Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
IKLAN
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
IKLAN
IKLAN
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
On the way ke kolam pancing, singgahlah mana-mana kedai runcit untuk dapatkan roti kentang atau lebih senang disebut roti potato di kalangan pemancing.
Seterusnya singgah di mana-mana gerai yang menjual air kelapa muda dan mintalah sebijik kelapa yang manis airnya.
Hanya dengan bahan-bahan itu, anda sudah boleh menyediakan umpan untuk memancing di kolam, terutamanya untuk pancing ikan patin.
Bahan-Bahan:
Sebiji kelapa muda (air manis)
Pes strawberi
Roti kentang (dipotong dadu)
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Tuangkan 1 atau 2 penutup botol pes strawberi ke dalam secawan air kelapa.
Langkah 2
Tuangkan campuran air kelapa dan pes strawberi ke dalam botol spray.
Langkah 3
Semburkan ke atas roti sehingga basah dan sekata dan ia sudah boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cara untuk mengesan kehadiran bujuk adalah dengan mengesan kelompok anak bujuk. Untuk mengesan kelompok anak bujuk (hampir sama dengan kelompok anak haruan) perlulah fokus dan peka pada riak permukaan air. Lazimnya kelompok anak bujuk ini berada di bahagian tepi tebing parit atau paya. Oleh yang demikian mata perlulah fokus pada bahagian tepi tebing. Sekiranya bertemu kelompok anak bujuk yang masih kecil maka korang akan berpeluang untuk strike sepasang induknya.
Sekiranya menemui parit atau paya yang dipenuhi samai pula, korang perhatikan pula jika terdapat lubang atau ruang kosong. Lazimnya lubang ini menjadi ruang untuk bujuk timbul menghirup oksigen untuk bernafas. Maka ruang inilah korang gunakan sebagai spot untuk memancingnya dengan menggunakan umpan cacing, ikan atau katak.
Sekiranya menggunakan cacing, sebaiknya gunakan cacing tersebut sebagai rasuah terlebih dahulu. Cincang sedikit cacing dan taburkan ke dalam lubang yang dipercayai tempat bujuk timbul tersebut. Biarkan seketika bagi melihat sebarang reaksi di permukaan lubang tersebut.
Atau korang boleh saja memancing dengan menggunakan umpan cacing. Sebaiknya cangkukkan cacing dalam jumlah yang banyak pada mata kail. Kemudian hulurkan saja umpan ke dalam lubang tersebut. Sama ada menggantungkan umpan di pertengahan air atau sampai ke dasar, umpan perlulah dihenjut perlahan-lahan. Jika ada bujuk yang menanti, dalam masa singkat korang akan menerima strike.
Kaedah yang sama boleh dilakukan jika menggunakan umpan ikan atau katak. Kekalkan unjunan perlahan di dalam lubang tersebut. Sekiranya menggunakan katak boleh juga membuat lontaran ke atas sama dan tarik perlahan-lahan sehingga umpan masuk ke lubang. Berkemungkinan korang akan menerima sambaran sejurus katak tenggelam di lubang tersebut.
Sekiranya menggunakan umpan katak dan di kawasan yang lebih terbuka pula dengan kaedah casting, sebaiknya biarkan katak tenggelam sebelum melakukan karauan. Ini kerana lazimnya bujuk kurang membuat sambaran di permukaan air. Ia lebih gemar membuat sambaran di dalam air. Apabila umpan katak tenggelam ke dasar dan buatlah karauan perlahan, berhenti seketika dan karau lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Waktu arus mula pasang, udang dan anak ikan akan berpusu-pusu menghampiri pantai atau masuk ke selat atau muara sungai. Ketika inilah banyak spesies ikan lain yang juga menghampiri pantai, atau masuk ke selat atau muara sungai. Ia biasanya memburu udang atau anak ikan. Ikan yang paling ketara mengikut arus pasang surut ialah ikan belanak.
Bila arus mula pasang, gerombolan ikan belanak akan kelihatan di pinggir pantai dan masuk ke alur-alur sungai di pinggir laut. Ikan belanak sangat digemari oleh ikan-ikan besar seperti siakap, pari, dan beberapa jenis ikan besar yang lain.
Ikan sembilang pula sangat gemar memakan udang dan perumpun laut yang juga mula aktif ketika arus mula pasang. Sebab itulah masa terbaik untuk memancing sembilang adalah ketika arus mula pasang. Begitu juga untuk memancing siakap dan pari.
Spesies ketam juga mula aktif mencari makan ketika arus mula pasang hinggalah air penuh. Jadi kalau nak menangkap ketam pun itulah juga masa yang sesuai. Apabila arus mula surut, kebanyakan spesies ikan sudah mula kurang aktif, jadi kurang sesuai untuk memancing atau menjaring.
Sebab itulah untuk menjadi nelayan atau memancing, kita harus sangat memahami kitaran peredaran air laut supaya kita boleh memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk memulakan aktiviti dan menghentikan aktiviti bila waktunya sudah kurang produktif.
Inilah kunci untuk mendapat hasil yang berbaloi dan tidak pulang dengan tangan kosong. Ilmu ini sudah lama diamalkan oleh orang tua-tua kita semenjak dahulu kala. Nampak tak hebatnya orang tua-tua Melayu dahulu kala. Ilmu ni nampak simple tapi sebenarnya mereka sangat memahami tentang ilmu falak samudera, hidrografi laut, ekologi dan sifat-sifat haiwan atau biologi hidupan laut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...