Habitat utama baji ini sama ada di pantai, sungai dan muara berasaskan selut (muddy).

Sifat semula jadinya menanamkan badan hanya mata timbul di permukaan dasar gemar melakukan serangan hendap dan menyerbu mangsa seperti anak-anak ikan atau krustasea yang lalu di hadapan mulut.

 

Ia tidak akan mengejar mangsa yang terlepas dan berada jauh dari jarak serangan.

Walaupun demikian baji tidak mendiami satu kawasan pada satu-satu masa, ia juga bergerak satu tempat ke satu tempat mengikut perubahan arus dan paras pasang surut

air. Ini bermakna ia mampu meneroka satu-satu kawasan buruan mengikut pergerakan pasang surut air.

 

Baji mempunyai persamaan dengan spesis ikan sebelah dan ikan lidah dari segi sifat, penyamaran dan cara memburu mangsa.

Ads

 

Ikan baji adalah pemangsa dasar (bottom feeding). Ia boleh dikaitkan dengan spesis dasar yang lain seperti bebolos, sebelah dan lidah yang mana hanya tertumpu makanan dasar dan amat jarang menerkam mangsa yang lebih dari sekaki atas dari dasar.

 

Teknik memancing sama seperti mana memancing ikan dasar seperti bebolos. Umpan harus berada di dasar dan mengunakan perambut pendek memberi kelebihan untuk memerangkap ikan ini.

Jika bebolos, penggunaan mata kail halus dipraktikan, sebaliknya untuk baji, mulutnya yang leper mampu membuka luas mata kail kasar bersaiz 1/0, 2/0 tidak menjadi masalah untuk memerangkap ikan pemalas ini.

 

Ads

Mangsa utama baji adalah ikan-ikan kecil yang melintas di hadapan mulutnya. Manakala perumpun, udang dan sotong digunakan secara meluas oleh pemancing di negara ini.

Diet baji sering dikaitkan dengan pergerakan mangsa lalu di hadapannya. Oleh itu menggunakan umpan mati lebih berkesan jika umpan tersebut dihenjut lembut setiap masa untuk mengelirukan baji.

 

Satu cara lagi memancing hanyut. Ramai yang tidak suka teknik menghanyut umpan di dasar kerana keberangkalian sangkut pada reba dan sebagainya amat tinggi di kebanyakan lokasi.

Selain umpan yang disebutkan tadi, satu lagi umpan yang jarang sekali di pratik di negara kita ialah umpan tiruan dari plastik lembut. Cara ini banyak di amalkan secara meluas di Australia.

Ads

 

Walaupun gigi tajam, bentuknya tidak mampu memotong tangsi perambut 20Ib. Baji biasanya menelan mangsa setelah dicengkam rakus.

Kebarangkalian mata kail tertelan di dalam perutnya amat jarang berlaku kerana ia melarikan diri setelah menyambar umpan.

Fenomena mangsa sudah tersangkut hanya disedari setiap kali umpan diperiksa disebabkan ia tidak banyak bergerak setelah meragut umpan.

 

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI