Jika orang Jepun terkenal dengan shasimi, orang kita pun ada menu sendiri untuk menikmati ikan segar tanpa perlu dimasak di atas api. Umai namanya.
Umai sememangnya terkenal di Sarawak. Admin berpeluang menikmati umai ikan aya sirip kuning ketika memancing di Lucornia.
Memandangkan umai ini disediakan oleh awak-awak berbangsa Filipina maka ia dinamakan umai ala Filipina.
Bahan-Bahan:
Sekeping aya sirip kuning segar
5 biji limau nipis
1 biji bawang besar
1 batang timun
1 ketul halia
5 ketul cili api
Cuka masakan
Gula
Cara penyediaan:
Ads
Langkah 1
Potong dan cuci ikan dengan bersih. Kemudian ambil sebahagian dari isinya dan dipotong kecil berbentuk kiub. Masukkan isi ikan ke dalam mangkuk atau pinggan.
Langkah 2
Kupas dan potong bawang besar berbentuk kiub juga.
Langkah 3
Ads
Belah kesemua limau nipis dan perah ke atas kiub ikan tadi.
Langkah 4
Hiris kasar kesemua cili api dan taburkan ke atas ikan.
Langkah 5
Kupas sebatang timun dan potong mengikut kemahuan anda. Kemudian campurkan ke dalam pinggan berisi ikan tadi.
Ads
Langkah 6
Kupas pula seketul halia dan potong kecil-kecil seperti bentuk kiub. Lagi bagus jika menggunakan halia muda.
Langkah 7
Taburkan lebih kurang satu sudu besar gula pasir ke atas bahan-bahan tadi.
Langkah 8
Curahkan cuka ke atas kesemua bahan. Jumlah cuka bergantung kepada jumlah ikan yang digunakan.
Langkah 9
Gaul kesemua bahan. Jika jumlah perahan limau dan cuka mencukupi, warna isi ikan akan bertukar menjadi putih cerah menandakan ia telah `masak’.
Untuk kenikmatan yang padu, terus saja menikmatinya sebaik saja ia siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk memburu kelah atau tengas haruslah masuk jauh ke hulu hutan sungai pergunungan dan haruslah berbekal sedikit ilmu bagi berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini. Malah apa saja yang melibatkan pancingan di hutan sungai pergunungan korang bakal bertemu dengan binatang buas dan ini ada sedikit petua dan tip untuk diamalkan.
Petua bertemu harimau
Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang. Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar. Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Petua bertemu ular tedung
Kalau terserempak dengan ular tedung, jangan buat gerakan mengejut. Kakukan diri dan mengundur secara perlahan-lahan. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu (jika berani) cuba acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur.
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu. Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu. Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi. Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.
Petua bertemu lumut tahi kera
Kalau kita berjalan pada waktu malam, terutama dalam hutan tebal berdekatan dengan air terjun atau sungai, kita akan nampak ada objek bercahaya warna hijau fluorescent. Objek yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera. Pada waktu singa tak nampak apa-apa tapi bila waktu malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan. Lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau manusia). Bagusnya, kalau sesat waktu malam… ikut je laluan ni, InsyaAllah tak langgar pokok.
Fenomena teknik jigging di kalangan kaki pancing Malaysia memang dilihat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Ramai yang sebelum ini lebih ke arah bottom dan casting mula berubah minat. Tak kiralah dari micro jigging ke fast jigging, mahupun slow-pitch jigging, semuanya ada kelompok peminat yang tertentu.
Pun begitu, ramai kaki pancing lain mula mengatakan yang geng-geng jigger ini sudah besar kepala. Huh?
Benarkah begitu? Besar kepala yang bagaimana?
Umum tahu yang untuk teknik jigging ini setnya boleh dikatakan belum tahap mampu milik di kalangan kaki pancing.
Slow pitch jigging umumnya, untuk set rod dan reel yang bagus sahaja sudah menelan belanja ribuan ringgit.
Ini belum lagi cerita bab jignya yang seketul sahaja ada yang mencapai harga hampir RM100 malah ada yang lebih dari itu. Itu hanya cerita bahagian kelengkapan.
Belum lagi ditolak tambah dengan sewa bot dan tekong. Semuanya memang menelan belanja yang besar.
Entah bagaimana muncul cerita baru-baru ini apabila ada yang mengatakan geng-geng jigger Malaysia sudah mula bersikap berlagak dengan kaki pancing lain.
Kononnya, bila dah pakai set ribu-riban, dah tak pandang dah teknik-teknik lain seperti bottom dan casting.
Malah ada juga yang merasakan diri mereka hebat bila terjun dalam bidang jigging ini dan mula memperlekehkan teknik-teknik pancingan lain.
Lebih teruk lagi, ada di kalangan jigger yang sudah mula menjauhkan diri dengan rakan-rakan bila terjerumus dengan teknik ini.
Mereka hanya bergaul dengan geng-geng jigger sahaja yang mempunyai kelengkapan mahal dan yang mampu sembang kencang tentang pengalaman mereka menarik ikan gred A dan sebagainya.
Persoalannya, benarkah begitu? Jika benarlah wujud golongan sebegini, itu benar-benar menunjukkan mentaliti kita sebagai kaki pancing masih di tahap rendah.
Belum tentu bila anda mempunyai set pancing beribu-ribu dan pengalaman mendaratkan pelbagai jenis ikan menunjukkan diri anda benar-benar hebat.
Apalah salahnya kita berkawan dengan semua dan kongsi pengalaman bersama-sama tidak kiralah menggunakan teknik pancingan apa sekalipun.
Benar, memang teknik jigging kini menjadi trend, tapi siapa tahu dua, tiga tahun akan datang mungkin teknik lain pula menjadi fenomena.
Jadi janganlah disebabkan mengikut trend anda sanggup memperlekehkan teknik pancingan yang sedia ada. Ingat setiap teknik ada tarikannya yang tersendiri.
Buat geng-geng jigger yang masih mengamalkan sikap merendah diri, penulis memang salute kepada anda.
Teruskanlah dengan nilai-nilai positif itu dan berikanlah galakan berterusan kepada kaki pancing yang lain untuk terus berjaya.
Diharapkan lebih ramai mengamalkan sikap rendah diri sebegini daripada jalan mendada dan tunjuk act yang entah apa-apa.
Apa yang ditulis oleh penulis ini tidak langsung berniat untuk menjatuhkan geng-geng jigger, tapi hanyalah untuk memberi kesedaran kepada sesetengah daripada mereka yang mungkin tanpa sedar bersikap sebegini.
Jika ia menyinggung hati mana-mana pihak, penulis memohon ampun dan maaf. Jadi, untuk bersikap adil, jom kita lihat pula apa yang dicoretkan oleh rakan-rakan kita dalam ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.
Encik Lee
“Sejak bercimpung dalam arena jigging ni, tak pernah lagi jumpa rakan-rakan yang memperlekehkan pemancing dari teknik casting or bottom.
Bagi diri saya sendiri la, bila da terjebak dengan jigging ni memang jarang bermain bottom.
Sebabnye jadi gian nak ngenjut jig, nak-nak bila dah pernah strike ikan saiz mega, lagi la gian.
Tapi kene ingat, kita sebagai pemancing jangan sesekali memperlekehkan pemancing lain sebabnye kite kene tahu asal usul kita mula memancing.”
Tam Koscielny
“Saya akui memang ada jigger yang macam tu disebabkan kelas yang tersendiri. Tapi ada juga jigger yang tak macam tu.
Orang cakap talian hayat masih diperlukan sekiranya ikan malu-malu nak hentam jig. Terpulang pada individu.
Cuma jangan la kita mengutuk kawan-kawan yang membottom. Cukup sekadar gurauan. Ingat, jigger pon bermula dari bottom.”
Kemrol Yusop
“Tak kira apa teknik sekalipun, kalo mata kail dah msuk air dan kena”SENTAP”… lupa ngantuk ke, letih ke, mabuk laut ke dan masa nie NIKMAT memancing dirasai.
Nak guna alatan mahal2 tu lain kira…. Ada rasa sengsara menaikkan ikan tapi kepuasannya takkan lupa.
Besar kepala tak ada dalam kamus pemancing…. RAMAI KENALAN jauh dekat,u tak kenal I, i tak kenal u.. Tapi aktiviti ngail bole kenalkan kita ramai kawan… Kenal lubuk kenal ikan… kan gitu?”
Helmi Proton
“Memancing ni ibarat kita nak melihat alam ghaib .Kita tak nampak tapi kita percaya adanya kewujudannya.
Sama dengan memancing kita tak nampak apa hasil yang bakal kita dapat tapi kita percaya dengan teknik yang betul, umpan yang betul ,masa yang sesuai Insyallah dapat
ikan tak kiralah sama ada membottom, jigging, casting ker nawaitu pemancing tetap sama iaitu nak dapatkan strike.
Oleh itu tiada dalam kamus pemancing jigging lebih stardard dari membottom kerana rezeki atas yang bagi.
Kekadang sampai nak patah pinggang jigging habuk pun tak der walhal kat dalam sonar bersusun susun ikan di dalam air.
Cuma tidak dinafikan ler ada segelintir kecil dari mereka yang merasakan diri mereka hebat dan martabat mereka tinggi.
Bagi kawan, itu tak menjadik kudis pun dalam industri memancing ni kerana ikan dalam air tak kenal jenama, otai dan sebagainya.
Ada masa kita berhasil ada masa kita membangau dan ada masa kita kumpau. Lumrah pemancing.”
Wan Hafez
“Bulan 11 saya jigger, bulan 12 saya bottom, bulan 1 puyu ja, bulan 2 saya caster, sama ja… Sepanjang bulan tu ada kawan-kawan nak try jadi jigger, saya terpaksa besar kepala cakap tak yah join, elok mancing biasa-biasa je.
Bukan apa, sebab saya tau ekonomi mereka macam mana. A-Z nak setup semua pakai modal besar. Jangan kecam saya…”
Rafiqlutfi B Rahman
“Makin ramai bergaul dengan kaki pancing, makin banyak teknik yang kita dapat… Jolokan jigger yang besar kepala nie mungkin cara mereka bercerita hasil strike membuatkan kaki pancing yang lain tak senang.
Tetapi bagi saya, teknik jigging memang susah dan memerlukan stamina. Dalam masa yang sama kita perlu hormat teknik pancingan yang lain.”
Setiap malam Jumaat, saya dan kawan-kawan selalunya lepak kat kedai kopi. Kami lepak di kedai Mat Ali berdekatan simpang kampung saya sambil pekena teh tarik lemak manis.
Di sini kami akan berkongsi cerita. Dan menjadi kebiasaan, topik utama yang kami kongsi pastinya tentang ikan dan lubuk-lubuk ikan.
Rata-rata di antara kami semua adalah kaki pancing tegar. Di mana ada lubuk, di situlah kami akan terokai.
Pada satu malam minggu, sedang kami asyik berborak tentang lubuk-lubuk yang telah kami teroka, datang seorang pak cik dalam lingkungan umur 50-an menyapa kami.
“Kamu semua ni dah teroka semua lubuk ikan kat Malaysia ni ke?,” Sapa pakcik tersebut sambil tersenyum.
Saya pun menyapa balik pak cik itu, “Takdelah pak cik, kita orang teroka lubuk yang pernah orang pergi sahaja, itu pun kalau ada orang yang cerita tentang lubuk tersebut.” Pakcik itu pun tersenyum sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah saya.
Selepas itu, kami berborak panjang dengan pakcik itu. Di memperkenalkan namanya Jais, Pak Jais.
Mulai saat itu, Pak Jais mula menceritakan pengalaman-pengalaman tentang ikan dan lubuk-lubuk yang pernah diterokai. Kami semakin teruja untuk mendengarnya.
Pada masa itulah, Pak Jais menawarkan kepada kami satu lubuk yang jarang-jarang dikunjungi orang.
Cerita Pak Jais lagi, di situ terdapat pelbagai jenis ikan dan berat ikan tidak kurang dari 1 kg. Dia pernah menaikkan seekor ikan sebarau seberat 3kg di situ dan pelbagai jenis lagi ikan yang puratanya 2-5 kg.
Dan lubuk itu dinamakan lubuk rusa. Asal usul nama lubuk itu tidak pula diceritakan kepada kami. Ia terletak di hulu Sungai Paka.
Lokasinya tidaklah jauh dari kampung kami. Kami semakin teruja dan berhasrat untuk mengunjungi lubuk tersebut.
Keesokan harinya, Hafiz, Nasir dan Saufi datang ke rumah. Mereka mengajak saya untuk ke lubuk rusa itu.
Selepas berbincang, kami sepakat untuk ke sana selepas Zuhur dengan menggunakan 2 buah motosikal.
Kami menuju ke lubuk rusa berpandukan arah yang diberitahu oleh pak jais malam tadi. Walaupun salah seorang daripada kami tidak pernah sampai ke situ, jalan yang diberitahu
oleh Pak Jais tidaklah susah sangat. Jalannya pun tidak lah teruk dan bahaya kerana ia melalui jalan ladang kelapa sawit sahaja.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di lokasi yang dihajatkan. Masing-masing tersenyum lebar kerana lubuk yang kami dengar dari mulut Pak Jais sudah berada di depan mata.
Air sungai jernih menghijau. Pokok-pokok rendang tunduk mencecah permukaan air. Di situ terlihat juga anak sungai kecil yang menuruni lereng bukit dan batu besar sebelum memasuki sungai di hadapan kami. Lubuk sebeginilah yang menjadi kegilaan kaki casting.
Belum sempat saya membetulkan joran dan memasang umpan, satu kelibat ikan sebarau menyambar anak ikan sudah kelihatan.
Saiznya agak kasar, mungkin 2kg ke atas. Apa lagi, masing-masing menguji kepakaran masing-masing.
Beberapa minit selepas itu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Saya dan Hafiz ke kawasan berbatu. Manakala Saufi dan Nasir menuju ke kawasan berpasir.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun nampak kelibat ikan sebarau mengejar anak ikan, tetapi seekor ikan pun belum kami perolehi.
Tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi hitam. Angin bertiup kencang sehingga ada pokok mai tumbang berhampiran kami.
Saya berasa risau dan mengajak Hafiz, Nasir dan Saufi segera pulang. Kami bergegas menuju ke arah motosikal.
Belum sempat kami menghidupkan motosikal, tiba-tiba nasir menyebut kalimah Allah dengan kuat sambil menuding jari ke atas.
Alangkah terkejutnya saya, apabila mendongak ke langit. Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar berada di hadapan kami.
Matanya yang besar, kelihatan merah menyala. Rambutnya pula panjang menegak hingga mencecah pucuk pokok yang tinggi.
Tiada tangan dan kaki, hanya bertubuh besar, tinggi dan berwarna hitam. Makhluk tersebut tidak berkelip sambil menganga menampakkan taring.
Kami terdiam sambil memandang sesama sendiri. Tubuh saya waktu itu menggigil dan terasa sejuk seperti berada di dalam peti ais.
Mujurlah rakan saya, Saufi adalah anak kepada seorang ustaz. Dia melaungkan azan sambil membawa ayat Kursi dengan kuat.
Serta-merta lembaga hitam berkenaan hilang dan cuaca berubah cerah. Saufi menyeru kami beristighfar dan beredar dari kawasan itu dengan segera.
Mujurlah kami tidak diapa-apakan oleh lembaga hitam berkenaan. Kami selamat sampai ke kampung lewat maghrib.
Sepanjang perjalanan, kami tidak bergurau seperti biasa kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.
Malam keesokan harinya, kami duduk bersembang di kedai Mat Ali. Cuma Nasir tidak dapat join kerana demam dan masih terkejut. Waktu itu Pak Jais datang menghampiri kami.
Dia bertanyakan tentang lubuk yang kami pergi dan kami menceritakan apa yang telah kaki lalui kepadanya.
Kami hanya memandang sesama sendiri dan saya berkata kepadanya “kenapa tempat tu keras sangat Pak Jais?”
Pak Jais tersenyum dan memberitahu lubuk rusa itu memang keras dan berpenunggu. Dia terlupa memberitahu kepada kami perkara sebenar dan pantang larang tempat tersebut.
Di situ sebenarnya ada pantang larang. Tidak tahulah ia perkara benar atau tidak. Sesungguhnya peristiwa berkenaan akan saya ingat sampai bila-bila.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...