Betul ke time jerebu seperti yang sedang berlaku sekarang ini boleh mempengaruhi hasil tangkapan memancing? Bagaimana jerebu boleh menyebabkan ikan tidak mahu makan umpan?
JAWAPAN:
Ads
Saya percaya masalah jerebu yang sedang menimpa kebanyakan negeri sekarang ini sedikit sebanyak mempengaruhi industri memancing.
Ia mungkin tidak mempengaruhi tabiat makan ikan secara menyeluruh, tetapi jika tahap Indek Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi pasti akan menjejaskan aktiviti memancing terutamanya di laut.
IPU tinggi yang menghadkan jarak penglihatan pasti mengundang bahaya jika memancing di perairan yang sibuk dengan laluan kapal.
Ads
Atas faktor keselamatan kebanyakan pengusaha bot memancing mengambil keputusan membatalkan trip memancing.
Ads
Adakah jerebu menyebabkan ikan tak mahu makan umpan? Mungkin benar mungkin tidak dan bergantung kepada tahap jerebu dan spesies ikan.
Sama ada tahap jerebu tinggi atau rendah, ia tidak memberi kesan secara langsung terhadap ikan demersal atau ikan pemakan dasar terutamanya di perairan yang lebih dalam.
Sebaliknya jerebu tebal memberi kesan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keaktifan ikan pelagik yang memburu dan mencari makan di permukaan dan pra permukaan air. Ia berikutan cahaya matahari tidak dapat memancar secara terus terhadap permukaan laut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Admin, saya baru nak mencebur bidang memancing ni. Boleh tak admin buat satu post pasal cara membeli set memancing?
JAWAPAN:
Pertama sekali kami nak ucapkan selamat datang ke dunia memancing, hobi paling popular tanah air kita.
Untuk membuat satu posting tentang tatacara membeli set memancing ni sebenarnya terlalu panjang untuk dihuraikan. Namun kami bagi sedikit tip untuk anda bagaimana untuk membeli peralatan memancing.
Pertama sekali anda kena pastikan lokasi dan spesies apa yang hendak dipancing. Sebagai contoh, sebagai permulaan kami sarankan anda memancing di kolam berbayar (air tawar) terlebih dahulu dan spesies yang ingin dipancing adalah ikan patin saiz sederhana (5-10 kg).
Kekili – Terpulang kepada jenama kekili yang korang minat dah bergantung kepada bajet. Saiz kekili atau mesin memadai siri 2000 hingga 5000. Anda boleh pilih kekili untuk air tawar atau air masin namun lazimnya kekili khusus untuk air masin lebih mahal. Jika berkemampuan, elok beli kekili khusus untuk air masin kerana ia juga boleh digunakan untuk pancingan air tawar.
Joran – Sebaiknya dapatkan joran berkekuatan 10-20 lb. Lagi tinggi kekuatannya pun tak mengapa. Lazimnya joran untuk air tawar masih menggunakan sukatan pound (lb) dan joran untuk air masin khususnya jigging menggunakan ukuran PE. Panjang joran pula bergantung kepada selera anda. Namun disarankan saiz yang praktikal ialah 5-7 kaki,
Tali – Anda boleh menggunakan tali sulam atau tangsi namun bagi pancingan kolam air tawar penggunaan tali tangsi adalah lebih praktikal. Jika menggunakan tangsi pastikan ia bersesuai dengan joran. Jika menggunakan joran 10-20 lb maka tangsi yang digunakan sebaiknya jangan lebih daripada 20 lb.
Hai admin… saya masih seorang nubis dalam teknik casting. Baru-baru ini saya ada try casting sebarau. Memang ada nampak kelibat sebarau boiling tapi bila saya baling gewang, sebarau tu langsung tak layan gewang saya tu. Kenapa eh admin?
JAWAPAN:
Ada beberapa kemungkin yang mungkin menyebabkan sebarau tidak mengendahkan gewang yang anda lontarkan tersebut. Pertama, mungkin gewang yang anda gunakan tidak menepati ciri-ciri mangsa semula jadi yang menyebabkan sebarau tidak mengendahkannya.
Atau mungkin sebarau tersebut berstatus juvenil (sebarau kecil), sedangkan gewang yang anda gunakan bersaiz besar. Tentu saja sebarau tersebut tidak ghairah untuk mengejar mangsa yang tidak sepadan dengan saiz dietnya.
Untuk cubaan akan datang, sebaiknya anda cari gewang yang lebih kecil atau hampir menyamai saiz mangsa yang diburu oleh sebarau-sebarau tersebut. Lazimnya gewang yang lebih kecil dan mirip dengan saiz dan bentuk mangsa akan lebih berpeluang disambar pemangsa.
Seperkara lain, aksi renangan gewang yang anda gunakan juga mempengaruhi pemangsa atau sebarau untuk menyambarnya. Dalam menggayakan aksi renangan gewang ini anda perlulah menguasai dengan melakukan latihan yang kerap.
Sebagai nota tambahan, sekiranya gewang yang digunakan tidak dilayan oleh pemangsa, mungkin anda perlu menukarnya kepada sesudu atau spoon. Oleh yang demikian sesudu pelbagai saiz dan bentuk harus ada di dalam kotak pancing anda sekiranya pergi casting.
Kekuatan sebatang joran boleh diketahui daripada label yang dicetak pada joran. Biasanya label ini tertulis pada pangkal joran. Daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit. Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb pada bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb pada pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu pada bahagian hujung terlebih dulu. Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya.
Aksi ‘ultra light’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 6lb. Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...