Mata besar, berbentuk comel, serta mampu menukar warna… itulah profil utama Rossia pacifica. Rossia pacifica atau dikenali sebagai stubby squid sebenarnya adalah antara spesies sotong katak dengan ciri fizikal menunjukkan kelainan berbanding kumpulannya yang lain.
Makhluk ini sekali pandang seperti mainan anak kecil yang dilupakan, namun si mata besar ini sebenarnya hidupan marin yang pernah menjadi viral di seluruh dunia beberapa tahun lalu.
Saiz matanya yang besar merupakan antara ciri utama yang menjadi perhatian umum, hinggakan ramai yang mengatakan itu adalah ciri haiwan peliharaan yang disukai.
Ads
Sesuatu yang mengagumkan tentang sotong ialah habitatnya pada kedalaman 300meter hingga 1,300 meter dalam paras laut dan berasal dari Lautan Pasifik Utara.
Kebanyakannya boleh ditemui pada kedalaman purata 300meter dan akan pergi lebih dalam apabila tiba waktu membiak.Ia juga gemar membenamkan tubuhnya dalam pasir jika sedang bersembunyi di dasar lautan.
Saiz dewasa badan haiwan ini hanya berukuran 5 hingga 6 sentimeter panjang, dan saiz sotong betina lebih besar daripada sotong jantan.
Ads
Hidupan yang aktif pada waktu malam ini juga suka berada di lantai laut dan bergerak menggunakan sirip sisinya atau menembakkan air dari rongga tubuhnya.
Apabila diganggu, ia akan mengelirukan musuh dengan memancutkan dakwat hitam lalu melarikan diri.
Jangka hayat haiwan ini hanya bertempoh dua tahun bermula dari waktu di dalam telur dan mati apabila pembiakan dilakukan.
Sotong betina akan bertelur di kawasan tersembunyi seperti di bawah batu dan akan mati selepas bertelur.
Telur-telur ini mempunyai bahagian luaran yang keras sebagai pelindung dan menetas selepas 5 hingga 9 bulan dan mereka akan memakan hidupan lautan dalam yang lebih kecil seperti udang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan senangin dan kurau berasal dari satu keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ianya berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.
Warna ikan-ikan ini berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain kerana faktor kualiti air seperti soal kedalaman air dan struktur habitat. Rasanya juga berbeza mengikut jarak dari sungai ke muara.
Trivia Menarik Tertarik
Senangin adalah spesis yang paling kecil dalam keluarga “Salmon Threadfin” dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Semasa kecil hidup di dalam sungai yang berair payau dan apabila membesar akan berhijrah ke muara. Di Muara Senangin banyak di dapati di kawasan yang berlumpur dan mempunyaai dasar yang mempunyaai longokan kayu atau tempat yang ia dapat berlindung.
Masalah yang sering timbul kepada ikan ini sehingga ia tidak menjadi sepopular keluarganya yang lain ialah keadaan habitatnya yang bermula dari sungai. Di sinilah punca kenapa ikan ini semakin kurang dikenali kerana kebanyakan habitatnya telah punah akibat dari kes meracun, ambai dan sisa buangan toksik dari kilang sebelum ia sempat membesar dan berhijrah ke laut.
Di Australia, senangin dan kurau banyak dipancing sehingga ianya menjadi amat popular sebagai satu sukan memancing.
Senangin boleh dipancing dengan menggunakan umpan perumpun, anak-anak ikan ataupun udang.
Di Sarawak ikan Senangin juga dipanggil dengan nama ikan bulu.
Di Johor, ikan ini juga dipanggill dengan nama senangin janggut terutamanya pada mereka yang tinggal di pertengahan antara sungai dan muara.
Mempunyai sirip yang paling panjang di antara keluarganya.
Saiz badan yang paling kecil dalam keluarga “Threadfin Salmon” tetapi memiliki sirip Janggut yang paling panjang.
Ibu gincu biasanya merujuk kepada spesies ebek bersaiz besar hingga belasan kilogram di mana spesimen ini memiliki bibir mulut berwarna seperti diletakkan gincu. Dari sinilah spesies Indian threadfish ini mendapat gelaran.
Indian threadfish (Alectis indica), juga dikenali sebagai Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish atau plumed trevally, merupakan spesies besar ikan laut dari keluarga jack, Carangidae. Spesies ini tersebar luas di perairan tropika Indo-Pasifik Barat, mulai dari Afrika timur hingga India, Asia, Indonesia, dan Australia.
