Sebenarnya tiada musim khusus untuk memancing ikan patin. Anda boleh memancingnya setiap hari tanpa mengira musim kemarau atau tengkujuh. Namun untuk hasil pancingan yang lebih bagus, anda perlu cuba memancing musim hujan tiba atau tengkujuh.
Ketika inilah ikan patin akan lebih mudah dipancing kerana populasi lebih banyak dan menyebar ke semua penjuru sungai. Namun kalian juga tetap boleh memancing ikan patin pada musim kemarau jika mengetahui lubuk-lubuk yang berpotensi untuk melabuhkan umpan.
Ads
Berkenaan waktu yang lebih sesuai untuk memancing pula, waktu malam adalah lebih berpeluang. Ini kerana ikan patin termasuk ikan nocturnal (lebih aktif pada malam hari). Jadi, ia sudah cukup jelas bahawa malam hari lebih efektif untuk memancing.
Ads
Ads
Namun garis panduan tersebut hanya berlaku untuk ikan patin liar saja. Berbeza dengan ikan patin kolam yang sudah beradaptasi dan memang sudah terbiasa diberi makan pada siang hari.
Untuk rekod saiz tangkapan pula waktu malam lebih baik. Kebanyakan ikan patin bersaiz besar sering dinaikkan pada waktu malam sama ada di habitat liar mahupun di kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Devils Hole pupfish juga merupakan antara spesies yang pertama dilindungi di bawah akta Endangered Species Act. Ikan yang berukuran sekitar 2 cm panjang ini hanya boleh
ditemui di satu lokasi sahaja iaitu Devils Hole, sebuah sistem kolam gua semula jadi di Death Valley, Nevada.
Ikan ini hidup di dalam kolam berbatu kapur yang hanya mempunyai ruang terhad kira-kira 2 meter lebar dan 4 meter panjang sepanjang hidupnya.
Rupanya tidaklah menakutkan atau ganjil bukan? Macam rupa ikan puyu pun ada.
Sebut saja pasal alu-alu ramai pemancing terbayangkan barisan gigi yang kerap memotong perambut pancing. Kebiasaannya ia mempunyai dua taring yang lebih panjang di hadapan dan diikuti lapisan gigi condong di antara satu sama lain hingga ke hujung bahagian mulutnya.
Setengahnya mempunyai belang yang pudar di badan dan hampir tidak kelihatan apabila ia mati. Kebanyakannya memiliki warna badan keperakan dan tirus dibahagian hadapan, membulat di tengah dan leper hingga ke belakang.
Dengan ekor lebar bercabang menilai kelajuan ikan ini berenang. Sirip dorsal pertama dan sirip dorsal kedua kecil dan tidak bersambung dan berjauhan. Sama seperti sirip anal dan pelvik. Sebagai predator, ia biasanya bergerak secara berkumpulan. Satu kumpulan spesies bergigi tajam ini berjumlah sehingga beribu ekor. Ikan yang bersaiz besar dalam kumpulan yang banyak tidak gentar kepada mangsa yang lebih besar darinya.
Ia mampu menyerang ikan mersuji atau jerung dalam satu serangan berkumpulan. Tenuk umpamanya menyerang manusia dan kebanyakan serangan ke atas manusia yang terjadi biasanya jerung dipersalahkan.
Sesetengah alu-alu bergerak dalam kumpulan yang kecil dan pernah didapati merayau sehinga berbatu dari kuala sungai air masin. Alu-Alu amat aktif pada waktu lewat petang membawa kepada dinihari dan paling aktif di waktu malam memburu mangsa yang lebih terdiri dari anak-anak ikan.
Pada siang hari ia gemar mendiami satu-satu kawasan setempat dan berdekatan. Ia akan menyerang mangsa yang lalu di kawasannya sahaja. Seperti contoh ia menyambar gewang di permukaan air siang hari. Sebab itu jika nampak ia satu kawasan di siang hari, malam ia pasti lesap keluar mencari makanan.
Sesetengah kajian juga menyebut ikan bergigi yang tak perlu diasah ini menyerang mangsa tidak kira besar atau tidak hanya untuk keseronokan dan hiburan sesama mereka. Ini juga sebagai latihan untuk menguji kecekapan dan kepantasan memburu mangsa di waktu lapar serta untuk mengesahkan gigi yang dah tajam agar senang memotong mangsa termasuklah perambut tangsi pemancing.
Terdapat 5 jenis spesimen jenis Sphyraena yang mendominasi keluarga ikan Sphyraedinae iaitu Barracuda, Forsteri, Obtusata, Putnamiae dan Jello. Perbezaan ketara di antara jenis alu-alu di atas ialah rupa bentuk muncung di mulut serta sisik. Jenis yang besar mempunyai mulut lurus ke bawah manakala yang kecil kelihatan mendongak ke atas.
Tenuk dan alu-alu ekor hitam dan kuning mempunyai sisik kasar dan sebaliknya untuk dua jenis kacang dan anak seer yang bersisik halus dan lembut. Tenuk juga dilaporkan membesar hingga menjangkau 4meter dan saiz sebegini jarang terdapat di perairan negara kita.
Gelama pisang berwarna perak dikenali nama saintifik Panna microdon dan kuning keemasan dan cantik dikenali dengan nama Chrysochir Aureus. Jika diperbandingkan kedua-dua ini hanya jelas berbeza dari segi warna sahaja, yang lain hampir sama kelibatnya. Purata saiz kurang dari 25 cm dan manakala purata berat dari 5 hingga 10 ekor sekilogram.
Mat Saleh memanggilnya spesies ini sebagai croaker kerana bunyi yang dikeluarkan seperti `krook’ berulang kali sebaik sahaja dinaikkan dari air. Tidak semua spesies gelama mengeluarkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar di luar malah di dalam air.
Bunyi inilah yang dikesan oleh juruselam atau nelayan berpengalaman bagi menjalankan aktiviti menjaring.
Tidak semua gelama mengeluarkan bunyi yang jelas di dalam air. Gelama Pisang adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walaupun bersaiz kecil. Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengar walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini di bawah air.
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin (laut) tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut pada bahagian dasar untuk mencari makanan. Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.
Ia juga di dapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan (gelama besar), selampai (spesies gelama besar seperti tirusan tetapi lebih kurus memanjang), gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim. Ini berdasarkan andaian saya pada spesies yang turut sama di naikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama pisang.
Begitu pun kebanyakan pencarian saya untuk gelama pisang tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Klang.
Warna sisik gelama pisang yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih. Warnanya kekal kuning keemasan dan keperakan. Sisik gelama pisang sentiasa berkilau amat cantik di pandang. Saya jarang dapat gelama ini di kawasan cetek (lubuk yang boleh di pancing ketika air pasang sahaja).
Gelama pisang secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana . Ini berdasarkan pengamatan saya. Jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan. Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang. Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...