Pening kepala aku nak pilih lure paling padu untuk buat casting siakap. Lain sifu lain lure yang diorang guna sampai aku tak reti nak beli. Jadi boleh tak admin tolong buat list lure yang best-best sikit.
JAWAPAN:
Sekiranya wujud lure yang betul-betul killer khusus untuk sesuatu spesies ikan, sudah pastinya industri pembuatan lure atau gewang tidak akan berkembang pesat seperti sekarang. Dan mungkin juga ikan siakap akan pupus umpama ditangkap menggunakan racun tuba atau bahan peledak.
Ads
Jikalau memang ada gewang yang betul-betul berkesan untuk siakap sekalipun, admin masih tidak berani untuk melabelnya sebagai killer. Ini kerana sekiranya anda menggunakan gewang tersebut dan kumpau, ia akan menjejaskan reputasi admin pula.
Ads
Walau bagaimana pun admin boleh mencadangkan untuk anda memilih gewang berdasarkan pengalaman dan teori. Saya mencadangkan gewang jenis minnow. Pilihlah gewang minnow jenis deep diver yang berbadan sedikit slim berbanding gewang crank.
Ads
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Atau gewang minnow yang agak panjang melebihi 80mm. Gewang minnow yang agak pipih tetapi panjang ini lebih menyerupai ikan belanak yang merupakan diet utama ikan siakap.
Contoh gewang yang banyak digunakan untuk casting siakap antaranya ialah Rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain lagi.
Dalam pada pemilihan gewang perlu mengikut faktor keadaan dan warna air juga. Selain itu faktor warna gewang dan kesesuaian dengan faktor air perlu diambil kira juga. Kesimpulannya, anda perlulah banyak melakukan ujian lapangan sendiri untuk mencari gewang yang betul-betul killer untuk siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Soalan yang kedengaran mudah tetapi sulit untuk dihurai jawapannya. Memandangkan admin bukanlah pemburu siakap tegar, yang sentiasa memantau pergerakan siakap tanpa mengira musim, sudah tentu admin tidak dapat menyatakan di mana siakap menyorok pada musim tengkujuh.
Namun untuk tidak menghampakan, admin jelaslah serba sedikit berkaitan dengan habitat dan tabiatnya. Dalam keadaan semulajadi ikan siakap lazimnya akan mendiami sungai dan air laut.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya sendiri) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik dan cacing. Kajian juga mendapati bahawa ikan siakap muda akan makan zooplankton (hidupan planton halus dalam air).
Ikan ini merupakan jenis katadromous yang tinggal di sungai dan menyusur sungai dan ke kuala dan lembah takungan banjir bagi proses bertelur. Selalunya pada permulaan musim hujan ikan jantan menyusur ke hilir bagi bertemu ikan betina dan seterusnya akan bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor).
Ikan dewasa lazimnya tidak menjaga telur atau anaknya yang memerlukan air payau untuk terus hidup dan membesar. Ikan ini adalah jenis dikatakan ‘hermaphroditik turutan’ di mana kebanyakan ikan matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan dengan itu kebanyakan ikan siakap besar adalah betina.
Oleh yang demikian, untuk memburu ikan siakap pada musim tengkujuh, mungkin anda perlu menyusur lebih jauh ke kawasan air payau yang menjadi lokasi ia bertelur.
Saya berusia 15 tahun dan suka memancing ikan air masin bersama ayah. Tapi saya nak tahu tentang ikan puyu, ikan puyu suka umpan apa dan cara memancingnya.
JAWAPAN:
Ikan puyu adalah sejenis ikan yang dikategorikan sebagai ikan labirin (labyrinth) ia mempunyai alat tumbuhan yang membenarkannya bernyawa di kawasan air yang mempunyai sedikit oksigen. Disebabkan ini, ikan puyu dapat berada di luar air dengan lama tanpa air.
Ikan puyu dapat bergerak dari satu kolam ke satu kolam yang lain dengan bergerak di atas tanah pada waktu malam atau selepas hujan. Ikan puyu juga dapat hidup dengan menyorok di dalam tanah yang mempunyai kelembapan semasa kemarau di kawasan tanah kering dan akan keluar semula apabila tanah ditenggelami air.
Ikan puyu boleh didapati di kawasan sawah padi, terusan,parit, tasik,kolam dan kawasan paya. Ikan puyu dapat membesar ke 25 cm @ 10 inci dan ikan betina lebih gemuk dan montok dari jantan.
CARA MEMANCINGNYA
Ikan puyu dapat dipancing dengan menggunakan umpan cacing, belalang, ulat pisang dan belalang patung. Semasa saya kecil dahulu saya pernah juga memancing ikan puyu dengan menggunakan telur kerengga dan ada pernah saya dapat dengan menggunakan hati ayam. Untuk memancing ikan puyu kita menggunakan mata kail yang kecil dari saiz 11 atau kurang.
Tali untuk ikan puyu tak perlulah berat sangat mencukupi dengan tali berat 6 lb dan joran ‘ultra light’ kekuatan 4 lb ke 10 lb adalah sesuai sekali. Selain itu, joran jenis teleskopik juga paling sesuai. Untuk memancing ikan puyu saya syorkan pelampung dari jenis “round plastic float” atau “pencil float” dari jenis panjang atau membujur.
Ikan puyu selalunya makan pada dasar mahu pun pada pertengahan air, dari itu sekiranya memancing di dasar maka disyorkan penggunaan batu ladung kepit beberapa biji untuk memberi berat untuk menenggelamkan umpan.
Apa saja peralatan pasti ada tempoh masa kegunaannya. Begitu jugalah alatan pancing. Namun ia masih mampu bertahan lama jika kita tahu mengguna dan menjaganya dengan baik. Bagi penjagaan alatan pancing termasuk alatan terminal amat penting untuk jangka hayat yang panjang.
Secara asasnya, penjagaan perlu dibuat setiap kali selepas anda memancing terutama di kawasan air masin. Pastikan set pancing dibilas dengan air tawar termasuk tali dan cincin rod. Selain itu, pastikan anda membuat servis kekili anda secara berkala iaitu menambah minyak dan gris apabila merasakan kayuhan sudah tidak lancar.
Satu perkara lain yang jarang pemancing teliti ialah kesesuaian padang pancing dengan alatan pancing yang digunakan. Sekiranya kita memancing di laut contohnya, pastikan alatan pancing khusus untuk kegunaan air masin. Tidak kiralah sama ada kekili, joran atau peralatan lain.
Sekiranya kita tidak memancing untuk satu tempoh yang panjang, pastikan barangan pancing yang disimpan itu telah dibersihkan sepenuhnya. Apa saja kekotoran yang melekat pada barangan pancing akan menyebabkan ia terdedah pada kerosakan apatah lagi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...