Apabila membeli sesetengah gewang, kebanyakkannya sudah tersedia mata tiga. Soalan saya, bolehkah saya menukar mata tiga tersebut dengan mata tunggal.
JAWAPAN:
Ads
Secara mudah, untuk mengelakkan dari pelbagai kemusykilan, hampir keseluruhan gewang atau umpan tiruan yang terjual di pasaran sudah siap 100% untuk digunakan. Ia umpama membeli kereta juga. Kereta tersebut sudah boleh dipandu. Namun jika kita ingin menukar tayar atau sport rim, ia terpulang kepada kita tanpa sebarang persoalan.
Begitu juga kalau kita ingin menukar mata tiga pada gewang dengan mata tunggal. Ia tentu saja boleh dilakukan kerana ia bukanlah satu kesalahan. Persoalannya cuma, perlu ke tukar mata tiga tersebut dengan mata tunggal?
Ads
Secara logiknya, ramai mengatakan penggunaan mata tiga meningkatkan peratusan untuk hook-up. Saya tidak menafikannya, namun secara peribadi saya lebih memilih untuk menggunakan mata tunggal.
Antara sebabnya ialah, jika penggunaan mata tiga mempunyai peratus hook-up sebanyak 3 kali, maka peratus untuk tersangkut juga meningkat 3 kali terutama gewang selaman dalam.
Ads
Selain itu, mata tiga juga sering kali terjadi foul-hook di mana keadaan ini akan mencederakan ikan. Seterusnya ketika membuka mata tiga daripada ikan, kemungkinan untuk anda cedera juga agak tinggi berbanding mata tunggal.
Jadi, anda boleh menukar mata gewang anda kepada mata tunggal kerana saya tidak melihat menukar kepada mata tunggal merupakan satu langkah ke belakang. Tapi pastikan juga mata tunggal yang digunakan itu lebih kukuh berbanding mata tiga yang disediakan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat beberapa cara untuk kita menaikkan ikan ke darat atau sampan tanpa menggunakan alat bantuan seperti gancu, tangguk atau lip grip. Namun hanya tiga cara yang dianggap paling selamat. Sebelum itu pastikan anda meletihkan toman terdahulu agar lebih mudah pengendaliannya nanti.
Pertama, anda boleh menyeret ikan tersebut ke darat dengan menggunakan kekuatan tali pancing. Pegang leader dan tarik tanpa perlu mengangkatnya ke atas. Namun cara ini boleh dilakukan di tebing landai saja. Tidak sesuai jika tebing tinggi atau di atas bot.
Cara kedua, apabila toman sudah kelihatan dan berjaya ditarik ke gigi air, anda boleh mencekak jari ke dalam rongga mata toman. Cara ini mungkin berisiko sekiranya toman masih aktif namun ia tidak akan mencederakan ikan.
Cara ketiga dan merupakan paling selamat ialah dengan memegang bahagian bawah perut ikan. Bahagian perut bawah perut ikan merupakan kawasan yang agak sensitif dan boleh membuatkan ikan akan pasif apabila dipegang.
Kesemua caranya ini perlulah dilakukan dengan cermat dan penuh keyakinan kerana sebarang tindakan teragak-agak boleh menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. Ini kerana walaupun kelihatan sudah lemah, toman kadang-kadang boleh bertindak agresif tanpa dijangka.
Saya ingin tahu jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang sesuai dan faktor yang menyebabkan ikatan sering gagal ketika bertarung dengan ikan. Boleh tak admin bagi tip sikit?
JAWAPAN:
Tidak dapat dinafikan bahawa tali pancing adalah penghubung utama antara pemancing dengan ikan. Jika ia putus sama ada pada awal, pertengahan atau lebih perit lagi pada penghujungjalan, tatkala pemancing bertarung, maka kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.
Justeru itu seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang boleh dipelajari dan setiap satu itu boleh dipraktikan untuk menguji tahap ketahanannya.
Caranya cukup mudah kerana di dalam portal UMPAN ini ada disediakan contoh-contoh ikatan tali yang anda boleh pelajari. Layari saja segmen DIY di WWW.UMPAN.COM.MY
Selain itu perlu diketahui juga bahawa simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.
Mohon admin beri info sikit jenis gewang yang sesuai untuk casting dan trolling ikan tapah. Saya dah lama mengidam nak dapat ikan tapah ni.
JAWAPAN:
Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
Walaubagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...