Sudah lama saya perhati aksi-aksi pemancing menjerat tenggiri di perairan utara tanah air terutamanya di daerah Yan, Kedah. Saya sebenarnya teringin jugak nak try tapi boleh dikatakan sifar pengetahuan untuk menjerat tenggiri di sini. Jadi, boleh tak admin berikan sedikit tip kepada saya untuk menjerat tenggiri tuas?
Ads
JAWAPAN:
Jika anda ingin menjerat tenggiri, cuba dapatkan informasi dari kaki-kaki tuas untuk mempastikan tenggiri sudah masuk tuas atau belum. Begitu juga berkenaan dengan lokasi atau tuas mana yang ada tenggiri kerana kawasan perairan Yan memang luas, banyak tuas dan berlainan tuan. Tuas-tuas ini ada banyak bahagian seperti tuas darat, tuas tengah, tuas balak, tuas dulang dan tuas Sg. Udang.
Ads
Untuk makluman semua, kesesuaian teknik yang betul amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu trip kerana tenggiri di tuas Yan begitu cerewet. Banyak teknik yang perlu dipratikkan untuk menjerat tenggiri seperti casting temenung kojol, drift, jigging, trolling, casting bulu dan gewang. Pastikan anda mencuba semua teknik yang disebutkan utk menjerat tenggiri kerana citarasa tenggiri kadangkala tidak sama.
Ads
Contohnya casting temenung sahaja ada pelbagai versi dari segi teknik dan tempo. Untuk mempelajarinya carilah kaki-kaki tuas sejati atau rajin-rajinlah berkunjung ke tuas. Bukan bermakna sekali anda gagal terus tak mahu mencuba.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Malaysia mengalami musim tengkujuh setiap tahun. Apakah musim tengkujuh juga merupakan faktor dan mempengaruhi spesies ikan di perairan yang mengalami tengkujuh?
JAWAPAN:
Terdapat dua musim atau monsun utama di Malaysia iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya selain dua inter-monsun yang berlaku di antara dua monsun utama tadi. Monsun Timur Laut yang berlaku sekitar November – Januari merupakan monsun yang memberi kesan besar terutama industri nelayan dan memancing di Pantai Timur Semenanjung.
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin (senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara grouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Dalam erti kata lainnya, musim tengkujuh akan mempengaruhi habitat ikan serta sedikit tabiat pemakanannya.
Lazimnya, suhu yang jatuh sedikit pada musim tengkujuh (jika hujan berterusan) akan membuatkan ikan kurang aktif memburu makanan. Begitu jugalah dengan aktiviti memancing pada musim tengkujuh perlu berehat seketika. Keadaan laut yang bergelora sama sekali tidak sesuai untuk meneruskan aktiviti memancing.
SOALAN: Saya ada mendengar yang berkata ikan boleh lemas. Betul ke ni? Takkan ikan pun boleh lemas jugak kot.
JAWAPAN: Pelik? Jangan pelik sangat… pelik tapi itulah kebenarannya. Tahukah korang bahawa sebenarnya ikan juga boleh lemas?
Ya, sama seperti manusia, ikan juga memerlukan oksigen untuk hidup. Ikan tanpa air boleh menyebabkan ia kehilangan elemen utama untuk hidup.
Seekor ikan biasanya datang lengkap bersama sepasang insang yang digunakan untuk bernafas di dalam air. Insang ini digunakan untuk mengekstrak oksigen daripada hidrogen dalam molekul air yang bertujuan untuk mengawal jumlah pengambilan oksigen. Proses ini dapat mengekalkan keseimbangan yang diperlukan oleh kedua-dua komponen air bagi membolehkan ikan bertahan hidup.
Namun, apabila ikan dikeluarkan dari air, ia akan terdedah hanya kepada udara dan tidak kepada oksigen dan hidrogen yang terkandung di dalam air. Ini akan menyebabkan insang tidak dapat mengawal pengambilan oksigen seperti biasa. Disebabkan itu, proses keseimbangan tidak dapat dikekalkan kerana insang telah menyedut oksigen secara berlebihan di udara.
Jadi, pada dasarnya, inilah yang dimaksudkan dengan ikan boleh lemas!
Saya masih baru lagi memulakan hobi memancing. Mancing pun kat kolam air masin je. Masalah yang saya alami ialah nak strike siakap. Saya menggunakan udang hidup yang dicangkuk pada bahagian ekor dan menggunakan pelampung.
Apabila pelampung tenggelam, saya terus menggulung tali dengan perlahan. Apabila tangsi tegang sedikit saya terus membuat sentapan. Tetapi malangnya tak tersangkut ikan atau mata kail terlucut. Boleh tak admin beritahu di mana salah dan silap saya dan terangkan teknik memancing ikan kolam air masin dengan betul?
JAWAPAN:
Teknik memancing di kolam air masin sebenarnya hampir sama saja dengan memancing ikan liar di muara atau laut. Yang membezakannya hanya setting peralatan yang digunakan. Melakukan sentapan balas sejurus ikan menyambar umpan adalah satu tindakan yang kurang tepat.
Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan dikemam oleh ikan seketika. Harus diketahui tabiat ikan siakap tidak terus menelan mangsa atau umpan. Apabila menyambar umpan dengan cara menyedut. Biasanya ia akan melarikan umpan sebelum menelannya. Namun ada juga yang bertindak mendiamkan diri.
Oleh yang demikian, apabila tali pancing menegang dan keluar dari spool menandakan umpan mula disedut dan dilarikan ikan buat seketika, barulah lakukan sentapan balas. Cara ini lebih kurang seperti memancing haruan di mana anda perlu memberi sedikit masa untuk ikan betul-betul menelan umpan sepenuhnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...