SOALAN:

 

Mohon admin beri info sikit jenis gewang yang sesuai untuk casting dan trolling ikan tapah. Saya dah lama mengidam nak dapat ikan tapah ni.

 

JAWAPAN:

 

Ads

Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Dia Lure Terbaik Untuk Tapah?

 

Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.

Ads

 

Walaubagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Dia Lure Terbaik Untuk Tapah?

Ads

 

Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.

 

Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Dia Lure Terbaik Untuk Tapah?

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI