Soal Jawab Mancing – Apa Kesan Jerebu Terhadap Aktiviti Ikan Pancingan?

Share

 

SOALAN:

 

Betul ke time jerebu seperti yang sedang berlaku sekarang ini boleh mempengaruhi hasil tangkapan memancing? Bagaimana jerebu boleh menyebabkan ikan tidak mahu makan umpan?

 

JAWAPAN:

 

Saya percaya masalah jerebu yang sedang menimpa kebanyakan negeri sekarang ini sedikit sebanyak mempengaruhi industri memancing.

 

Ia mungkin tidak mempengaruhi tabiat makan ikan secara menyeluruh, tetapi jika tahap Indek Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi pasti akan menjejaskan aktiviti memancing terutamanya di laut.

 

IPU tinggi yang menghadkan jarak penglihatan pasti mengundang bahaya jika memancing di perairan yang sibuk dengan laluan kapal.

 

Atas faktor keselamatan kebanyakan pengusaha bot memancing mengambil keputusan membatalkan trip memancing.

 

 

Adakah jerebu menyebabkan ikan tak mahu makan umpan? Mungkin benar mungkin tidak dan bergantung kepada tahap jerebu dan spesies ikan.

 

Sama ada tahap jerebu tinggi atau rendah, ia tidak memberi kesan secara langsung terhadap ikan demersal atau ikan pemakan dasar terutamanya di perairan yang lebih dalam.

 

Sebaliknya jerebu tebal memberi kesan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keaktifan ikan pelagik yang memburu dan mencari makan di permukaan dan pra permukaan air. Ia berikutan cahaya matahari tidak dapat memancar secara terus terhadap permukaan laut.

IKLAN