Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging. Kekuatan tali melebihi 20lb dikira terlalu berat untuk menikmati pertarungan yang sebenar.
Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.
Ads
Sekiranya anda memilih tali nylon atau tangsi, pilihlah tali yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.
Ads
Jika anda mengamalkan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.
Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.
Ads
Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Emperor angelfish atau angelfish maharaja ini merupakan ‘maharaja’ dalam genus Pomacanthus dan merupakan spesies ikan hiasan marin. Ikan ini selalunya tertumpu pada kawasan terumbu karang dan berasal dari Lautan Hindi dan Pasifik, dari Laut Merah ke Hawaii dan Kepulauan Australia.
Mandarin fish
Mandarin fish atau mandarin dragonet merupakan ikan yang kecil, berwarna-warni dan berasal dari keluarga dragonet yang amat popular dalam industri ikan hiasan air masin. Mandarin fish berasal dari perairan Pasifik antara selatan Kepulauan Ryukyu, Jepun hingga ke Australia.
Lion Fish
Lion Fish merupakan satu daripada beberapa spesies ikan marin yang berbisa dalam genus Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dan berasal dari famili Scorpaenidae. Ikan ini juga dikenali sebagai Turkey Fish, Scorpion atau Fire Fish. Mereka amat dikenali dengan durinya yang sangat panjang dan terpisah-pisah, dan mempunyai penampilan yang berjalur merah, hijau, hijau laut, coklat, oren, kuning, hitam,jingga atau putih.
Clown Triggerfish
Ikan triggerfish atau nama saintifiknya Balistoides conspicillum merupakan ikan yang berasal daripada order Tetraodontiformes. Ikan ini tertumpu di kawasan terumbu karang dan biasanya ditemui di perairan tropika Indo-Pasifik.
Moorish Idol
Ikan Moorish atau Zanclus cornutus merupakan ikan spesies marin yang kecil dan satu-satunya dari keluarga Zanclidae dalam order Perciformes. Merupakan penghuni tropika dan tertumpu kepada kawasan terumbu karang dan lagun subtropika, ikan ini dikenali kerana populasi meluas di seluruh Indo-Pasifik. Sesetengah butterflyfish hampir menyerupai ikan Moorish ini.
Clownfish
Clownfish atau anemonefish merupakan ikan yang berasal dalam subfamili Amphiprioninae dalam famili Pomacentridae. Lebih kurang 29 spesies telah dikenalpasti, satu dalam genus Premnas dan selebihnya dalam genus Amphiprion. Dalam persekitarannya mereka membentuk simbiosis dengan anemones. Bergantung kepada spesies, clownfish kebanyakannya berwarna kuning, oren, kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan garis-garis putih. Saiz terbesar mencapai 18 cm (7.1 inci) manakala yang terkecil kurang daripada 10 cm.
Ikan pacu adalah ikan asli Amerika Selatan. Wilayah tepatnya tergantung pada jenisnya: parrot pacu (Ossubtus xinguense) ditemukan di Sungai Xingu, Brazil.
Small-scale pacu (Piaractus mesopotamicus) eksklusif untuk lembangan Sungai Paraguay-Parana yang mengalir melalui Paraguay, Brazil dan Argentina. Kadang-kadang disebut Parana River pacu.
Silver mylosomma (Mylossoma duriventre) ditemukan di lembah Sungai Amazon dan Orionco. Ini menempatkan mereka di Venezuela, Columbia, Brazil, dan Equador.
Black pacu (Colossoma macropomum) tersebar di seluruh Equador, Guyana, Bolivia, Brazil, Peru, dan Suriname.
Jangka hayat hidup ikan pacu?
Ikan pacu umumnya hidup sekitar 15-25 tahun, tetapi mereka telah dikenal pasti hidup selama 30 tahun di dalam kurungan. Rekor dunia untuk pacu tertua dipegang oleh black pacu berusia 43 tahun.
Berapa saiz ikan pacu?
Bergantung pada spesiesnya, ikan pacu biasanya berukuran panjang mulai dari 7 – 42 inci. Salah satu spesies terkecil, silver mylossoma (Mylossoma duriventre), memiliki panjang 10 inci. Salah satu spesies terbesar, black pacu (Colossoma macropomum), berukuran sehingga 40 inci.
