SOALAN:

Sehingga kini saya belum pernah lagi casting dapat ikan lampam. Tapi member-member saya pernah dapat.

Persoalan saya, ikan lampam memang makan gewang atau terkena secara tak sengaja?

 

JAWAPAN:

Berdasarkan pengkelasan ilmiah, ikan lampam tergolong dalam haiwan omnivor yang memakan variasi makanan dari sumber tumbuhan dan juga haiwan.

Sumber haiwan yang dimakan oleh ikan omnivor ini lazimnya dari jenis ikan dan juga serangga.

baca juga teknik bottom ikan sebarau

 

IKLAN

Sebagaimana ikan temoleh dan kelah (juga omnivor), ikan lampam juga tergolong dalam keluarga ikan kap (carp fish).

Tetapi pernah tak anda dengar ikan temoleh menyambar gewang. Saya sendiri hampir belum pernah mendengarnya.

 

Korang tanya umpan jawab – Ikan lampam makan gewang??

 

Bagaimana pula dengan kelah? Adakah ikan menyambar gewang? Iya, memang benar.

IKLAN

Saya sendiri pernah memperoleh kelah dengan menggunakan gewang sesudu dan juga gewang replika ikan. Jadi, ada kemungkinan atau tidak ikan lampam menyambar gewang?

 

Sebagaimana ikan kelah atau tengas, kejadian ikan lampam menyambar gewang bukanlah satu insiden kebetulan semata-mata.

Namun kita tidak boleh untuk menetapkan bahawa semua ikan lampam, tengas atau kelah akan menyambar gewang.

Ini kerana mereka bukanlah tergolong dalam haiwan karnivor seperti mana keluarga ikan snakehead atau sebarau.

 

IKLAN

Apa yang menyebabkan ikan lampam menyambar gewang lebih kepada tabiat pemakanan dan habitat.

Saya percaya ikan lampam yang menyambar gewang adalah ikan lampam yang hidup liar contohnya di sungai atau di habitat yang sumber makanannya amat terhad.

Dan ada kemungkinan juga ia menyangka gewang tersebut adalah sumber makanan yang hanyut bersama daunan atau sampah.

baca juga tali untuk main laut

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI