Cara untuk mengesan kehadiran bujuk adalah dengan mengesan kelompok anak bujuk. Untuk mengesan kelompok anak bujuk (hampir sama dengan kelompok anak haruan) perlulah fokus dan peka pada riak permukaan air. Lazimnya kelompok anak bujuk ini berada di bahagian tepi tebing parit atau paya. Oleh yang demikian mata perlulah fokus pada bahagian tepi tebing. Sekiranya bertemu kelompok anak bujuk yang masih kecil maka korang akan berpeluang untuk strike sepasang induknya.
Sekiranya menemui parit atau paya yang dipenuhi samai pula, korang perhatikan pula jika terdapat lubang atau ruang kosong. Lazimnya lubang ini menjadi ruang untuk bujuk timbul menghirup oksigen untuk bernafas. Maka ruang inilah korang gunakan sebagai spot untuk memancingnya dengan menggunakan umpan cacing, ikan atau katak.
Ads
Sekiranya menggunakan cacing, sebaiknya gunakan cacing tersebut sebagai rasuah terlebih dahulu. Cincang sedikit cacing dan taburkan ke dalam lubang yang dipercayai tempat bujuk timbul tersebut. Biarkan seketika bagi melihat sebarang reaksi di permukaan lubang tersebut.
Ads
Atau korang boleh saja memancing dengan menggunakan umpan cacing. Sebaiknya cangkukkan cacing dalam jumlah yang banyak pada mata kail. Kemudian hulurkan saja umpan ke dalam lubang tersebut. Sama ada menggantungkan umpan di pertengahan air atau sampai ke dasar, umpan perlulah dihenjut perlahan-lahan. Jika ada bujuk yang menanti, dalam masa singkat korang akan menerima strike.
Ads
Kaedah yang sama boleh dilakukan jika menggunakan umpan ikan atau katak. Kekalkan unjunan perlahan di dalam lubang tersebut. Sekiranya menggunakan katak boleh juga membuat lontaran ke atas sama dan tarik perlahan-lahan sehingga umpan masuk ke lubang. Berkemungkinan korang akan menerima sambaran sejurus katak tenggelam di lubang tersebut.
Sekiranya menggunakan umpan katak dan di kawasan yang lebih terbuka pula dengan kaedah casting, sebaiknya biarkan katak tenggelam sebelum melakukan karauan. Ini kerana lazimnya bujuk kurang membuat sambaran di permukaan air. Ia lebih gemar membuat sambaran di dalam air. Apabila umpan katak tenggelam ke dasar dan buatlah karauan perlahan, berhenti seketika dan karau lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada awalnya saya sangkakan tekong-tekong tuas Pulau Payar sekadar melawak. Iyalah, bila ditanya nak guna umpan apa pancing cencaru, mereka sepakat sekata menjawabnya… bulu.
Saya sebenarnya bukanlah tak pernah umpan tiruan yang diletakkan bulu itik sebagai aksesori untuk memperdaya ikan. Malah ada individu yang mengusahakan umpan bullet fly. Tapi tak pernah pula tengok sehelai bulu dan mata kail saja yang digunakan.
Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga.
Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Inovasi bulu
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging.
Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Kebiasaannya permukaan air akan kelihatan memecahkan alur air menandakan terdapat sesuatu berada di bawah dan ia perlu dielak. Bagi misi sebegini sampan kayu adalah yang paling sesuai kerana ketahanannya apabila terkena batu ataupun kayu dan ia lebih stabil berbanding sampan daripada jenis fiber.
Bahagian perut sampan yang sama paras dengan kipas enjin sangkut menjadikan enjin sangkut lebih terjaga berbanding perut sampan yang tinggi dan kipas enjin sangkut terdedah kepada perlanggaran objek seperti batu atau kayu.
Bagi jeram yang tidak tinggi kebiasaannya bot masih mampu mendaki secara perlahan asalkan perut sampan tidak tersangkut. Sebaiknya seorang jurumudi di bahagian hadapan membantu mengawal muncung bot agar sentiasa berada dalam kedudukan yang dikehendaki.
Jadi, bagi anda yang tidak mahir dengan laluan air, jangan sesekali membawa bot berkenaan. Beri keutamaan kepada mereka yang mahir mengendalikan bot terutama jika sungai tersebut mempunyai banyak jeram.
Jangan bawa barang berlebihan kerana ia akan menyebabkan keseimbangan bot menjadi sukar dikawal. Dan paling penting jangan lupa pakai jaket keselamatan walaupun di kawasan air cetek, apatah lagi jika terdapat batuan yang banyak.
Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.
Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung). Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.
Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan. Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.
Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.
Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti. Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.
Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air. Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...