Soal Jawab Memancing – Ikan Apa Makan Umpan Tiruan Getah Lembut (SP)??

Share

 

Soft plastic (SP) merupakan salah satu umpan tiruan atau gewang yang sudah lama bertapak di negara kita namun popularitinya tidaklah sehebat gewang replika ikan dan jig. Namun di negara barat ia merupakan umpan tiruan yang meluas penggunaannya sama ada pancingan air tawar mahupun air masin. Sementara di negara kita ia lebih banyak digunakan di arena pancingan air tawar sahaja.

 

Ia mungkin bersangkut paut dengan gaya pancingan dan ikan sasaran yang sesuai dipancing dengan penggunaan SP.  Secara teknikalnya, soft plastik sangat berbeza jika dibandingkan dengan hard lure namun sangat efektif memikat ikan.

 

Dengan teknik yang betul, soft plastic dapat digayakan mirip dengan diet ikan pemangsa. Selain alunan lembut yang menggoda, modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi dan soft plastik juga terbukti sebagai salah satu umpan yang terbaik.

 

Hari ini, ramai pemancing kita sudah menggemari dan faham cara penggunaan SP dan ia dipraktikkan dengan meluas khususnya penggemar spesies snakehead terutamanya haruan. Malah dengan keberkesanan SP ini memikat spesies haruan yang sebelum ini sinonim dengan penggunaan umpan alami seperti katak hidup membuatkan makin ramai pemburu haruan.

 

IKLAN