Sebagaimana yang diketahui ramai, garam yang terkandung di dalam air laut atau kolam air masin bersifat menghakis. Sementara kebanyakan logam juga merupakan musuh utama garam air laut. Jika logam besi atau zink akan menyebabkan ia berkarat.
Sementara logam lain seperti aluminium tidaklah akan menyebabkan ia berkarat, sebaliknya mendapan air masin akan membentuk bunga-bunga garam pada permukaan logam aluminium seperti spool atau gelendung kekili sekaligus menghakis permukaannya.
Ads
Tali benang tidaklah berkarat akibat serapan air masin namun bunga-bunga garam akan terbentuk pada tali tersebut. Walaupun tidak menyebabkan ia reput sepenuhnya, sedikit sebanyak ia akan prestasi tali tersebut menurun dan sekaligus membentuk bunga garam pada spool.
Ads
Ads
Tali benang akan cepat reput jika terlalu dedah kepada cahaya panas dan pembentukan garam yang terhasil itu mempercepatkan lagi proses tersebut. Oleh yang demikian ada baiknya anda bilas dan cuci tali benang dengan air tawar selepas digunakan di perairan air masin. Jangan simpan kekili tersebut tanpa dibilas dengan air tawar.
Untuk penjagaan tali pancing yang lebih sempurna, ada baiknya tali benang tersebut dikeluarkan dari spool jika tidak digunakan untuk tempoh yang lama. Ia bukan saja dapat memelihara jangka hayat tali benang, malah juga kekili tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya ada beberapa soalan yang inginkan penjelasan. Pertama, berapakah panjang joran yang sesuai untuk teknik casting?
Kedua, reel (bc) yang digunakan untuk casting itu sesuai untuk jigging? Dan ketiga berapa kekuatan tali yang sesuai untuk jigging?
JAWAPAN:
Pertama, teknik casting boleh dipadankan dengan joran yang panjangnya dari 4 hingga 7 kakii.
Ia bergantung kepada lokasi dan jarak yang diperlukan untuk melontar gewang ke sasaran.
Selain itu, joran casting mestilah ringan dan mempunyai kekuatan yang baik. Begitu joran sepanjang 6 kaki hingga 6.5 kaki secara purata lebih banyak digunakan.
Kedua, Kekili menegak atau baitcasting reel boleh dan sesuai digunakan untuk jigging. Malah, bagi saya ia lebih baik daripada kekili mendatar kerana reka bentuk tali akan terus berada dalam gelendung.
Dengan ini, ia boleh memberikan daya tentangan yang cukup baik. Acara jigging boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu kelas ringan (15 hingga 40gram), kelas menengah (45 hingga 120gram) kelas berat (120gram ke atas).
Namun, kebanyakan kekili yang digunakan untuk casting hanya sesuai untuk teknik jigging ringan sahaja.
Bagi kelas lebih tinggi, sebaiknya gunalah kekili menegak atau multiplier yang dikhususkan untuk jigging.
Dan lebih penting lagi, pastikan juga reel bc itu sesuai untuk digunakan di perairan air masin.
Ketiga, kekuatan tali untuk jigging lazimnya berpandu kepada kelas jigging dan saiz berat jig yang ingin anda mainkan.
Bagi kelas ringan, tali 10-20lb lebih sesuai digunakan, kelas menengah 25-40lb dan 50lb dan ke atas bagi kelas yang lebih berat.
Apabila gewang jatuh ke permukaan air, tunggu 5-10 saat kemudian tegangkan tali. Lakukan sentapan hujung joran ke bawah dengan pantas. Kemudian gulung tali masuk ke spool. Ulang proses yang sama sambil memberi sedikit masa bagi setiap kali sentapan.
tempo kayuhan: Sederhana atau perlahan.
Floating Crankbait
Lakukan karauan beberapa saat, kemudian berikan sedikit masa supaya gewang terapung ke permukaan sedikit dan lakukan kembali karauan. Boleh juga dengan kombinasi sentapan hujung joran ke kiri atau kanan ketika karauan.
tempo kayuhan: Perlahan atau sederhana
Sinking Crankbait
Boleh terus mengarau kekili apabila gewang jatuh ke permukaan air atau tunggu beberapa saat supaya gewang tenggelam dan baru mengarau kekili untuk mencapai tahap kedalaman yang lebih.
tempo kayuhan: Perlahan atau sederhana
Sinking Minnow
Boleh terus melakukan karauan apabila gewang jatuh ke air atau tunggu beberapa saat agar gewang tenggelam untuk mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki.
tempo kayuhan: Sederhana atau cepat
Soft lure (Soft frog)
Boleh dimainkan dengan cara karauan perlahan, atau dengan kombinasi menyentap sedikit ke atas atau ke bawah.
