Soalan:

Saya agak keliru dengan tali pancing terutamanya tali sulam atau braided. Terdapat jenis tali yang poundage sama namun diameter berbeza. Boleh tak admin jelaskan serba sedikit soal ini?

 

Jawapan:

Saya faham dengan jelas kekeliruan yang saudara maksudkan. Ketika nisbah penggunaan tali tangsi mengatasi tali sulam, persoalan ini sudah pun timbul.

Namun ia tidak begitu ketara berbanding ketika ini di mana penggunaan tali sulam menguasai pelbagai segmen pancing.

 

Itu belum campur dengan persoalan kenapa tali sulam ini leper dan tali sulam itu bulat. Semuanya membuatkan pemancing semakin celaru pemikiran untuk memilih tali yang sesuai.

 

Untuk permudahkan situasi ini kita hanya perlu faham perkara yang paling asas. Boleh dikatakan pelbagai jenis tali terutama tali sulaman mempunyai kekuatan (poundage) yang

sama namun diameter berbeza mengikut sulaman dan tetapan jenama masing-masing. Justeru itulah kenapa tali sulam keluaran A berkuatan 30lb memiliki diameter 0.22 mm,

sedangkan tali sulam keluaran B memiliki kekuatan 30 lb tetapi diameter 0.18 mm. Ini cuma sebagai contoh sahaja.

 

Sebagaimana yang telah dinyatakan, perbezaan ini berlaku dari aspek diameter sahaja tetapi poundagenya tetap sama.

Biasanya tali buatan US dan Eropah memiliki diameter yang lebih tebal berbanding buatan Jepun. Namun ini tidak menjadi masalah kerana kekuatannya tetap sama.

 

Bagi perbezaan diameter tali pula, perbezaan ini perlu disesuaikan dengan kadar muatan tali pada spool kekili anda selain mempengaruhi jarak balingan.

Biasanya, pada spool kekili akan ada label menunjukkan kadar muatan tali mengikut diameter.

 

Logiknya, tali berdiameter lebih kecil akan memuatkan muatan tali yang lebih panjang, namun tetap bergantung kepada kedalaman spool kekili.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI