Pelbagai pengalaman tahap kronik atau biasa-biasa saja dialami oleh pemancing semasa misi memancing. Tak kira la mancing kat lokasi mana pun, sungai, kolam, tasik, laut atau tali air. Pasti ada kejadian berlaku.

 

Sesat ketika trekking

Kaki trekking lebih terdedah kepada risiko sesat ni. Kadang-kadang sebab terlalu yakin padahal baru sekali dua masuk hutan. Sebaiknya bawalah guide yang lebih arif jika mahu ke lubuk yang jauh di dalam hutan. Tidaklah nanti dari trip memancing jadi cerita survival pulak.

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

 

Disapa haiwan liar

Perkara ini juga sering dialami oleh kaki trekking. Bila masuk hutan tebal, disapa pulak dengan suara pak  belang atau campsite diterjah oleh gajah yang bersiar-siar. Kecut perut jugak sampai boleh kacau mood nak memancing.

IKLAN

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

 

Kejadian mistik

Mengalami perkara mistik Kerap kali kedengaran cerita kaki pancing disakat hantu atau mengalami perkara-perkara mistik terutama di lubuk-lubuk pancing yang agak terpencil. Mana-mana kaki pancing yang pernah disampuk tu alamat sebulan jugalah bercuti MC daripada memancing.

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

IKLAN

 

Berkenalan dengan pacat

Kaki trekking memang sinonim dengan pacat ni. Sekali masuk hutan terutama ketika musim hujan memang tak sah kalau tiada pacat yang datang menumpang dicelah-celah jari. Apalah sangat kan, tak perlu sediakan air teh pun kalau pacat ni datang ziarah, pandai-pandai dialah cari sendiri darah di celah-celah jari kaki buat pelepas dahaga.

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

 

IKLAN

Disakat geng kaki bom, kaki tuba dan kaki jaring

Kau dah penat trekking 8 jam bawak makanan dan umpan ke lubuk power yang memakan kos beratus ringgit. Bila sampai je, tengok dah ada geng lain tengah riang menjaring atau tengah mengebom ikan. Fuhh panas beb, panas. Dia punya panas sampai kau terbayang lubuk ni jadi Pearl Harbour kejap lagi ni.

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

 

Terpancing sesuatu selain ikan

Terpancing sesuatu selain ikan ni kadang-kadang kelakar bila anda naikkan biawak, labi-labi atau haiwan lain. Namun situasi ini akan jadi kurang kelakar bila anda dah lama kumpau, lepastu bila strike ikan, yang dinaikkan ialah baju dalam, selipar dan sampah sarap. Itulah siapa suruh simpan tabiat buang sampah ke dalam sungai.

 

Risiko Dan Cabaran Menjadi Kaki Pancing Tegar

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI