Memang seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan. Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat. Hakikatnya, cara pengendalian ikan amat penting tak kiralah sama ada untuk melepaskan kembali ikan tersebut atau dijadikan lauk.

 

Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan dan sesuai untuk didaratkan. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.

 

Risiko Memegang Ikan Yang Korang Kena Tahu

 

Jika tiada penyauk, gunakanlah lip grip atau pencangkok bibir ikan. Penggunaan lip grip amat bagus jika memancing ikan air tawar bergigi tajam seperti haruan dan toman. Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail, kemalangan juga dapat dikurangkan.

 

IKLAN

Jika pancingan di laut, seeloknya gunalah gancu atau pencangkuk . Apatah lagi jika yang ingin didaratkan itu bersaiz besar, bergigi tajam atau yang bersengat seperti ikan pari.

 

Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkan ikan dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah. Sebaiknya guna bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat.

 

Risiko Memegang Ikan Yang Korang Kena Tahu

 

IKLAN

Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tapi harus diingat, bukan semua ikan boleh dipegang mulutnya seperti siakap atau sebarau. Sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum tunjuk hero.

 

Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah playar atau hook remover. Elakkan dari menanggalkan mata kail dengan menggunakan tangan khususnya mengendalikan ikan bergigi tajam.

 

Risiko Memegang Ikan Yang Korang Kena Tahu

IKLAN

 

Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala, jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulangnya. Jika memegang ikan bersengat, peganglah bahagian kepalanya dengan cara yang betul.

 

Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam, sebaiknya putuskan saja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan.

 

Risiko Memegang Ikan Yang Korang Kena Tahu

 

Jika ingin berpotret bersama ikan, sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI