SOALAN:

 

Saya ada satu persoalan, min. Apa dia beza jika kita guna perambut biasa dengan perambut fluorocarbon?

 

JAWAPAN:

 

Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan adalah perambut (shock leader) yang menghubungkan tali utama (lazimnya tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang disambungkan dengan mata kail.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Perambut Fluorocarbon Dengan Nylon?

 

Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.

 

Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan pincang fungsi. Mata kail akan lurus, joran akan patah atau kekili akan rosak.

 

Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada dua iaitu monofilament nylon atau polymer (tangsi) dan fluorocarbon.

 

Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Perambut Fluorocarbon Dengan Nylon?

 

Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan.

 

Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.

 

Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI