Ikan siakap bersaiz sederhana atau table size, memang sedap dijadikan hidangan. Masak apa sahaja, jika kena dengan masakan, pasti sedap, walaupun ada sesetengah kaki pancing tidak menyukainya untuk hidangan (hanya seronok memancingnya sahaja).
Bahan Keperluan:
Ads
1 ekor ikan siakap
3 sudu makan stok sup
BAHAN 1:
Ads
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
10 gm daun ketumbar dicincang halus
BAHAN 2:
Ads
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA MEMBUATNYA
Kukus ikan selama 10 minit. Ketepikan.
Untuk sosnya, sediakan periuk dan masak stok sup.
Masukkan semua bahan (1) dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan bahan (2) dan perasakan hingga cukup rasanya.
Biarkan seketika dan tuangkan ke atas ikan yang siap dikukus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekurang-kurangnya sebulan dua kali aku dan teman sekomplot akan pergi ke mana-mana lubuk untuk memancing sama ada dengan teknik mengilat atau pancingan dasar. Akan tetapi pada suatu cuti minggu, aku tidak dapat beraksi kerana jemputan ke majlis kenduri kahwin rakan ketika sama-sama menuntut di universiti dulu.
Sambil aku dan isteri menikmati nasi minyak pengantin, aku dikejutkan dengan paluan kompang. Rupa-rupanya pengantin sampai awal daripada yang dijangkakan. Jam baru menunjukkan pukul 1.00 petang. Dalam hati terdetik ‘masih awal, ada peluang nak mancing petang ni’. Setelah menghabiskan makanan, aku dan isteri pulang ke rumah.
Setiba di rumah, aku terus capai telefon bimbit dan menelefon Nizam. Rupanya NNizam sedang membangau di kolam. Sasaran beliau ialah rohu tetapi tidak seekor pun yang strike. Dah hampir tiga jam katanya.
Racun punya racun, NNizam akur dengan pelawaan untuk terjah port haruan sekitar tali air di Batang Berjuntai. Tapi beliau perlu ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil set casting.
Dari rumahnya ke rumahku hanya mengambil masa 20 hingga ke 30 minit perjalanan. Oleh kerana beliau tidak biasa ke rumah aku kerana kami selalu berjumpa di port-port memancing atau di luar untuk mengeteh, beliau telah sesat hampir sejam lebih.
Setibanya Nizam di perkarangan rumah, kami mengambil keputusan untuk naik satu kereta iaitu kereta aku. Dari rumah aku ke port yang dituju mengambil masa lebih kurang satu jam. Makin hampir dengan lokasi tersebut, tiba-tiba aku teringat dengan kisah-kisah yang pernah diceritakan sebelum ini.
Di situ agak keras tempatnya. Pernah satu masa kawan-kawan lama aku memancing pergi ke sana, tiba-tiba seorang dari mereka hilang. Hampir 40 minit mencari, akhirnya dapat panggilan telefon bahawa orang yang mereka cari telah pulang ke rumah.
Bila ditanya mengapa pulang senyap-senyap, dia memberitahu tidak mahu membantutkan rakan yang lain sedang memancing kerana kelibat bola api yang dilihatnya.
Aku sendiri pun pernah mendengar cerita yang sama dan dipesan untuk lebih berhati-hati jika ke situ. Ketika itu aku menunggu rakan bersiap di rumah bujangnya. Sambil menunggu, aku berborak dengan orang yang sama-sama menyewa dan serumah dengan kawanku itu.
Bila mana aku sebut sahaja nak memancing di situ, beliau terus pesan untuk memberi salam dan membaca selawat ketika ingin masuk ke kampung tersebut. Keras katanya. Sebenarnya, aku telah ke tempat tersebut dalam tiga empat kali.
Oleh kerana selamat pergi dan pulang tanpa sebarang cerita, aku tetap ingin ke sana. Walaupun pernah membangau dan hasil tidak memberangsangkan, tetapi port yang boleh didefinisikan sebagai menarik untuk casting menarik minat aku untuk pergi lagi ke sana.
Lokasi semakin hampir, aku sempat berpesan kepada Nizam supaya memberi salam dan baca-bacalah apa yang beliau tahu. Aku sendiri pun lakukan perkara yang sama. Sempat juga aku menceritakan apa yang didengar sebelum ini kepada NNizam. Tapi kami tidaklah rasa apa-apa kerana tengah gigil nak melempar gewang. Untung-untung ada strike.
Separuh jalan memasuki kampung tersebut, aku terlihat beberapa payung pasar malam baru nak dipasang. Disebabkan laluan masih muat untuk kereta lalui, aku meredah sahaja pasar malam yang baru di set-up tersebut.
Agak segan kerana menaiki kereta di tapak pasar malam, aku tidak memandang ke kiri dan kanan, hanya menumpukan perhatian ke depan dan sesekali mengelak payung-payung peniaga yang baru dipasang. Sebenarnya aku tidak pernah sampai ke sini sebelah petang. Selalunya aku akan datang awal pagi dan pulang sebelum Zuhur.
Disebabkan komplot hari ini tidak dirancang, aku sampai agak lewat ke destinasi. Jam 6 petang barulah kami membuat balingan yang pertama.
Tiada sebarang sambaran menyebabkan kami leka. Jam telah menunjukkan pukul 7.15 minit malam. Walaupun hari masih belum gelap sepenuhnya tetapi kami fikir eloklah berhenti dahulu dan pulang ke rumah.
Masuk sahaja kereta, aku menyatakan hasrat kepada Nizam untuk mengikut jalan yang lain kerana terfikir mengenai pasar malam yang kami nampak ketika datang tadi.
Nizam bersetuju, kami melalui separuh jalan seperti ketika datang tadi sehingga nampak kelibat pasar malam dari jauh, kami belok di satu simpang dengan tujuan untuk memintas pasar malam tersebut dan tembus ke jalan depan.
Biasalah kawasan kampung, banyak simpang tetapi kebanyakan dari jalan tersebut bersambung antara satu sama lain. Aku tidak pernah melalui jalan selain jalan yang aku lalui untuk datang tadi maka aku main agak sahaja dengan harapan laluan tersebut betul.
Apabila aku masuk ke simpang yang dirasakan telah lepas dari pasar malam, aku memintas masuk ke lorong yang sama semula, ternyata betul. Dari cermin pandang belakang aku masih nampak kelibat pasar malam dan meneruskan perjalanan seperti biasa.
Sedang asyik menekan minyak, aku rasa seperti ada yang tidak kena. Jalan yang aku lalu tidak seperti yang aku tempuh ketika datang tadi. Nizam mengeluarkan telefon bimbit androidnya dan membuka GPS. Ternyata jalan exit ke highway telah terlalu jauh.
Aku kini berada di tengah-tengah jalan lama yang menghubungkan apa dan ke mana, aku sendiri tidak tahu. Kiri dan kanan hanya pokok dan hutan.
Kami menyedari azan maghrib berkumandang di satu surau kecil ketika ingin keluar tadi, kami berhasrat untuk berhenti solat di mana-mana lokasi ketika dalam perjalanan pulang nanti maka kami tidak terus berhenti di surau tersebut.
Tetapi kini suara azan isyak telah pun berkumandang di radio. Dalam tidak sedar, telah hampir sejam kami sesat. Sementara itu, koordinat GPS tetap tidak dapat mengesan di mana lokasi kami. Nekad untuk berpatah balik walaupun tahu pasti akan mengambil masa dua kali ganda untuk bertemu jalan masuk, sempat aku berseloroh,
“Kita cari balik pasar malam tu, ini semua salah pasar malam tu!”.
Nizam yang tadinya ligat mencari jalan dan sesekali berbual hal memancing kini senyap. Mungkin keletihan agaknya. Mujur setelah berpatah balik mengikut jejak dan laluan yang ingat-ingat lupa, kami berjaya bertemu dengan kawasan berhampiran pasar malam tersebut.
Tetapi yang menghairankan, tiada langsung tanda-tanda ada pasar malam di situ. Takpelah, mungkin dah habis, fikir saya dalam hati.
Kali ini lebih mudah kerana aku tidak perlu menyusur jalan lain. Sebelum keluar dari kampung ke jalan besar, aku sempat berhenti dan bertanya kepada seorang pakcik yang kebetulan berjalan kaki di laluan bertentangan.
“Pak cik, mana pasar malam dekat situ?” pakcik itu kehairanan dan menjawab,
“Takde pasar malam dekat situ, lagipun mana ada perumahan dekat sini, siapa yang nak datang kalau ada pasar malam.”
Baki perjalanan yang ada, aku dan Nizam hanya diam seribu bahasa. Tidak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut masing-masing. Walaupun telah tiba di rumah, Nizam hanya mengambil dan memindahkan set beliau ke dalam keretanya dan terus berlalu.
Sempat aku menegur beliau sebelum masuk ke rumah, “Jumpa lagi Zam!” Tetapi tidak diendahkan oleh Nizam sebaliknya Nizam terus memecut laju pulang ke rumah.
Malam itu sebelum tidur, aku terima Whatsapp dari Nizam, cukup singkat, “penat…” katanya. Lega sedikit rasa di hati.
Tiba-tiba aku teringat, walaupun aku menempuh kawasan pasar malam tadi, sebenarnya tidak ada langsung pun kelibat seorang manusia di situ melainkan aku dan Nizam sahaja yang berada di dalam kereta.
Tiada penjual mahupun pembeli, hanya payung besar yang berwarna-warni dan meja jualan serta sedikit sayuran segar yang berlonggok. Sehingga kini, kejadian pelik itu masih terpahat di memoriku.
Ikan merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 amat bagus untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko strok dan kegagalan fungsi hati. Menurut Mayo Clinic, omega-3 juga sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak.
Selain kepentingan nutrisi di atas ke atas kesihatan, kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu menyelamatkan daya penglihatan, mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko rheumatoid arthritis.
Tanyalah kepada pemancing di luar sana, merasai tentangan ikan di hujung tali pancing cukup untuk membuang segala tekanan dan keserabutan dalam kepala. Menurut Frank Peterson, presiden dan CEO kepada Recreational Boating and Fishing Foundation, “Memancing merupakan satu aktiviti yang mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa keseronokan”.
Menurut data Recreational Boating and Fishing Foundation dan Outdoor Foundation, 9% warga Amerika berkira-kira untuk mencuba sukan memancing di mana 38% daripada jumlah itu berminat oleh kerana mahu mengurangkan tekanan atau stress sama ada tekanan daripada segi mental atau fizikal.
Kombinasi melakukan aktiviti yang santai dan senaman ringkas juga membantu kepada mereka yang mengalami PTSD (post traumatic stress disorder). Satu kajian pada tahun 2009 menunjukkan aktiviti memancing dapat mengurangkan simptom PTSD dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami kecelaruan.
Selepas tiga hari melakukan aktiviti flyfishing, laporan menunjukkan pengurangan sebanyak 32% rasa bersalah dan 43% rasa kemarahan. Perasaan takut juga menurun sebanyak 30% dan 36% perasaan kesedihan menurun. Kesan positif ini kekal sehingga lebih sebulan selepas mereka menjalani terapi memancing ini.
Penyakit jantung disebabkan oleh ketidakmampuan jantung dalam mengepam darah ke seluruh tubuh.
Akibatnya, aliran darah akan terhenti dan terhenti juga seluruh sistem organ dalam tubuh manusia. Untuk mencegahnya, banyakkanlah pengambilan ikan kakap.
