Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Ads
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak. Ikan sebarau dua belang adalah spesies endemik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan). Selain ditangkap sebagai sumber protein, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ads
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pegunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Ads
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sotong gurita atau kurita adalah haiwan moluska dari class Cephalopoda (kaki haiwan terletak di kepala), order Octopoda dengan menjadikan terumbu karang di lautan sebagai habitat utama.
Kurita terdiri dari 289 spesies yang mencakupi sepertiga dari jumlah spesies kelas Cephalopoda.
Kurita dalam bahasa global disebut Octopus ( dari bahasa Yunani yang membawa maksud lapan kaki).
Morfologi
Kurita memiliki 8 lengan (bukan tentakel) dengan alat penghisap berupa bulatan-bulatan cengkung pada lengan yang digunakan untuk bergerak di dasar laut dan menangkap mangsa.
Lengan kurita merupakan struktur muscular hydrostat yang hampir seluruhnya terdiri dari lapisan otot tanpa tulang atau tulang rangka luar.
Tidak seperti haiwan Cephalopoda lainnya, sebagian besar kurita dari subordo Incirrata mempunyai tubuh yang terdiri dari otot dan tanpa tulang rangka dalam.
Gurita tidak memiliki cengkerang sebagai pelindung pada bagian luar seperti halnya Nautilus dan tidak memiliki cengkerang dalam atau tulang seperti sotong.
Paruh adalah bahagian terkeras dari tubuh kurita yang digunakan sebagai rahang untuk membunuh mangsa dan menggigitnya menjadi bahagian-bahagian kecil.
Tubuh yang sangat fleksibel memungkinkan gurita untuk menyelipkan diri pada celah batuan yang sangat sempit di dasar laut, terutama sewaktu melarikan diri dari pemangsa seperti belut laut Moray.
Kurita yang kurang dikenal orang dari subordo Cirrata memiliki dua buah sirip dan cengkerang dalam sehingga kemampuan untuk menyelinap ke dalam ruangan sempit menjadi berkurang.
Kurita mempunyai jangka hayat yang relatif singkat dan beberapa spesies hanya hidup selama 6 bulan.
Spesies yang lebih besar seperti kurita raksasa Pasifik Utara yang beratnya mampu mencapai 40kilogram hidup sampai 5 tahun di bawah kondisi lingkungan yang sesuai.
Reproduksi merupakan salah satu sebab kematian, gurita jantan hanya mampu hidup beberapa bulan setelah mengawan dan gurita betina mati mati tidak lama setelah bertelur.
Kematian disebabkan kelalaian kurita untuk makan selama sekitar satu bulan sewaktu menjaga telur-telur yang belum menetas.
Bahagian perut tubuh kurita disebut mantel yang terbuat dari otot dan terlihat seperti kantung.
Kurita memiliki tiga buah jantung yang terdiri dari dua buah jantung untuk mengepam darah ke dua buah insang dan sebuah jantung untuk mengepam darah ke seluruh bagian tubuh.
Darah kurita mengandung protein Hemosianin yang kaya dengan tembaga untuk mengangkut oksigen.
Dibandingkan dengan Hemoglobin yang kaya dengan zat besi, Hemosianin kurang efisien dalam mengangkut oksigen.
Hemosianin larut dalam plasma dan tidak diikat oleh sel darah merah sehingga darah kurita berwarna biru pucat.
Kurita bernapas dengan menyedut air ke dalam rongga mantel melalui kedua buah insang dan disemburkan keluar melalui tabung siphon.
Kurita memiliki insang dengan pembahagian yang sangat halus, berasal dari pertumbuhan tubuh bagian luar atau bagian dalam yang mengalami vaskulerisasi.
Keduduk bulu atau senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar.
Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.
Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan
terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.
Kira-kira 30 spesis dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.
Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.
Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda.
Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
TABURAN DAN PENGAGIHAN
Berasal dari Neotropics Amerika (Mexico ke Paraguay serta Caribbean), ia telah diperkenalkan ke Australia, Asia Selatan dan Afrika Timur juga ke Hawaii pada tahun 1940-an; menjelang 1978 ia telah merebak ke 90,000 ekar (360 km2) tanah di Oahu.
Pada tahun 1972 Keduduk Bulu (Koster’s Curse) buat pertama kalinya ditemui di Pulau Besar (Big Island / Hawaii).
Biologi
Buah beri hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm).
Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembap secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.
Tanin yang terdapat didalam buah ini beracun kepada kambing dan kambing biri-biri. Biji benih dari buah ini boleh bertahan di dalam tanah sehingga 4 tahun.
Faktor Penggunaan buah ini untuk di makan di kalangan manusia masih belum dikaji sepenuhnya.
Tanin dari buah ini tidak merbahaya kepada manusia dan jus sirap yang dihasilkan dari buah ini amat lazat.
Sirapnya mempunyai warna biru indigo yang cantik dan boleh digunakan untuk meningkat dan menghilangkan rasa pahit pada teh.
Nama Epitheton hirta dalam bahasa Latin bermaksud ceding (scrubby – merebak menutupi dan membantut pokok, sayuran dan pokok semak).
Sumpahan Koster / Koster’s curse adalah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di Hawaii kerana keadaan tempat di mana tumbuhan itu tumbuh sebagai rumpai merbahaya.
Koster adalah nama orang yang memperkenalkan tumbuhan keduduk bulu kepada penanam benih kopi di Fiji pada 1880 dan 1886 secara tidak sengaja.
Pada asalnya ia hanya digelar sebagai `yang disumpahkan’ kerana kerosakan yang dilakukan terhadap perladangan kelapa.
Kegunaan:
Daun keduduk bulu boleh digunakan sebagai sabun membasuh pinggan mangkuk.
Daun dihancurkan lalu digosokan pada tempat gigitan lintah atau pacat bagi menghentikan pendarahan.
Khasiat:
Dalam perubatan tradisional Melayu dan asli, keduduk bulu digunakan untuk mengubat penyakit sawan.
Cara atau kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang kemudian ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak tersebut pada setiap pagi sehingga sembuh.
Selain itu ia juga sering digunakan untuk mengubat luka. Caranya, daun dilayukan di atas api dan digentel mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.
Industri ternakan siput sudu di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu.
Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan siput sudu perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Sampel-sampel siput sudu sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan siput sudu dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.
Projek menternak siput sudu dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali siput sudu digantung di bawahnya.
Benih-benih siput sudu semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian siput sudu berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (siput sudu kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...