Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Ads
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Ads
Ads
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kaki tapau yang dimaksudkan ini ialah mereka yang sering mengaut atau bawa pulang semua hasil tangkapan yang berjaya diperoleh. Termasuklah dari saiz kecil hinggalah bersaiz kecil-kecil anak, malah yang bersaiz sebesar ibu jari juga mahu mereka bawa pulang.
Acap kali dilihat di laman sosial mengenai kewujudan golongan-golongan ini. Mereka seakan-akan tidak segan silu memuat naik gambar mereka bersama semua hasil tangkapan yang boleh dikatakan tidaklah sebesar mana, namun seakan menunjuk-nunjuk lambakan ikan bersaiz curut yang mereka perolehi.
Bila diajukan soalan, “Kenapa tidak dilepaskan je ikan tu, kecil lagi tu?!”
Lantas, dengan bangga pemancing itu menjawab, “Rezeki Tuhan nak bagi, kenapa nak tolak? Kalau tak ambil, itu tolak rezeki namanya. Lagipun kalau aku tak ambil ikan tu mesti ada orang lain yang kaut jugak!”
Memang benar rezeki jangan ditolak, tetapi tidak kah kita sedar bahawa, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang kaki pancing untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan jaga ikan-ikan kita.
Antara jalan penyelesaian yang dapat kita pertimbangkan bersama, kenapa tidak mulai sekarang kita sebagai pemancing mula menetapkan had jumlah ikan yang perlu dibawa pulang. Seelok-eloknya ikan yang bersaiz kecil serta ikan induk yang bertelur haruslah kita lepaskan kembali ke habitatnya.
Ikan air tawar, contohnya sebarau yang masih kecil, lepaskanlah semula. Jika ia ikan betina dan nampak sedang bertelur, apa salahnya lepaskan semula dan biarlah ia menetaskan dahulu benih-benihnya. Begitu jugalah dengan udang galah dan ikan-ikan lain.
Setidak-tidaknya amalkanlah konsep bag limit, iaitu ambil jika benar-benar hendak makan sahaja bukan bawa pulang semua hasil tangkapan. Walaupun ada di antara kita yang kurang pasti sama ada ikan yang dilepaskan itu mampu survive atau tidak, tetapi ketahuilah, ia pasti akan mati jika anda tidak melepaskannya kembali ke habitat asal. Diharapkan, dengan cara ini, ada juga sesuatu yang dapat anda sumbangkan kepada generasi akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dilakukan oleh kaki pancing yang ada pada hari ini akan selamatlah stok ikan-ikan kita daripada diambang kepupusan selain untuk kesinambungan generasi di masa akan datang.
Sama dengan cara menghasilkan unit unit namun terlebih dulu lingkarkan dan kembarkan bahagian hujung tali kira-kira sejengkal sebelum memasukkan bahagian pusingan tali ke dalam lubang cincin mata kail atau swivel.
LANGKAH 2
Buatkan satu pusingan sehingga terbentuk satu lingkaran bulat.
LANGKAH 3
Lilitkan bahagian hujung pusingan tali ke dalam lingkaran yang terbentuk sekurang-kurangnya 5 kali.
LANGKAH 4
Tarik bahagian hujung pusingan tali perlahan-lahan sehingga terbentuk simpulan hasil dari lilitan tadi. Ketatkan simpulan kemudian tarik bahagian tali utama sehingga simpulan merapat kejap pada bahagian cincin.
LANGKAH 5
Potong lebihan bahagian hujung tali dan ikatan improved uni knot sudah pun siap dalam masa yang begitu singkat.
Ikatan uni to uni merupakan ikatan asas penyambungan dua tali sama ada dari jenis (tali mono dan sulam) atau poundage berbeza. Ia merupakan ikatan sambungan asas yang biasanya digunakan untuk menyambung tali di dalam gelendung kekili.
Cara penyambungannya agak ringkas tetapi berkesan dari segi kekuatan dan juga tidak menghasilkan buku ketulan penyambungan yang tebal.
Peralatan keperluan:
Tali pancing
Pemotong
Tutorial 1
Tindan kedua-dua tali dengan arah berlawanan dan pegang bahagian tengahnya.
Tutorial 2
Ambil hujung tali mono dan buatkan satu lingkaran dan lakukan lililtan (hujung tali mono melilit tali mono dan tali sulam) sekurang-kurangnya 3 lilitan.
Tutorial 3
Kemudian tarik hujung tali mono dengan kuat dan satu simpulan akan terbentuk.
Tutorial 4
Selepas itu ambil pula hujung tali sulam dan ulangi proses (Tutorial 2 & 3) yang sama.
Tutorial 5
Tarik kedua-dua hujung tali dengan kuat agar kedua-dua simpulan itu bersatu dengan kemas.
Tutorial 6
Potong lebihan kedua-dua tali serapat yang mungkin dengan simpulan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...