Ikan kakap mampu membantu menguatkan jantung untuk mengepam darah keseluruh tubuh.
Hipertensi terjadi disebabkan tekanan darah meningkat berpunca dari aliran darah tidak lancar. Selain dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air, hipertensi dapat diatasi dengan pengambilan ikan kakap.
Secara umum, ikan kakap mampu melancarkan peredaran darah. Daging ikan kakap dipercayai mampu melancarkan sistem peredaran darah, menurunkan tekanan darah sehingga aliran darah stabil.
Ikan kakap dapat mencegah stroke dengan menghidupkan kembali sistem saraf. Ikan kakap dapat mengaktifkan saraf motorik yang gagal dengan membantu melancarkan peredaran darah.
Ini kerana stroke berhubung kait dengan kegagalan saraf dan peredaran darah yang kurang lancar.
Mengubati batu karang di dalam buah pingang tidak hanya dapa dilakukan dengan pembedahan. Ia boleh dibantu dengan mengganti pola makanan.
Menggantikan pengambilan daging kepada kepada ikan kakap dapat mengatasi masalah ini. Kandungan dalam ikan kakap mampu menghancurkan batu karang yang akhirnya akan keluar bersama urin.
Kandungan lain dalam ikan kakap mampu menurunkan kadar lemak berlebih pada tubuh. Lemak dalam tubuh akan dihancurkan oleh kandungan zat dalam ikan kakap.
Untuk menurunkan berat badan disarankan juga menggantikan pengambilan daging dengan ikan kakap.
Ikan kakap memiliki kandungan mineral kalium yang cukup tinggi, dan dapat memenuhi keperluan kalium harian tubuh.
Kalium merupakan sejenis mineral ini sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Kalium dalam ikan kakap dapat membantu mengaktifkan pelbagai enzim dalam tubuh untuk metabolisme tenaga.
Tubuh akan mudah diserang infeksi atau jangkitan karena adanya kontak dengan lingkungan dan makanan yang diambil.
Antibodi yang dihasilkan oleh sel darah putih ini sebenarnya dapat mencegah terjadinya infeksi pada tubuh.
Untuk membantu sel darah putih bagi mencegah terjadinya infeksi, pengambilan ikan kakap dengan rutin adalah caranya.
Kulit akan mengalami kerousakan apabila nutrisi untuk kulit tidak terpenuhi. Apabila sel kulit rosak, maka akan terjadi pelbagai masalah kulit.
Menggunakan losen dan krim kulit dapat membantu penjagaan kulit. Selain itu, pengambilan ikan kakap juga akan membantu memperbaiki kerosakan sel kulit dari dalam.
Kandungan dalam ikan kakap dapat membantu mengembalikan sel kulit menjadi normal kembali seperti sebelum terjadi kerosakan pada kulit.
Ikan kakap juga dapat mengatasi masalah pencernaan. Apabila penyerapan sari makanan terganggu, maka bekalan nutrisi pada organ lain juga akan terganggu.
Oleh karena itu, kandungan nutrisi dalam ikan kakap mampu membantu mengatasi masalah pada sistem pencernaan dan melancarkan kerja sistem pencernaan, sehingga penyerapan sari makanan dapat berjalan dengan baik.
Untuk mengembalikan produksi insulin oleh pankreas, seseorang perlu mengambil ikan kakap secara rutin.
Terutamanya ikan kakap merah kerana memiliki kandungan yang dapat membantu mengawal produksi hormon insulin.
Hal ini dapat menghindari kekurangan produksi hormin insulin, yang menyebabkan diabetes.
Ikan kakap menjadi salah satu makanan yang dapat mengembalikan kekuatan bagi pesakit pasca pembedahan. Kandungan gizi dalam ikan kakap tidak hanya menguatkan tubuh,
akan tetapi juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit pasca operasi.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...