Umpun-umpun atau ada yang memanggilnya perumpun merupakan umpan yang sangat mujarab khususnya untuk pancingan di muara atau air payau. Sebagaimana ikan, spesies umpun-umpun turut memiliki pelbagai spesies.

 

1. Umpun Sarung/Sarang

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

 

Umpun sarung merupakan sejenis umpan yang paling popular untuk sukan memancing. Umpun sarung biasanya mendiami kawasan berpaya bakau dan berlumpur. Umpan ini begitu unik sekali kerana ianya tidak seperti umpun-umpun yang lain, di mana ianya bersembunyi di dalam sarangnya yang berwarna hitam.

 

2. Umpun Ruat

IKLAN

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

Dikatakan umpan jenis ini juga hidup di kawasan berbakau yang bertanah keras. Berbeza seperti umpun sarung yang lebih liat, umpun ruat mempunyai badan yang lembut. Oleh itu, ianya amat mudah sekali hancur apabila digetu sang ikan. Namun, umpan jenis ini begitu digemari oleh spesies semilang, belukang, duri dan gelama.

 

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

3. Umpun Pasir

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

IKLAN

Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular. Biasanya, belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan  tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini. Spesies target yang sering terpedaya dengan umpan pasir ini ialah bebolos, gelama dan daun baru.

 

4. Umpun Beting/Merah

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

Umpun beting atau merah kelihatan agak sama dengan umpun ruat. Namun, saiznya lebih kecil dan badannya lebih anjal daripada umpun ruat. Umpun jenis ini begitu mudah di cari terutama di kawasan yang berbeting pasir. Hanya perlu menunggu air surut sepenuhnya, dan cari mata atau tompok berwarna biru kehitaman di beting tersebut dan galilah di kawasan itu.

 

IKLAN

5. Umpun Jangkau

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

Ia biasanya berwarna kuning kemerahan dan ada yang kuning kehitaman dan mempunyai kaki yang banyak. Seperti umpun beting,  ia menjadikan kawasan berbeting pasir sebagai habitat semula jadi nya. Biasanya untuk mencari umpun ini, perlulah menggunakan mata tiga dan gali di sekitar beting pasir. Namun jangan terkejut, spesies umpun jangkau ini begitu digemari oleh pelbagai spesies ikan.

 

6. Umpun Nipah

Info Spesies – Kenali Jenis Umpun-Umpun

Tidak kiralah sungai mahupun laut, umpun nipah sering menjadi pilihan kaki pancing. Umpun nipah dikatakan boleh bertahan begitu lama terutama jika pemancing menyimpannya di tempat yang sesuai. Suatu teknik yang mudah untuk memastikan umpun jenis ini tahan lebih lama ialah dengan menggunakan bahagian dari ekor terlebih dahulu dan akhirnya barulah menggunakan bahagian kepala

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI