Tuan mohon bantu jika ada tips atau info penjagaan benang pancing. Perlu tak dibilas dan dikeringkan selepas mancing di laut atau kolam air masin. Adakah air masin menyebabkan benang akan mudah reput jika dibilas dan tak dikering.
JAWAPAN:
Ads
Sebagaimana yang diketahui ramai, garam yang terkandung di dalam air laut atau kolam air masin bersifat menghakis. Sementara kebanyakan logam juga merupakan musuh utama garam air laut. Jika logam besi atau zink akan menyebabkan ia berkarat.
Sementara logam lain seperti aluminium tidaklah akan menyebabkan ia berkarat, sebaliknya mendapan air masin akan membentuk bunga-bunga garam pada permukaan logam aluminium seperti spool atau gelendung kekili sekaligus menghakis permukaannya.
Ads
Tali benang tidaklah berkarat akibat serapan air masin namun bunga-bunga garam akan terbentuk pada tali tersebut. Walaupun tidak menyebabkan ia reput sepenuhnya, sedikit sebanyak ia akan prestasi tali tersebut menurun dan sekaligus membentuk bunga garam pada spool.
Ads
Tali benang akan cepat reput jika terlalu dedah kepada cahaya panas dan pembentukan garam yang terhasil itu mempercepatkan lagi proses tersebut. Oleh yang demikian ada baiknya anda bilas dan cuci tali benang dengan air tawar selepas digunakan di perairan air masin. Jangan simpan kekili tersebut tanpa dibilas dengan air tawar.
Untuk penjagaan tali pancing yang lebih sempurna, ada baiknya tali benang tersebut dikeluarkan dari spool jika tidak digunakan untuk tempoh yang lama. Ia bukan saja dapat memelihara jangka hayat tali benang, malah juga kekili tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin
(senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara grouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Dalam erti kata lainnya, musim tengkujuh akan mempengaruhi habitat ikan serta sedikit tabiat pemakanannya.
Lazimnya, suhu yang jatuh sedikit pada musim tengkujuh (jika hujan berterusan) akan membuatkan ikan kurang aktif memburu makanan.
Begitu jugalah dengan aktiviti memancing pada musim tengkujuh perlu berehat seketika. Keadaan laut yang bergelora sama sekali tidak sesuai untuk meneruskan aktiviti memancing.
Ajukan kemusykilan anda kepada kami.
Apa pendapat anda? Ayuh komen & share artikel ini.
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Kat kawasan benteng pemecah ombak di tempat saya memang seronok memancing, masalahnya batu ladung selalu sangkut. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
JAWAPAN:
Boleh dikatakan, di mana saja benteng pemecah ombak merupakan satu lokasi yang menyeronokkan untuk memancing. Ia berikutan batu-batu yang ditambak itu menjadi rumah dan tempat ikan bermain. Dengan adanya sumber makanan dan tempat berkumpul ikan-ikan kecil maka ia turut mengundang ikan-ikan pemangsa.
Dan selayaknya kawasan berbatu ditambak sehingga ke tengah laut pada dasarnya itu, pastinya ia menimbulkan kesulitan kepada pemancing yang mengamalkan teknik pancingan dasar. Selain batu ladung, kadangkala mata kail atau larian ikan turut menyebabkan kejadian sangkut.
Terdapat beberapa perkara bagi mengatasi kejadian ini. Pertama, anda perlu tukar teknik pancingan dasar kepada teknik lain seperti apung berhanyut menggunakan pelampung. Atau boleh juga mengamalkan teknik mengilat atau casting. Tidak kiralah sama ada menggunakan gewang ataupun umpan seperti udang hidup.
Jika ingin juga memancing dengan teknik dasar, sebaiknya pantau dahulu sejauh mana berbatu ketika air surut. Maka pastikan anda mampu melontar umpan melepasi kawasan tersebut kawasan tersebut. Atau boleh juga ikatkan ladung dengan sesuatu yang mudah putus jadi apabila tersangkut, ikan dan peralatan lain masih dapatn diselamatkan.
Seperkara lagi, elakkan daripada melakukan kayuhan perlahan ketika mengarau. Kayuhan yang perlahan akan menyebabkan batu ladung terseret pada dasar dan sekaligus mengakibatkan sangkut. Kayuhlah kekili dengan kelajuan tinggi seraya menegakkan joran ke atas. Ia mampu mengatasi masalah ini.
Saya berminat untuk memancing ikan sembilang, jadi boleh tak admin ceritakan sedikit tips umpan untuk memancing ikan sembilang? Sebenarnya saya dah banyak kali turun memancing sembilang tapi masih jugak tak berhasil.
JAWAPAN:
Ikan sembilang adalah antara spesies ikan yang dietnya beraneka jenis. Tidak kira umpan hidup, mati dan umpan bercengkerang turut tergolong dalam diet sembilang. Malah umpan busuk seperti sotong mati, udang mati yang merah kulitnya juga boleh dibuat umpan jika ada pemancing sanggup menahan baunya.
Memancing sembilang di dasar berselut amat sesuai berumpan perumpun yang merah badannya. Perumpun amat digemari sembilang kerana ia adalah haiwan yang turut mendiami dasar berselut.
Jadi, sembilang yang meronda di dasar turut memburu perumpun sebagai makanan. Masalah utama jika menggunakan perumpun ialah anak ikan turut sama menggerutu umpan itu sebelum dijumpai sembilang. Dalam erti kata lain, anda perlu bersabar untuk menerima strike sembilang.
Umpan seperti udang hidup, sotong dan isi ikan akan mengalami masalah yang sama, habis sebelum sembilang menjumpai umpan berkenaan. Masalah umpan diganggu anak ikan lain boleh diatasi dengan menggunakan umpan lintah sungai. Haiwan ini diketahui hanya sembilang saja yang menelannya.
Sekiranya kawasan berkenaan tiada gangguan anak ikan, perumpun urat atau sarang adalah yang terbaik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...