Berapa berat ikan pacu?
Ikan pacu mampu memiliki berat antara 2 – 97 lb bergantung pada genus dan spesiesnya.
Tangkapan terbesar yang diakui secara spesiesme oleh International Game Fish Association (IGFA) adalah 71 lb. Kerana kita tahu bahawa ikan pacu boleh menjadi lebih besar, hanya faktor waktu sebelum pemancing lain memecahkan rekod tersebut.
Adakah ikan pacu agresif?
Tidak pada kebiasaannya. Terlepas dari kenyataan bahawa mereka dapat membesar seukuran anak kecil, ikan pacu tidak dikenali sebagai spesies yang agresif. Mereka makan terutama pada kekacang dan membesaran, sehingga mereka bukan predator besar, dan mereka tidak memiliki naluri dominan atau teritorial.
Ini bukan untuk mengatakan bahawa ikan pacu tidak boleh menjadi agresif. Mereka akan memakan ikan yang lebih kecil ketika ada kesempatan, dan mereka sebenarnya dianggap spesies invasif di serata dunia kerana cara cepat dan efisien yang dapat mereka ambil alih ekosistem. Ikan pacu bukan piranha, tetapi mereka juga bukan ikan kap.
Bagaimana rupa gigi ikan pacu?
Ikan pacu memiliki dua baris gigi seperti manusia yang tumpul. Mereka mampu menggigit dan mengisar tetapi tidak mengunyah. Tanpa gigi mereka yang unik, ikan pacu tidak akan boleh mengkonsumsi kekacang, biji-bijian, dan buah-buahan yang sangat mereka sukai.
Kacang akan sangat sulit untuk dinikmati. Pacu tidak hanya akan berjuang untuk membukanya, tetapi mereka juga tidak memiliki kemampuan untuk mengisar mereka menjadi sesuatu yang lunak dan enak untuk ditelan.
Ikan pacu memiliki rangkaian gigi yang kuat yang dapat membuka semua jenis kacang dan pelet makanan. Mereka juga dikenal menggigit manusia ketika mereka menjangkakan organ manusia sebagai makanan.
Contoh kejadian, seorang anak kecil digigit ikan pacu di sebuah akuarium di Scotland, tetapi sumber spesiesmi mengatakan bahawa itu bukan tanda agresif. Ikan itu hanya melihat jari-jarinya yang bergerak-gerak sebagai umpan.
Hanya ada satu laporan yang disahkan tentang seorang lelaki yang menerima gigitan pacu. Sebahagian besar reputasi ikan pacu sebagai ‘ball-cutter’ bespesiesal dari laporan sensasi media.
Ikan dengan nama global barramundi merupakan spesies popular di dunia terutamanya di Australia. Malah, perkataan barramundi merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di Queensland yang bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’.
Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya. Barramundi atau siakap merupakan ikan brackish water merupakan ikan yang berupaya hidup di air masin dan air tawar.
Selain nama tersebut, kepelbagaian nama tempatan dalam negara Malaysia iaitu Siakap (Semenanjung), Selunsung (Sabah & Sarawak), bagi kaum Cina menggelar ikan ini Mang chau dan nama tempatan lainnya juga iaitu Ikan kakap putih. Manakala bagi nama saintifik ikan ini adalah Lates calcarifer (Bloch, 1790).
Ikan siakap boleh ditemui muara sungai dan juga mendiami persisiran laut, pantai serta pulau-pulau berhampiran malah ikan ini mampu hidup di tasik buatan manusia dan kolam-kolam ternakan serta boleh dijadikan ikan perhiasan akuarium di dalam rumah pada masa kini.
Klasifikasi saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga: Latidae
Genus: Lates
Spesies: L. calcarifer (Bloch, 1790)
Sinonim:
Holocentrus calcarifer Bloch, 1790
Coius vacti F. Hamilton, 1822
Pseudolates cavifrons Alleyne & W. J. Macleay, 1877
Lates darwiniensis W. J. Macleay, 1878
Barramundi terdiri pengkelasan genus ‘Lates’ iaitu dari 11 pecahan spesis ikan ini iaitu seperti tersenarai di bawah;
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...