Ikan dewasa cenderung menghuni perairan pantai di atas terumbu hingga kedalaman 100 meter, sementara juvenil menghuni pelbagai lingkungan termasuk tepian pantai dan muara. Di negara kita ia lebih dikenali sebagai ebek, ebek kapak atau ebek gincu.
Diamond trevally ini mirip dengan dua spesies lain dalam genus Alectis, dengan sedikit cengkungan di profil kepala merupakan ciri pembezaan yang paling jelas. Ini adalah spesies besar, membesar hingga 165 cm dan berat 25kg. Spesies ini adalah karnivor, memakan ikan, sotong dan krustasea.
Ikan diamond trevally ini memiliki struktur tubuh umum ikan Jack besar, dengan bentuk tubuh yang sangat mampat dan kuat. Ciri pengenalan utama spesies ini adalah profil kepalanya, memiliki sedikit cengkungan dekat mata yang membezakannya dari kerabat dekatnya dalam genus Alectis. Profil belakang badan ikan lebih melengkung daripada profil perut.
Bahagian pertama dari sirip dorsal terdiri dari 5 hingga 7 duri yang terlihat, dengan bagian kedua memiliki satu tulang belakang dan 18 atau 19 filamen lembut. Sirip anal memiliki dua duri diikuti oleh tulang belakang tunggal dan 15 atau 16 sinar lembut.
Sirip pektoral memanjang dan melengkung, memanjang melampaui persimpangan bahagian lurus dan melencong dari garis lateral.
Tubuhnya kelihatan tidak bersisik, tetapi pada pemeriksaan lebih dekat memiliki skala kecil yang tertanam dalam. Garis rusuknya sangat melengkung ke depan, dengan bagian 6 sampai 11 bersisik ke arah ekor.
Juvenil memiliki duri sirip anal dan dorsal panjang yang filamen, seperti yang dimiliki oleh Alectis ciliaris.
Warna badan ikan dewasa adalah biru kehijauan keperakan di atas, yang paling gelap di kepala dan perak di bawah.
Operkulum atas memiliki tompokan gelap kecil yang berselerak. Sirip dorsal dan sirip anal yang panjang dan berserabut serta sirip pelvik berwarna biru gelap hingga hitam, sementara yang lainnya hijau pucat. Juvenil memiliki 5 hingga 7 jalur vertikal gelap yang luas melalui tubuh mereka.
Seperti halnya A. ciliaris, sirip yang hadir dari juvenil dianggap menyerupai medusa obur-obur, menyebabkan pemangsa menghindari juvenil.
Ikan ebek kapak adalah ikan komersial yang tidak terlalu penting di seluruh dunia, sering kali merupakan bahagian dari tangkapan perikanan artisanal. Pesisir pantai dan metod hook-and-line adalah metod penangkapan yang dominan. Bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa spesies ini telah lama menjadi sumber daya bagi manusia.
Mereka juga dianggap sebagai ikan buruan berkualiti, meskipun tidak sengaja disasarkan oleh pemancing, dan sering dianggap sebagai tangkapan sampingan.
IGFA all tackle world record untuk spesies ini 16.00kg (35lb 4oz) ditangkap di Bazaruto Island, Mozambique in 2007. Dalam erti kata lainnya, anda masih berpeluang untuk memecah rekod ini.
Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya!
Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut.
Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.
Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa.
Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.
Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari.
Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.
Merupakan spesies kedua terbesar bagi keluarga jerung dan boleh didapati di serata dunia, ianya berkeberatan lebih 19 tan dengan ukuran panjang 40 kaki.
Basking shark sebenarnya menyeramkan kerana rupa luarannya sahaja dan sebenarnya tidak merbahaya.
Basking shark merupakan salah satu daripada 3 spesies jerung ‘pemakan-tapis’ atau filterfeeding. Ikan besar ini hidup dengan memakan invertebrata, ikan kecil dan zooplankton.
Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.
Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.
Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!
Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang.
Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.
Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.
Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!
Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae.
Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain.
Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.
Angler fish atau ikan pemancing ini dinamakan kerana cara mereka memburu mangsa hampir sama dengan pemancing iaitu menggunakan escanya yang bercahaya.
Kedua-dua rahangnya juga mempunyai gigi yang tajam dan panjang, melengkung ke dalam yang mana membenarkan mangsa masuk ke perut namun menghalang mangsa untuk keluar dari mulut.
Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan.
Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!
candiru
Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.
Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...