Pada pendapat admin, Antara air pasang dan surut yang manakah lebih sesuai untuk pergi memancing? Satu lagi apa beza memancing ketika air mati dan air besar?
JAWAPAN:
Pada asasnya, aktiviti memancing boleh dilakukan sama ada ketika air pasang dan surut. Apa yang paling utama ialah kesesuaian lokasi memancing.
Ads
Sebagai contoh, ketika air pasang ia mendorong ikan-ikan untuk bergerak mengikut peredaran arus. Pada waktu ini biasa pancingan lebih tertumpu ke arah darat dan bagus untuk menebing. Ketika air surut pula aktiviti menebing agar sukar dan aktiviti memancing tertumpu ke tengah laut.
Ads
Berbeza pula dengan aktiviti memancing ketika air besar dan air mati. Apa yang membezakannya adalah gerakan arus. Ketika air mati, arus hampir tiada langsung. Kerana itulah ia dinamakan air mati kerana langsung tidak bergerak. Sementara air besar pula menandakan pergerakan arus yang paling maksimum.
Pergerakan arus ini akan mempengaruhi keaktifan ikan. Ketika air mati, ikan hampir tidak aktif atau pasif. Kebanyakan ikan lebih banyak berdiam di habitat masing-masing. Untuk memancingnya, umpan perlu diletakkan tepat di depan pintu rumahnya. Itu pun belum tentu ia akan membuka mulut.
Ads
Ketika air pasang besar pula, keaktifan ikan berubah secara drastik berbanding ketika air mati. Kebanyakan ikan terutamanya ikan pelagik begitu aktif dan galak memburu makanan.
Namun disebabkan pergerakan arus maksimum, ia menimbulkan masalah untuk menetapkan umpan ke lubuknya terutamanya pancingan dasar di muara mahupun lebih jauh ke tengah.
Sebaliknya bagi pancingan sukan seperti jigging dan popping, ketika inilah masanya untuk memburu ikan-ikan pelagik bersaiz besar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam min… saya ada persoalan sikit. Kenapa ikan talang diketegorikan ikan second class? Saya perhatikan ramai pemancing memandang rendah pada spesies ini.
Jawapan:
Ikan talang atau queenfish (Scomberoides commersonianus) adalah ikan pemangsa yang sering dijadikan buruan pemancing di serata perairan Malaysia.
Second class?? ia tidak langsung diketegorikan sebagai ikan second class kerana rata-rata pemancing amat menggemari berentap dengan spesies ini kerana aksi akrobatik dan kekuatannya.
Walau pun isinya sahaja yang kurang enak untuk di buat santapan. Nelayan atau pemancing yang memperoleh ikan ini akan menjadikan ia ikan masin. Tetapi jika kena dengan menu dan hasil masakkan yang baik, ikan ini juga boleh setanding dengan ikan yang lain.
Pada pemancing, ia adalah lebih baik dilepaskan semula sekiranya anda tidak bertujuan menjadikan ia sebagai makanan kerana dengan cara ini anda dapat mengekalkan populasi ikan talang di tempat tersebut supaya ia tidak berkurang dan boleh dijadikan tempat terbaik untuk berkunjung semula.
Ikan talang banyak bermain di kawasan batu di sekeliling pulau berbatu dan kawasan yang berstruktur seperti rumah api ataupun unjam. Oleh kerana ikan ini adalah ketegori ikan pemangsa yang merayau-rayau mencari makanan, anda boleh memancing dengan kaedah bottom, casting, menunda, apung, jigging, popping atau layang.
Korang Tanya Umpan Jawab – Kenapa Ikan Black Bass Hanya Ada Sabah?
SOALAN:
Boleh tak admin jelaskan kenapa ikan black bass hanya terdapat di Sabah sahaja. Tidak terdapat di Sarawak apatah lagi di Semenanjung Malaysia. Letih la nak kena pergi ke Sabah semata-mata nak dapat lesen ikan black bass ni.
JAWAPAN:
Di Malaysia, ikan black bass atau Papuan black snapper (dipanggil tembaring, kanai di Sabah) memang terkenal di Sabah. Status spesies Lutjanus goldiei ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan ikan snapper dan merupakan spesies endemik di Papua New Guinea serta spesies natif di Pulau Ryukyu, Jepun.
Spesies endemik (endemic) agak unik kerana hanya boleh ditemui di lokasi tertentu sahaja walaupun dalam perairan yang sama manakala spesies natif (native) bermaksud spesies asal sesebuah negara atau tempat tetapi masih boleh ditemui dalam banyak perairan.
Selain Papua New Guinea dan Jepun, hanya terdapat dua lagi negara yang direkodkan kehadiran spesies ini iaitu Indonesia (kebanyakannya di Borneo) dan Malaysia. Status kehadiran L. goldiei ini di Indonesia masih lagi status persoalan (questionable) manakala di Malaysia pula dengan status berkeliaran (stray).
Pengkaji cenderung mengatakan kanai di Indonesia kemungkinan merupakan spesies yang dibawa masuk (introduced) dan kehadiran spesies ini di Sabah kerana berkongsi jajaran perairan yang sama.
Jadi persoalan status pembiakan spesies kanai di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memang tiada kecuali jika spesies ini dibawa masuk dan dilepaskan di perairan Semenanjung sebagai ‘introduced species’.
Mungkin juga, ribuan atau ratusan tahun dahulu, ikan ini berada di perairan Semenanjung, namun akhirnya tidak lagi ditemui, tanpa sebarang bukti atau kajian spesifik dapat dilakukan.
SOALAN: Saya sering memancing di laut dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang sering memotong tali pancing saya. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing?
JAWAPAN: Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.
Ikan buntal merupakan spesies ikan yang saya amat memeningkan kepala penulis. Sehingga sekarang saya masih mencari sebab utama kenapa yang dia suka sanggat memotong tali pancing. Adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakkannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya.
Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided). Setakat ini sejak saya menggunakan tali jenis ini kurang juga ia menggigitnya.
Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku adegan tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab. Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...