadaan hujan yang turun. Jika renyai-renyai untuk jangka masa sekejap saja, jawapannya mungkin trip kumpau juga jadinya.
Pemancing tidak akan menunggu hingga musim hujan sahaja untuk mengilat sebarau dan toman. Masa tidak menunggu, lebih-leboh lagi dengan tekanan kerja yang memerlukan dan aktiviti keluarga yang tidak dapat dielakkan seperti kenduri kawin dan sebagainya.
Oleh itu trip yang diatur sekian lama tetap ditempuhi tak kira para air empangan rendah atau tinggi. Jika kena trip anda pada paras air rendah, mungkin sedikit tip ini boleh membantu.
Walaupun segala reba dan tunggul kayu banyak terserlah ketika musim kering, jangan sesekali takut melemparkan gewang anda ke kawasan sebegitu kerana boleh dikatakan setiap kayu yang berceracak dipenuhi lumut mati yang melekat padanya.
Bagusnya lumut ini ia menyeliputi batang kayu tenggelam dengan tebal. Apabila gewang melalui kayu yang tenggelam, mata tiga gewang sukar tersangkut ke kayu, sebaliknya ia akan tersangkut pada lumut.
Jadi kebarangkalian gewang untuk tersangkut adalah rendah sekali. Tip yang lain, pastikan lure retriever dibawa, setiap kali sangkut, harapan untuk menaikkan gewang sentiasa ada.
Lupakan peralatan aksi ringan anda. Musim kering bukanlah masanya untuk anda main-main sangat dengan ikan, sudahlah susah nak dapatkan ikan, bila dah dapat putus atau sangkut selalu kerana peralatan ringan yang anda gunakan.
Ikan juga akan terseksa dengan gewang yang anda sedekahkan. Jarak reba atau tunggul kayu dengan permukaan air yang dekat menyebabkan anda perlu pantas menghela ikan keluar dari rumahnya.
Keadaan air yang keruh bukanlah satu halangan yang besar. Terbaik untuk mengatasinya iadalah menggunakan gewang dengan warna yang cerah, berkilat dan berkilau. Antaranya adalah warna chartreuse, oren, kuning dan hijau florescence.
Warna-warna sebegini membalikkan cahaya dengan lebih baik berbanding gewang warna natural atau pudar. Oleh itu ia beraksi dengan baik dalam suasana air yang keruh membuatkan ia senang didapati ikan. Jika permukaan air berolak kuat dengan angin yang mengganggu, cuba carik teluk-teluk yang terlindung.
Pada musim sebegitu, ikan-ikan juga tidak gemar menunggu di kawasan berangin kerana menyukarkan ia mencari makanan akibat biasan cahaya pada ombak-ombak di permukaan air. Air yang tenang juga memudahkan anda melihat arah ikan timbul.
Apabila ikan bermain di perimeter yang dalam, gewang yang boleh menyelam dalam adalah yang terbaik digunakan seperti gewang-gewang yang berbibir panjang, gewang jenis tenggelam, soft plastic, spoon, spinner, spinnerbait dan micro jig.
Pastinya anda perlu menukar mata tiga gewang ke mata tunggal atau persembahan kalis sangkut. Gewang-gewang perlu direndam hingga ke dasar dan mainkannya rapat ke dasar. Sekali lagi lure retriever amat membantu.
Sejak dari dulu lagi ikan siakap dipancing dengan teknik baling dan tarik umpan atau lebih popular sebagai teknik casting. Mungkin ada yang keliru kerana menyangka casting bermakna menggunakan kekili baitcasting. Sedangkan casting itu adalah teknik pancingan.
Memancing atau casting siakap bermula dari `tengok air’ untuk mengetahui selera dan keaktifan ikan. Selepas itu barulah mengesan kehadiran siakap bermain dan spo dia menyerang hendap. Paling syok jika berpeluang mendengar dan melihat dia menghambur dan menangkap anak ikan.
Jika nak tau ada aktiviti siakap menghambur dan menangkap mangsa… korang akan terdengar bunyi sambaran seperti BOFFF yang agak kuat.
Memancing siakap memang kena usaha lebih sikit. Ini kerana memang susah memancing dengan semata-mata bergantung kepada nasib. Kena rajin dan disiplin untuk ikut waktu air yang bersesuaian. Rata-rata guru atau sifu siakap bersetuju dengan satu pendapat… ‘jika kamu nak mancing siakap, kamu kena belajar dulu berfikir macam siakap!’
Kebanyakan sifu atau otai siakap dulunya lebih suka menggunakan tali tangsi atau mono. Malah sehingga sekarang pun mereka tetap menggunakan tangsi walaupun tali sulam (braided) lebih menguasai pasaran dan pengguna. Mereka lazimnya menggunakan tali mono berkekuatan 15-20lb.
Pilihan tali pula mereka tidak akan menggunakan tali keluaran Jepun kerana diameternya yang kecil dan tidak tahan geseran. Suatu ketika produk Maxima warna hijau menjadi keutamaan kerana amat lasak. Selain dari itu tali `cap ayam’ juga menjadi pilihan kerana harga yang murah dan kurang spring.
Biasanya para otai cuma guna untuk naikkan dalam 2-3 ekor ikan, mereka buang dan isi baru. Tali yang baru diisi dalam spool, mesti dibuang `spring’ dulu untuk elak masalah di masa depan ketika casting.
Caranya, selepas isi tali dalam spool jangan terus memancing. Ikat batu ladung saiz kecil pada hujung tali dan casting sekurang-kurangnya 50 kali… lagi banyak lagi bagus. Barulah tali takkan buat masalah seperti kusut dan sebagainya. Lebih-lebih kalau guna baitcasting reel.
Jika anda casting menggunakan gewang dan sememangnya aktif memancing, sebaiknya dibuang hujung tali kira-kira 2-3 kaki setiap kali turun memancing. Ini untuk mengelak tali yang luka akan kecewakan anda.
Pasangkan mata kail (mengikut saiz yang sesuai) pada popper head dan titiskan gam. Tunggu sehingga betul-betul kering.
Langkah 2
Mulakan ikatan thread (tali benang fly) pada permukaan batang mata kail dan pasangkan silly legs.
Langkah 3
Ambil sedikit flash, letakkan dan ikat.
Langkah 4
Pilih saddle hackle (bulu ayam), potong mengikut saiz popper fly dan ikat.
Langkah 5
Ambil Palmer cheniledan ikat seperti gambar di atas.
Langkah 6
Setelah dipasang, popper fly akan kelihatan seperti ini.
Langkah 7
Gunakan permanent marker berwarna merah jika anda mahukan popper fly untuk read head. Anda juga boleh gunakan permanent marker warna lain untuk kelainan.
Langkah 8
Lukis menggunakan permanent marker seperti gambar di bawah.
Langkah 9
Selepas siap warnakan, boleh gunakan epoxy pada popper head soft foam untuk kemasan dan tahan lebih lama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...