PARI AIR TAWAR

Nama saintifik: Himantura signifer
Nama umum: White-edge freshwater whipray

 

White-edge freshwater whipray (pari air tawar tepi putih) atau nama saintifiknya Himantura signifier adalah spesies ikan pari yang sukar ditemui dari keluarga Dasyatidae, yang berasal dari empat sistem sungai di Asia Tenggara. Berukuran sehingga 60 cm, pari ini memiliki cakera sirip pectoral melengkung dan ekor sangat panjang, seperti cambuk tanpa lipatan sirip.

 

PUYU

Nama saintifik: Anabas testudineus
Nama umum: Climbing perch / climbing gouramis

 

Ikan Puyu merupakan spesies ikan yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

 

Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Walaupun tidak memiliki sengat tetapi sirip-sirip berduri sangat tajam dan mudah melukai tangan.

IKLAN

 

BAUNG

Nama saintifik: Mystus nemurus
Nama umum: River catfish

 

Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.

 

KELI

IKLAN

Nama saintifik: Clarias sp
Nama umum: Walking catfish, catfish

 

Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.

 

PATIN

Nama saintifik: Pangasius sp.
Nama umum: Shark catfish

 

IKLAN

Patin merupakan ikan tersohor di negeri Pahang. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.

 

LIMBAT

Nama saintifik: Clarias nieuhofii
Nama umum: Slender walking catfish

 

Ikan Keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.

 

Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.

 

Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI