Tabiat kaki pancing berbeza antara satu sama lain. Ada yang bikin trip mengejut, tanpa sebarang persediaan rapi, cukup hanya dengan set pancing, terus sahaja pergi memancing. Ada juga trip yang dirancang masih lambat, tetapi persiapan rapi dilakukan setengah tahun atau setahun lebih awal.

 

Biasanya trip ini trip memancing agak lama dan tempoh jauh lokasinya seperti memancing di pelantar minyak, luar negara dan juga trekking sungai pergunungan. Membuat persediaan awal, adalah perkara yang baik dan harus sentiasa dipraktikkan, bukan setakat hanya pergi memancing, tetapi juga dalam apa juga perancangan kehidupan seharian.

 

Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah bersistematik dan apa yang penting jika berlaku sebarang musibah atau kesulitan kita sebenarnya telah cukup bersedia menghadapinya.

 

Alatan pancing

 

Lakukanlah persiapan sebaik mungkin. Jika perlu membeli sebarang peralatan baru, lakukanlah lebih awal. Buat tabungan untuk perbelanjaan anda setiap bulan. Sebelum turun memancing periksa set peralatan telah siap. Ingat jangan sesekali mengharapkan kawan anda ada menyediakan perambut, mata kail untuk anda melainkan rakan anda menawarkan barangan mereka sekiranya anda betul-betul tiada atau tertinggal.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Stok Makanan

Perut tidak berisi ibarat mesin yang tidak bermaya. Sebelum turun memancing, senaraikan keperluan makanan dan minuman, dapur, bekas memasak untuk tempoh berapa lama anda turun memancing. Jika berkumpulan, muafakatlah apa yang masing-masing perlu dibawa. Bawalah sedikit makanan di dalam tin seperti sardin sebagai insurans jika tidak berhasil mendapat tangkapan.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Jaket keselamatan

Jika menyewa bot, pastikan bot yang anda bayar itu ada memiliki jaket keselamatan. Jika tidak membebankan dan ingin lebih selesa, boleh bawa jaket keselamatan sendiri. Malang tidak berbau, mana tahu jaket keselamatan yang disediakan sudah uzur atau tidak cukup.

 

IKLAN

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Pakaian

Jika berhasrat memancing lebih 3H 2M, rancanglah bawa pakaian yang sesuai. Bawa pakaian yang ringan, mudah kering dan tidak membebankan beg anda. Bawalah baju lengan panjang, stokin untuk melindungi dari panas, sejuk di waktu malam dan mengelakkan dari gigitan nyamuk dan agas.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Kasut / Topi

Jika memancing di sungai, gunalah kasut yang sesuai, selesa, selamat dan tidak berat. Jangan lupa selitlah juga selipar jepun di dalam beg. Topi juga Item wajib yang perlu ada. Bukan sahaja melindungi kepala dari panas terik matahari. Jika memancing pada musim panas, anda perlulah kerap minum banyak air.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Ubat-ubatan

Jangan sesekali mengabaikan ia. Setidak-tidaknya bawalah kit kecemasan mini ketika memancing. Periksa dulu kit kecemasan sebelum turun. Lengkap atau tidak ‘isinya’ seperti plaster luka, paracetamol, minyak angin, minyak gamat, kapas luka dan sebagainya. Jika berlaku kecemasan, sakit di dalam hutan atau di tengah laut mana nak cari klinik?

IKLAN

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Baju hujan

Cuaca sukar diramal, kecuali musim panas terik. Bawalah set baju hujan ketika memancing. Ada yang mengatakan leceh, tetapi ketika memancing hujan turun lebat, basah kuyup dan angin pula bertiup jangan pula timbul perkataan ‘kenapalah aku tak bawa tadi’.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Tali / Wisel

Tali sekurang-kurangnya 10 meter wajib dibawa. Ia mampu memberi kemudahan yang tidak dijangka, sama ada kegunaan berkhemah atau kecemasan. Wisel walaupun kecil dan boleh dianggap tidak perlu, ia patut ada dalam trip memancing anda. Masa bila ia berguna? Sekiranya bot anda rosak, tersesat, tiuplah ia untuk menarik perhatian orang lain.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

IKLAN

Parang

Ia wajib tersisip di pinggang, terutama kepada mereka yang gemar memancing di sungai di dalam hutan. 1001 kegunaan ada padanya. Setidak-tidaknya seorang ahli grup wajib membawanya.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Lampu

Waktu malam, ia memang berguna. Bawalah apa yang anda rasakan sesuai untuk menerangi kegelapan, sama ada lampu suluh, headlamp, lampu ayam, lampu karbaid.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Coldbox

Jika memancing di laut kedua-duanya item yang diperlukan. Manakala jika memancing di sungai pergunungan, jika berhasrat membawa pulang ikan, bolehlah fikirkan bekas yang sesuai untuk membawa pulang ikan yang disalai atau yang telah digaramkan.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

 

Kenderaan Trip

 

Jika berkereta, sila pastikan kereta dalam keadaan sentiasa sudah di servis, pastikan lain-lain perkara seperti cukup perkakasan spanar, tayar simpanan, tayar simpanan ada angin. Jika menaiki motor meredah ke kawasan sungai dan hutan, pastikan bawa tiub, spanar, plug dan minyak petrol tambahan.

 

Semak Senarai Ini Sebelum Pergi Trip Mancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI