Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai. Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit. Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Ads
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit. Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Ads
Ads
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati. Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pada awalnya saya sangka tekong-tekong tuas Pulau Payar sekadar melawak. Iyalah, bila ditanya nak guna umpan apa pancing cencaru, mereka sepakat sekata menjawabnya… bulu.
Saya sebenarnya bukanlah tak pernah umpan tiruan yang diletakkan bulu itik sebagai aksesori untuk memperdaya ikan. Malah ada individu yang mengusahakan umpan bullet fly. Tapi tak pernah pula tengok sehelai bulu dan mata kail saja yang digunakan.
Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga. Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Inovasi bulu
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging. Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Malah, hari ini penggunaan bulu itik atau bulu ayam putih pada umpan tiruan sudah menjadi satu kemestian jika memancing di tuas. Malah ia menjadi satu sumber pendapatan kepada pengusaha yang menyediakan umpan ini.
Anda tidak perlu membawa banyak jenis gewang ke sini. Terutamanya gewang minnow atau crank tidak kiralah aksi selaman dalam atau cetek. Walau ada juga peserta yang berjaya hasil penggunaan gewang jenis ini, namun peratusannya amat kecil. Jika 100 ekor sebarau yang berjaya dipancing, hanya 3-4 ekor sahaja yang diperoleh menggunakan gewang minnow. Sementara crankbait hampir sifar tangkapan.
Spoon / Sesudu
Lebih 70% sebarau didaratkan menggunakan spoon atau sesudu. Ia bukan saja berkesan digunakan ketika sebarau sedang frenzy mengerjakan anak ikan, tetapi turut efisien mengambil ikan di pra permukaan dan dasar sungai.
Apa saja jenis spoon boleh digunakan namun spoon yang berbentuk lebar seperti Abu Island lebih berkesan. Di percayai juga spoon yang diletakkan blade berwarna merah lebih membantu. Hal ini telah dibuktikan apabila kami menggunakan spoon sama jenis namun yang memiliki blade lebih tinggi peratusan strike.
Warna spoon juga memainkan peranan tersendiri. Memandangkan air tasik di sini agak jernih maka spoon kekuningan atau keemasan lebih efektif berbanding spoon berwarna kilat atau chrome. Kadar peratusan strike lebih tinggi jika spoon dibiarkan tenggelam hingga ke dasar sebelum dikarau laju menaik.
Ini adalah kerana kebanyakan dasar lubuk di sini terdiri dari batu-batu bertindan dan berlubang yang menjadi kediaman mewah sebarau ketika cuaca panas. Namun peratusan spoon tersangkut juga tinggi. Sementara penggunaan mata kail tunggal dapat membantu mengatasi perkara ini. Walaubagaimana pun peratusan strike pula lebih baik jika menggunakan mata tiga.
Spinner blade
Sebagaimana viral penggunaan spinner blade ketika ini di tanah air, sebarau Thailand ternyata turut terpadaya dengan lenggokan blade dan kilauan spinnernya. Model Ima Spingulf yang digunakan oleh seorang peserta contohnya, menerima paling banyak patukan dan strike.
Ia laku keras sehinggalah `keras’ di dalam lubuk setelah tersangkut pada dahan pokok tenggelam di tengah tasik.
Sebagaimana penggunaan spoon, spinner blade ini turut menerima banyak strike dari sebarau pelbagai saiz. Cuma peratusan hook up agak berkurang berikutan hanya menggunakan mata tiga kecil di bawah perut blade.
Kelemahan juga sama seperti spoon iaitu sukar untuk diselamatkan sekiranya tersangkut pada sesuatu objek di bawah air walaupun menggunakan lure retriever.
Pencil
Sekiranya anda ingin satu game yang mengasyikkan dan mendambakan sambaran dari monster Tasik Banglang, maka gewang yang perlu anda fokus dan digunakan dengan tekun serta sabar adalah gewang permukaan.
Namun bukanlah popper, sebaliknya pencil. Boleh dikatakan popper yang kami gunakan agak kurang mendapat sambutan. Jika ingin mencuba juga ia perlulah digayakan hampir tiada gaya. Atau dalam bahasa mudahnya perlu dimainkan dengan amat perlahan.
Bunyi pop dan percikan air yang dihasilkan seperti langsung tidak mampu menarik perhatian sebarau. Pencil seperti Duo Realis, Rapala Skitter V dan Ima Skimmer bukan saja mencakop malah berjaya memperdayakan sebarau-sebarau mega Banglang Dam.
Dalam banyak-banyak teknik memancing, saya belum pernah try lagi teknik trolling atau menunda gewang. Boleh tak admin cerita sikit pasal teknik ni sebab macam agak kurang popular dah teknik trolling ini sekarang.
JAWAPAN:
Trolling atau dalam bahasa Melayu, menunda ialah satu teknik memancing secara tundaan menggunakan gewang selaman pada ketika bot bergerak.
Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran. Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...