Orang kata kalau jumpa mama toman bawa anak, gerenti dapat strike. Tapi mengapa toman yang saya jumpa ketika sedang casting langsung tak peduli pada gewang yang saya baling?
JAWAPAN:
Ads
Teori kalau jumpa toman bawa anak akan dapat strike bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu ialah lokasi padang pancing. Jika kejadian itu berlaku di lokasi liar yang belum terusik, saya sendiri akan beri jaminan toman tersebut menyambar apa saja gewang dilontar ke arah kumpulan anak atau ke arahnya.
Namun, lokasi padang pancing di mana anda memancing ialah lokasi popular. Apatah lagi jika konsep tangkap dan lepas diamalkan secara praktikal di padang pancing tersebut. Dalam erti kata lain, toman-toman di padang pancing tersebut sudah memiliki sedikit `pengetahuan’ dalam survival hidup.
Ads
Seperkara yang perlu kita tahu ialah ikan juga memiliki sedikit memori jangka pendek tentang sesuatu. Khususnya ikan yang pernah dipancing dengan menggunakan gewang. Jadi, ada kemungkinan toman bawa anak yang anda cuba pancing tersebut sudah dipancing dalam tempoh terdekat dan dilepaskan kembali. Atas sebab itulah toman tersebut tidak mempedulikan gewang yang anda lontarkan.
Ads
Pernah tak anda berhadapan dengan situasi toman yang berjaya strike tetapi lucut sebelum sempat didaratkan, adakah toman tersebut akan menyambar lagi gewang yang anda lontarkan ke arahnya?
Situasi begini sebenarnya adalah asam garam dalam pancingan toman, jadi anda tidak perlu terlalu kecewa atau bengang apabila berhadapan dengannya. Cara terbaik, lupakan saja perkara itu dan cubalah pujuk toman yang lain pula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya kerap memancing di kelong, rumah rakit dan juga sangkar tapi tak pernah cuba teknik casting. Ada potensi tak kalau casting di kawasan macam ni? Kalau boleh, apa jenis gewang paling sesuai untuk digunakan? Untuk pengetahuan admin terdapat ikan pemangsa seperti siakap, barracuda dan senangin.
JAWAPAN:
Tentu saja boleh. Tiada masalah untuk anda cuba casting menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Sebenarnya agak sukar kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukan dengan tepat kerana tidak menyatakan secara jelas jenis pancingan yang dipraktikkan.
Begitu juga dengan spesies ikan yang dipancing dan ingin dilepaskan kembali atas konsep tangkap dan lepas.
Ini disebabkan tidak semua spesies ikan sesuai untuk konsep tangkap dan lepas. Terutamanya jika pancingan air masin yang mana kebanyakan spesies ikan demersal amat mudah mati selepas didaratkan.
Begitu juga dengan kaedah pancingan yang dipraktikan. Ini kerana teknik pancingan konservatif (menggunakan umpan) lebih mudah mendatangkan kecederaan (mudah mati) mati berbanding teknik pancingan mengilat yang menggunakan umpan tiruan.
Oleh yang demikian, berdasarkan soalan tuan, saya beranggapan mungkin anda memancing ikan toman atau sebarau dengan teknik mengilat menggunakan gewang.
Saya beranggapan ikan yang pancing mudah selepas dinaikkan kerana ia kepenatan akibat bertarung habis-habisan dalam proses menyelamatkan nyawa.
Ada beberapa sebab kenapa ikan mudah mati selepas dinaikkan. Antaranya mungkin pertarungan berlangsung agak lama, sebaiknya cubalah daratkan ikan dengan sepantas yang mungkin.
Mungkin juga peralatan pancing yang anda gunakan tidak sepadan dengan kekuatan ikan tersebut, sekaligus menyebabkan pertarungan tersebut menjadi lama.
SOALAN: Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkan Mejar berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Malah, dalam kategori pancingan air tawar ia merupakan pancingan yang paling mencabar dan menyeronokkan tetapi tidak semua pemancing mampu mengaplikasikannya.
Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan. Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...