tempo kayuhan: Perlahan
Spoon
Boleh terus mengarau kekili ketika spoon jatuh ke permukaan air atau membiarkannya hingga mencecah dasar. Boleh mengarau kekili secara statik atau dengan kombinasi berhenti sesaat (stop and go) dengan sentapan hujung joran ke atas ke bawah.
tempo kayuhan: Sederhana atau cepat
Bucktail jig
Tunggu sehingga gewang mencecah dasar, tegangkan tali kemudian karau perlahan disertai dengan sentap hujung joran ke atas secara berterusan.
tempo kayuhan: Perlahan
Jump frog
Terus saja mengarau kekili apabila gewang menyentuh permukaan air, perlahankan sedikit tempo jika banyak sambaran agar ia berada lebih lama dalam strike zone.
tempo kayuhan: Perlahan, sederhana atau cepat
Pencil / Stickbait
Terus saja melakukan karauan perlahan seraya sentapan hujung joran ke bawah secara konsisten. Ia akan menghasilkan gerakan zig-zag atau walk the dog pada gewang.
tempo kayuhan: Sederhana atau cepat
Micro Jig (Cast Jig)
Tunggu sehinga gewang menyentuh dasar dan tegangkan tali. Lakukan karauan sambil sentapan hujung joran ke atas beberapa kali sehingga gewang sampai ke permukaan. Lepaskan tali agar gewang tenggelam dan ulangi proses yang sama.
tempo kayuhan: Perlahan, sederhana atau cepat.
Kicking Frog
Segera melakukan karauan sedang kelajuan yang sesuai apabila gewang mencecah permukaan air. Perhatikan renangan kaki gewang untuk mendapatkan tempo kayuhan yang sepadan.
tempo kayuhan: sederhana
Weedles Bottom Soft Plastic Lure
Tunggu sehingga gewang mencecah dasar, lakukan karauan dengan kadar perlahan sambil sesekali lakukan sedikit sentapan ke atas pada hujung joran.
Ada lagi yang tidak mahir mengambil gambar ketika memancing? Jangan risau… kali ini kita akan tunjukkan cara pantas bagaimana mengambil gambar hasil pancingan adna dengan lebih cepat dan cantik.
Cara mudah yang pertama sekali anda perlu lakukan ialah anda perlu dapatkan segera hasil tangkapan anda walaupun seekor ikan puyu. Tanpa habuan ini maka gambar anda dikira gagal kerana tidak berjaya mendapat hasil tangkapan terbaik.
Keduanya, anda perlu menahan nafas setiap kali mengambil gamar ikan tersebut. Ini kerana salah satu punca gambar `bergerak’ atau tidak jelas ialah anda atau jurugambar tersebut tidak bersedia dengan betul.
Nampak mudah, tekan sahaja pada kamera, akan tetapi jika anda pakai kamera telefon pun, anda patut cuba menahan nafas beberapa saat ketika mengambil gamar.
Seterusnya, mesti fokus kepada subjek. Fokus menjadi titik utama bagi memberi gambaran apakah subjek yang ingin anda gambarkan. Sekiranya ikan sahaja menjadi subjek anda, cuba laraskan kamera menjadi lebih hampir kepada ikan tersebut.
Anda boleh menggunakan zoom lens untuk merakam ikan secara close-up, merakan sisik ikan, gigi ikan atau apa sahaja yang ada rasakan kreatif.
Sekiranya anda menggunakan lensa normal 18-55mm, dekatkan diri anda kepada subjek tersebut dan kurangkan pemandangan lain di bahagian belakangnya.
Seeloknya anda haruslah memakai pakaian lengan panjang dari menampakkan sebahagian tangan anda ketika mengambil gambar.
Ini kerana kadang kala di bawah terik matahari, pantulan kulit di tangan boleh menjadikan gambar over exposed atau lebihan cahaya sewaktu memegang ikan.
Sebolehnya ikan tersebut hendaklah dipegang betul-betul dekat dengan air. Barulah nampak background ikan menjadi lebih natural.
Ikan hendaklah dipegang secara lembut dan bukanlah keseluruhan badan ikan tersebut penuh dengan tangan anda.
Walaupun ikan tersebut bergerak dalam keadaan laju, anda haruslah peka bahawa untuk mengambil gambar subjek, tangan tidak boleh 60% memonopoli dalam gambar. Ia juga akan memberi impak seperti ikan tersebut seperti kena picit atau digenggam sekuat hati.
Untuk freeze titisan-titisan air sungai terjun, hendaklah pemancing set kamera dengan kejauan shutter 1:500 per saat. Gambar yang terhasil akan membuatkan ia lebih menarik.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba set kamera dengan kelajuan shutter perlahan 1:30 per saat. Cuba kedua-dua jenis kelajuan.
Ini akan memperlahankan air dan menjadikan gambar air sungai, air terjun menjadi lebih halus. Pantulan bat sungai juga akan menampakkan ikan anda menjadi lebih cantik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...